Alhamdulillah.. akhirnya settle jugak renew passport.. 🥳🥳
Alkisahnya, 3 kali datang UTC sebab nak renew passport, kali ketiga baru settle. Tapi bukan settle di UTC, kita settle kat Pejabat Imigresen PKNS terus..
Eh.. knp x renew online je? Sebabnya, current passport rosak teruk akibat banjir. Sebab tu kena pegi PKNS, takleh buat even kat UTC. ðŸ˜
Nak cerita.. 1st attempt renew passport, kitorg pegi masa Krismas, sampai-sampai je tengok UTC lengang.. rupanya dorang sume tutup sebab cuti Krismas.. Haha.. Ingatkan UTC bukak even PH, rupanya tak...
2nd attempt, kita try pulak pegi hari Sabtu.. sebab Husband malas nak apply cuti. Kami sampai dalam 8.30 pagi… nohhhh… baru nak beratur, ada yang beritahu yang no giliran walk in habis… giloss.. baru pukul 8 wey, no habis..
3rd attempt, kita try nk pegi hari biasa pulak. Pikir sbb hjg mggu mungkin no giliran untuk walk in sikit & ramai yang prefer datang hujung minggu.. tu yang kitorang decide pergi hari bekerja saja. Mulanya, kitorang plan patutnya nk pegi semalam.. tapi tiba-tiba Husband ada urgent kerja yang nak kena attend.. so, kami postpone hari ni..
Kali ni kami pegi awal pagi.. bajet pukul 7.30 kluar rumah. Naik moto beb. Memang langkah terbaik, sebab kalau nak naik kereta memang akann sampai lambat, jem teruk pagi2 org nk pegi keje. Lagipum payah nak carik parking dekat UTC tu. First obstacle done, kita pun pegi la queue… 7.45 pagi sampai.. tapi dapat no 69.. tak tau la orang pertama sampai UTC tu pukul bape.. 😪
Pastu tunggu la giliran nk ambik no sebenar kt kaunter. Tiba je kt kaunter no giliran, pegawai tu tgk passport aku, terus dia ckp takleh buat kt sini.. kena pegi Imigresen kat PKNS.. aku mcm tercengang.. beratur kemain panjang, x dapat no.. ðŸ˜ðŸ˜ aku pn ckp kt Husband, aku nk pegi PKNS, nak buat jugak kat sana. Dalam hati lantak la dpt no bape, janji settle.. aku memang dedicate satu hari tu untuk renew passport. Nasib la PKNS dekat, terus la naik moto pegi sana..
Aku pun cepat2 naik ke Jabatan Imigresen, nk ambk no punya pasal.. sesampainya dekat bahagian passport tu, agak lengang la nk beratur ambik no.. aku terus pegi kaunter, tapi ambik sikit masa nak dapat no. Sebab masalah passport aku yang rosak dan belum tamat tempoh. Pegawai ckp kalau aku nak renew ikut tarikh last passport tu kena bukak fail bagai, mmg takleh nk settle hari ni. Aku cakap je nak ikut renew hari ni. Terus dpt no. Aku x kuasa nk hadap balik que utk renew. Janji dpt renew. Kalau dah expired nanti, boleh renew sekali dengan Husband. Lepas 7 jam menunggu, dapat la kita passport baru. Alhamdulillah~
Terus excited nak keluar negara.. lama betul tak pegi luar negara. last pegi masa umrah 2018 dulu... weeheeee~~
Ke manakah kita.. Tungguuuu~~
** p/s - untuk renew passport, aku just bawa IC dengan passport lama sahaja.
