Showing posts with label bestie. Show all posts
Showing posts with label bestie. Show all posts

Wednesday, November 15, 2017

Present

Alkisahnya.. masa majlis kahwin aku hari tu, geng diet gen 6 ada bagi hadiah. Biasa la kawan kahwin, mesti la dorang bagi hadiah kan.. tapi hadiah ni lain sikit.. kawan- kawan aku bagi hadiah voucher hotel 2 hari 1 malam (weekend) dekat Gold Coast Morib Resort. Aku happy la.. orang sponsor trip honeymoon kan.. 

So, disebabkan kitorang sibuk especially hujung minggu dari lepas kahwin, kitorang pun tak la redeem voucher tu sampai schedule free. Sebab aku tengok booking tu valid sampai hujung tahun; aku pun biarkan je la. kang redeem tapi tak tahu tarikh, pelik pulak kan.. Rupa-rupanya.. voucher tu kena redeem dekat hotel. Hadiah yang aku dapat tu bukan voucher dari hotel tu; just perantara antara pihak hotel dengan website tu (Fave). Disebabkan aku ni tak biasa nak redeem voucher gitu, so aku miss redemption period, yang berakhir hujung Julai hari tu. Dan aku tahu dah lepas Julai. Maka, voucher tu tak valid lagi.. nak menangis aku bila dapat tau benda tu; which is seminggu sebelum tarikh yang kitorang plan. Dah la laki aku dah siap ambik cuti seminggu untuk nak pegi trip tu. Last-last voucher takleh nak guna. Laki aku dah bengang kenapa boleh jadi camtu. Haru la kejap macam mana nak buat.

Malam lepas dapat tahu voucher tu takleh guna, gigih aku buka website Fave tu; cari pakej yang affordable dekat Gold Coast Morib (GSM) tu. Aku tak tahu la memang nasib aku bertuah or memang dorang selalu ada promotion; aku dapat satu pakej yang menarik la dekat GSM tu. 2d1n studio room dekat GSM. Harga pun okay la; sebab aku bajet area rm200++. Lepas dah capai keputusan dari dua belah pihak, aku pun book pakej tu dan bank in terus. So, belajar dari kesilapan, aku pun cepat-cepat email kat pihak hotel untuk redeem voucher tu. Aku letak details semua dekat email tu. Disebabkan pakej yang yang aku baru book tu boleh guna start hari ahad sampai hari jumaat; so aku book tarikh 12-13 Oktober la untuk nak book hotel tu. Alhamdulillah, semua okay. Sehari lepas tu aku dapat email yang reservation bilik aku tu berjaya. Dekat pakej aku dapat dua single bed, tapi Alhamdulillah masa reserve tu, aku dapat katil queen size. Kira alright la kan. Aku interact dengan pihak hotel guna email je. Sebab aku dah try call tak dapat. Guna email pun okay gak. Cepat jugak pihak hotel reply. Tambah point dekat GCM. 😊


 
Yang ni pakej yang aku pilih
 
 Yang ni dapat bila lepas buat pembayaran 

Panjang pulak kisah hadiah ni.. sambung next entry la ye P/s: terima kasih la banyak- banyak dengak Alia deng Kak Long sebab sudi jadi second opinion aku.. semua benda aku cerita kat dorang. Dorang la kawan dunia akhirat aku. Alhamdulillah la sebab dikurniakan kawan begini. Plus, aku rasa bersalah sangat-sangat. Dah la dorang bagi hadiah, tapi takleh nak guna. Sorry korang.. xde rezeki la nak guna pemberian korang tu 🙏🏻🙏🏻

Tuesday, May 6, 2014

Alhamdulillah

Maizatul dah selamat jadi isteri orang minggu lepas. Jadi isteri kepada abang homeroom aku. Setelah bercinta sejak di bangku sekolah sembunyi-sembunyi. Kah kah. Lawaknya bila teringat zaman sekolah dulu. Punya la nak gi dating senyap-senyap takut HELWA nampak. Kang nanti kena sound sedas kalau kena tangkap dengan HELWA. Padahal borak-borak je pun. Ah sudah. Dah dah la throwback tu. Tapi okay la gak Mai kawen dengan Atok. At least xde la awkward sangat kalau nak mintak manja dengan Mai. Hahaha. Waaaa, officially most of my besties is already married. Tinggal Cik Al je. Probably tahun depan. Aku? Tak yah nak tau sangat la. Tanya Allah. Dia lebih tahu masa yang terbaik untuk aku. Okay. Dah xmau dah bicara pasal aku kawen. Focus kat majlis Mai okay.

