Tuesday, July 9, 2024

Jejambat Rimba, FRIM

 #np Romantis - Spring

Kalau hari sebelumnya kita dah naik tren, kali ni kita pergi beraktiviti lasak pulak. Tapi takde la lasak sangat. Setakat berjalan-jalan di taman sahaja.

Memandangkan kami merancang untuk ke Gombak hari Ahad untuk bertemu keluarga aku, jadi aku bercadang untuk ke Forest Walk a.k.a Jejambat Rimba yang terletak di FRIM, Kepong. Seumur hidup aku duduk di Gombak, aku tak pernah jejak kaki pun ke FRIM.. 😂😂 Padahal dulu siap kerja lagi kat area Kepong tu.. mungkin sebab takde geng kot.. kali ni ada Husband, kita usulkan ke dia. Nasib baik lepas usul tu, dapatlah kita menjejakkan kaki ke sana..

Kami bergerak dari Shah Alam lebih kurang pukul 8.40 pagi.. Perjalanan ke sana mengambil masa dalam 30 minit sebab tak ada traffic jam.. Sesampainya kami di pintu gerbang FRIM, kami ditahan di pintu masuk oleh pihak pengawal. Rupa-rupanya, untuk ke Forest Walk tu kena menuju ke arah Taman Botani Kepong, bukan FRIM. FRIM ni hanya untuk pekerja dan pelajar perhutanan saja. Lahh.. mana tau.. tengok orang review, semua kata kat FRIM.. kita pun ikut je la.. Jadi kami pun buat pusingan u dan waze kembali Taman Botani Kepong.. Rupanya taman tu depan sikit dari FRIM, dalam 5 minit perjalanan. 

Yang ni la FRIM. Tapi dibenarkan hanya untuk pelajar dan pekerja sahaja.


Sesampainya kami di sana, kami terus mencari pintu masuk ke Forest Walk.. rupa-rupanya korang kena berjalan dalam 5 minit dari tempat parking sebelum sampai ke pintu masuk Forest Walk tu..



Kalau korang nampak papan tanda ni, maksudnya korang dah sampai ke pintu masuk Forest Walk ni. Korang sebenarnya kena book dulu kalau nak masuk Forest Walk ni. Dia ada time slot untuk korang pilih nak masuk waktu mana. Ini adalah disebabkan pihak FRIM tidak mahu terlalu ramai peserta yang naik dalam satu-satu masa. Disebabkan kitorang tak tau proses tu, kitorang booking slot on the spot je.. nasib korang la kalau ada available time slot masa korang sampai tu. Untuk kitorang, kitorang terpaksa book slot pukul 10.30 pagi sebab slot yang terdekat dah penuh. Harga masuk Forest Skywalk ni RM15 seorang untuk dewasa. Harga ni termasuk insurans jika berlaku apa-apa kemalangan semasa berada di atas jejambat tu.. Jadi, korang kena isi details individu yang nak masuk Forest Walk ni tau.. Kalau ada 10 orang, semua kena isi butir diri masing-masing.. 

Pusing seround dulu taman botani sambil berswafoto dimana-mana tempat spot.. boleh ambil udara pagi jugak.. sejuk.. 


Ni pokok cengal yang baru dorang tanam.


Penat dah pusing, kitorang duduk dan tunggu dekat area masuk Forest Walk

Yey.. dah dapat tiket masuk..

Ni peta dan gambaran Jejambat Rimba. Dia ada 4 jambatan yang dihubungkan dengan 4 menara.


Seusainya kami dibenarkan masuk, kami berjalan selama 5 minit menuju ke kawasan menara Jejambat Rimba ni.. Di sana, kami diberi sedikit taklimat berkenaan dengan peraturan semasa naik di Jejambat. Antaranya, tidak boleh berjalan beramai-ramai di atas jejambat tersebut. Hanya dibenarkan 1-2 orang sahaja yang melalui setiap satu bahagian jejambat tersebut.

Tunggu turn nak naik




Boleh nampak view KL dari sini



Ni tangga menara yang menghubungkan jejambat. Hanya seorang je boleh lalu di setiap tingkat.

Di jejambat paling tinggi di Forest Walk ni. Berketinggian lebih kurang 33m dari aras tanah. Di belakang kami adalah menara tinjau berketinggian 5m yang boleh nampak permandangan KL, dengan tambahan cas RM5

Berjaya!! Horeyyy!!

Ni jalan masuk untuk ke Forest Walk. Kena mendaki dan masuk hutan sikit la.

Sesungguhnya menaik Jejambat Rimba ni betul-betul menguji ketakutan aku terhadap ketinggian. Sesampainya aku di atas Jejambat tu, aku mula rasa pening dan gayat. Tapi aku terus melangkah dan mendongak ke langit untuk melawan rasa takut tu. Alhamdulillah aku berjaya melalui sehingga habis perjalanannya. Tapi ambik masa sejam la baru turun.. Good job.. 👏👏

Kalau tanya aku samada aku nak repeat lagi pengalaman ni.. jawapan aku, tidak... 😂😂 baik aku cuba pengalaman lain pulak.. cukup la merasai sekali. Tapi kalau nak beriadah di Taman Botani, dipersilakan.. kawasan yang tenang dan banyak jugak jenis pokok-pokok yang boleh kita temui di sini..

Till next adventure... Byee.. 👋👋

No comments:

Post a Comment

scribbles your thought here pleasurely