So, disebabkan kitorang sibuk especially hujung minggu dari lepas kahwin, kitorang pun tak la redeem voucher tu sampai schedule free. Sebab aku tengok booking tu valid sampai hujung tahun; aku pun biarkan je la. kang redeem tapi tak tahu tarikh, pelik pulak kan.. Rupa-rupanya.. voucher tu kena redeem dekat hotel. Hadiah yang aku dapat tu bukan voucher dari hotel tu; just perantara antara pihak hotel dengan website tu (Fave). Disebabkan aku ni tak biasa nak redeem voucher gitu, so aku miss redemption period, yang berakhir hujung Julai hari tu. Dan aku tahu dah lepas Julai. Maka, voucher tu tak valid lagi.. nak menangis aku bila dapat tau benda tu; which is seminggu sebelum tarikh yang kitorang plan. Dah la laki aku dah siap ambik cuti seminggu untuk nak pegi trip tu. Last-last voucher takleh nak guna. Laki aku dah bengang kenapa boleh jadi camtu. Haru la kejap macam mana nak buat.
Malam lepas dapat tahu voucher tu takleh guna, gigih aku buka website Fave tu; cari pakej yang affordable dekat Gold Coast Morib (GSM) tu. Aku tak tahu la memang nasib aku bertuah or memang dorang selalu ada promotion; aku dapat satu pakej yang menarik la dekat GSM tu. 2d1n studio room dekat GSM. Harga pun okay la; sebab aku bajet area rm200++. Lepas dah capai keputusan dari dua belah pihak, aku pun book pakej tu dan bank in terus. So, belajar dari kesilapan, aku pun cepat-cepat email kat pihak hotel untuk redeem voucher tu. Aku letak details semua dekat email tu. Disebabkan pakej yang yang aku baru book tu boleh guna start hari ahad sampai hari jumaat; so aku book tarikh 12-13 Oktober la untuk nak book hotel tu. Alhamdulillah, semua okay. Sehari lepas tu aku dapat email yang reservation bilik aku tu berjaya. Dekat pakej aku dapat dua single bed, tapi Alhamdulillah masa reserve tu, aku dapat katil queen size. Kira alright la kan. Aku interact dengan pihak hotel guna email je. Sebab aku dah try call tak dapat. Guna email pun okay gak. Cepat jugak pihak hotel reply. Tambah point dekat GCM. 😊
Yang ni pakej yang aku pilih
Yang ni dapat bila lepas buat pembayaran
Panjang pulak kisah hadiah ni.. sambung next entry la ye P/s: terima kasih la banyak- banyak dengak Alia deng Kak Long sebab sudi jadi second opinion aku.. semua benda aku cerita kat dorang. Dorang la kawan dunia akhirat aku. Alhamdulillah la sebab dikurniakan kawan begini. Plus, aku rasa bersalah sangat-sangat. Dah la dorang bagi hadiah, tapi takleh nak guna. Sorry korang.. xde rezeki la nak guna pemberian korang tu 🙏🏻🙏🏻

No comments:
Post a Comment
scribbles your thought here pleasurely