Aku terharu gila bila Mai mintak aku jadi pengapit dia. Rasa sangat dihargai. Thanks Mai. Ni yang aku sayang sangat kat kau. Sebab kau tau macam mana nak buat aku rasa dihargai dan disayangi. Ceewah. Ayat macam cakap dengan kekasih hati. Betul la kan. My besties is my lover too, sebelum si pemilik rusuk hati sampai. Hahaha. Dah dah. Mood jiwang dah datang. Baik lari cepat. *woosh* Balik kepada cerita aku. Aku dah siap-siap ambik cuti sebulan sebelum majlis Mai lagi. Nak booking takut nanti aku tak dapat cuti. Almaklum la, cuti aku ni kena berebut. Lebih-lebih lagi masa public holidays. *sigh* Alhamdulillah aku berjaya cuti 3 hari untuk majlis Mai tu. Hahaha. Cuti panjang cam dia pulak yang nak kawen. Takpe la. Sekali sekala cuti panjang nak ambik berkat. Moga-moga tahun depan dapat la tempias dia. Hahaha. Sebab majlis Mai mula lepas isyak, aku kata kat dia yang aku akan sampai pas Asar. Okay la tu. Xde la tercongok sangat nak tunggu kan? Sebab aku plan nak datang rumah Mai pas asar,pagi-pagi lagi aku gagahkan diri pergi pesta buku kat PWTC. Haha. Sempat lagi kan. Mentang-mentang dah tau jalan nak gi sana, laju je drive. Malangnya, polis tutup pulak jalan nak masuk PWTC. So kena la aku carik jalan lain nak masuk sana. Dah la jalan jam sebab masa yang sama gak, ada perhimpunan aman kat Dataran Merdeka. Tambahan pula public holidays, memang extra sesak la jalan kat KL ni. Nasib baik la aku cepat-cepat bukak Waze. Dapat la aku drive balik ke PWTC. Thanks Waze. You are my savior. Satu masalah lagi menjelma. Parking xde woiii. 5 kali kot aku pusing carik parking kat belakang PWTC ni. Last sekali aku parking haram. Lantak la. Asal aku boleh gi pesta buku. Maka aku pun jalan lelaju sebab nak cepat balik. Lepas aku pilih buku dengan sepantas kilat, aku pun cepat-cepat balik kat parking kereta. Alhamdulillah. Nasib baik tak kena saman. Hahaha. Pasni taubat nak gi PWTC drive sendiri. Lain kali nak naik public transport je. Senang hati aku.

Maka, dalam kul 5 lebih, aku pun gerak gi rumah Mai. Gaya cakap cam jauh je padahal tak sampai 10 minit dah sampai kalau xjam dan trafik light merah tak lama sangat merahnya. Hahaha. Sempat gak la aku tengok Mai mekap. mak cik tu cerewet dia tak habis-habis. Tapi betul la.Kalau aku nak kena mekap kawen pun, aku xmau cukur kening bagai. Dosa tau. Dan hasilnya, superb. Jadi Mai yang baru. Dan mak cik tu pun perasan yang dia dah jadi muka cam Tasha Shila. Hahaha. Mai... Mai... macam macam la mak cik tu.

 Mai: Kak, touch up bahagian hidung sikit. Nampak tak sama la shading dia la. Mak Andam: Iya lah. Aku: *Senyum*

 Me and my bestie.

Kau tahu yang aku sayang kau sangat-sangat. =)

Dan tepat kul 10 lebih, Mai dah selamat jadi isteri kepada Muhammad Afiq Izzat  a.k.a Atok. Barakallah my bestie. Moga engkau menjadi isteri yang solehah dan ibu yang mithali.I will always pray the best for you. Dan Atok, sila jaga Mai baik-baik ye.


Wakil Terendak.

 Welcome to Draco A, ma sista!!!

 Myz, I am grateful for having you in my life. Thanks for making me feels special even on your big day. Sorry cause I didn't do much for you. And thanks for being there for me when I need someone most. I still can rely on you even after this, can I? I love you and always will, no matter what your status are. Xoxo.

Usah ditanya bila mak cik kat atas ni nak kawen. Gaya dressup macam dia la nak kawen. Hehe. Hanya doakan yang baik-baik untuk dia. Sebab dia tahu yang Allah sudah ada rencana dia yang terbaik. Redha dan tawakal.


Thursday, September 12, 2013

Dari Dapur Fisya: Kari Ikan Sardin

#BGM: Taxi - DB5K

Disebabkan aku sekarang ni sedang menganggur dan menjadi suri rumah sepenuh masa, maka, aku mula la belajar resepi-resepi baru. Ye la, family aku pesen nak makan kat rumah, so, memang kena la masak hari-hari. Kaalu tak masak, boleh merajuk ayah aku. Huhu.

Maka, hari ni aku nak kongsi satu resepi. Tak tahu la kalau korang dah expert dah dengan resepi ni, tapi tak kira, aku still nak kongsi gak resepi ni. Resepi ni namanya, Kari ikan sardin. Mak aku la yang suggest suruh buat lauk ni, maka, aku pun cubalah. Resepi ni aku jumpa lepas Google dan juga carik kat dalam buku resepi. Apa lagi, jom la kita cuba.

Bahan-bahan:
4 biji bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)
1 tsp halba

3 tbsp serbuk kari ikan (dibancuh dengan sedikit air dan 3 sudu makan cili giling)
6 ketul ikan sardin (Aku guna Cap Ayam. Sedap. :-p)
3/4 cawan santan kotak; campurkan dengan sedikit air (Macam biasa la, kat rumah aku ni memang guna santan kotak. Kalau nak guna santan original pun lagi ok.)
3/4 tbsp asam jawa (Aku guna Asam Jawa Extra. Nanti tambah sikit asam jawa ni dengan air bagi sebati)
Minyak masak
Garam secukup rasa
Hiasan : 2 biji tomato / 3 biji bendi / 1 ketul kentang - Potong 4 (Kali ni aku guna kentang sebab tu je yang ada kat rumah buat masa tu. Hehe)

*tsp = sudu teh; tbsp = sudu makan*

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan halba sehingga naik bau.
2. Kemudian, masukkan  campuran serbuk kari dan cili giling yang telah dibancuh dan juga sos cili dari sardin kacau sehingga garing dan pecah minyak.
3. Masukkan air asam jawa dan santan kotak dan biarkan mendidih.
4. Masukkan barang hiasan (bendi/kentang; kalau nak letak tomato, letak tomato lepas letak ikan supaya tomato tak hancur cepat). Biarkan barang hiasan lembut. Kemudian, masukkan ikan sardin dan biarkan masak dan mendidih.
5. Apabila mendidih, masukkan garam secukup rasa dan tambahkan air supaya kuah santan tu tak terlalu pekat. Biarkan mendidih sekali lagi.
6. Tutupkan api setelah kuah mendidih sekali lagi. Sedia untuk dihidang.

Taraaa. Ni la hasilnya. Saki baki terakhir yang sempat aku tangkap. ^.^


Senang je resepi dia. Ni la kali pertama aku masak lauk kari. Dulu, aku kemain takut nak masak lauk bersantan ni. Ye la, aku tak reti nak sukat santan banyak mana. Tapi, entah la, tiba-tiba je terasa nak masak semua ni. Alhamdulillah. Satu pencapaian yang bagus. Mak dengan adik pun kata lauk ni sedap. Tapi tak leh buat selalu la ye, makanan ni tinggi lemak, kolesterol dan garam. Kang tak pasal-pasal, kena sakit jantung, darah tinggi semua. Tapi boleh je kalau nak buat, sebulan sekali la. Buat masa boring-boring dah tak tahu nak makan apa. Huhu.

Okay, tu je la yang aku nak kongsi untuk hari ni. Almaklum la, kehidupan aku buat masa ni, masih sama dan tak ada yang menarik untuk diceritakan di sini. Buat masa ni, nak kongi resepi je. Akhir kata, selamat mencuba dan tunggu entri untuk resepi lain pulak ye. =)


p/s : Ada seorang yang aku sayang bagitahu aku yang cara dia nak hilang rindu dengan aku dengan baca blog ni. Thank you darling. You know who you are. BTW, I miss you. Cepat balik Malaysia ye. =) Missing you badly.

Tuesday, August 27, 2013

Thank you

Dulu, aku seorang yang suka pendam perasaan. Apa-apa aku rasa, aku akan pendam dan simpan perasaan tu sensorang. Sebab aku rasa yang orang lain takkan faham apa yang aku rasa. Memang perit, sebab kita kena telan semua kesakitan dan kepedihan sorang-sorang. 

Tapi, sekarang lain. Aku rasa yang aku dah jumpa sorang kawan yang aku boleh share segala kegembiraan dan kesedihan aku dengan dia. Dia mula jadi tempat aku curahkan perasaan sejak awal tahun ini, masa aku tengah dalam krisis tekanan perasaan. Dia, yang bagi aku, tahu cerita yang mungkin sebahagian orang mula lupa akan cerita itu, menjadi orang yang aku paling percaya. Macam kes aku baru-baru ni, sejurus selepas nenek aku meninggal. Kawan yang pertama aku bagitahu tentang ini, adalah dia. Sampai sekarang dia masih tidak jemu-jemu memberi aku semangat untuk menerima takdir Allah ni.

Terima kasih Ya Allah sebab mengurniakan aku seorang sahabat yang ada untuk aku.
Terima kasih sahabatku, Maizatul Adilah. Terima kasih kerana kau ada apabila aku memerlukan seseorang untuk berkongsi rasa. Terima kasih kerana memahami aku. Moga Allah pelihara persahabatan kita. Bestfriend till jannah, okay! Aku sayang kau sangat-sangat. Muah3. =)

 
2008: Gambar zaman dulu kala. Masa ni masih kurus lagi. ^.^

2012: Di majlis pernikahan Khairunnisa Izzati

2013 : Gambar terbaru. Nampak bahagia tak kitorang? =D
 
Thanks Mai. Aku pun sayang kau jugak, teman yang sentiasa ada di samping aku. =)

Friday, August 23, 2013

My dearie

Kesayanganku. They know how to make me feel special. Miss ya guys so much! Lots and lots of ♡♡♡♡♡.