Hai uolls. Lama rasanya tak update pasal bercuti.
Almaklumlah, lama gila tak pergi bercuti. So, dah start rindu untuk terbang di
awan sana. Last terbang 3 tahun lepas, buat umrah. Lepas tu, semuanya berubah.
Kerjaya berubah, status pun berubah.
Sebenarnya aku baru je balik dari terbang di awan biru.
Boleh agak tak ke mana kita? Kali ni kita jejak bumi Indonesia pulak. Bagaimana
bermulanya kisah ini? Alkisahnya begini… tahun lepas, mak aku cakap ada geng
sekolah dia buat trip pergi Bandung. Mak aku semangat sangat nak pergi, so dia
offer la aku untuk ikut sekali dengan ayah aku. Aku pun apa lagi.. Of course la
nak kannnn?? So, aku mintak izin dekat suami untuk pergi ke sana dan dia
setuju. Actually, aku ajak dia sekali, tapi dia tak nak. Sebab dia ada aim
sendiri; selagi aim tu tak tercapai, so takleh nak kemana. Aku tak kisah pun,
yang penting dia izin dan redha aku pergi.
Untuk trip ni, sang pengelola beritahu budjet ke sana dalam
RM1200, all in (termasuk flight, hotel dan makan); boleh bayar secara kutu. Masa
trip tu, kita hanya bawa duit untuk belanja je. Yang lain semua siap. Aku okay
je mana-mana. Puas jugak la aku kumpul duit untuk ke sana. Nasib baik la dapat
bonus hujung tahun lepas, so dapat la bayar trip ni. Alhamdulillah.
Trip ke Bandung ni bermula dari 16 hingga 21 Mac 2018. Seminggu
sebelum kami berlepas, aku pun pergi money changer untuk tukar duit. Sebenarnya
bulan satu hari tu mak aku dah tukar duit kat area KL; 1 juta rupiah = RM295
sebab kat area KL tu tukaran wang dia agak murah berbanding tempat lain. Dan masa
tu je mak ayah aku turun KL dan takut mata wang naik tinggi. Tapi, seminggu
sebelum berlepas, kitorang tambah lagu tukaran duit, sebab rasa macam tak cukup
je setakat tukar rm500. So, masa aku tukar seminggu sebelum berlepas, aku dapat
tukar 1 juta rupiah = RM288.50. Tak sangka pulak mata wang kita makin kukuh.
Tapi takpe la, redha je la apa yang dapat tu.
Kitorang naik flight Air Asia dari KL ke Jakarta. Flight kitorang
tu pukul 11.55 malam. Kenapa ke Jakarta? Sebab Jakarta lagi murah tiket
flightnya berbanding direct terus ke Bandung. So, kira macam nak save budget
la. Dari Jakarta, kita akan naik van untuk ke Bandung. So, disebabkan flight
aku malam, aku decided yang aku kerja half day hari Jumaat tu (Nak jimat cuti
punya pasal :-p). So aku bertolak ke KLIA2 dalam pukul 5.30 ptg; naik van
bersama-sama family dan kawan-kawan sekolah mak aku.
Sampai je dekat KLIA2, aku macam kagum sikit. Almaklumla, dah lama dah masuk KLIA2, so memang seronok betul masuk sana. Moden gila; banyak bezanya berbanding masa aku first time naik Air Asia dulu. Sekarang ni, kat KLIA2, shopping mall dia syok gila. Most brand ada kt KLIA2. Malangnya aku tak sempat nak explore sangat kat sana.
Sekarang ni Air Asia buat procedure baru, customer kena buat self check in bag dekat kiosk yang berdekatan. Kitorang pun terkial-kial nak check in bag. Tapi sebenarnya dia dah mudahkan urusan kita nak check in bag. Lepas kita print tag untuk bag, kita kena tunggu kaunter check in bag buka. Kenapa kita kena pergi check in sekali lagi? Kan dah check in bag dah? Dia macam ni, Yang self check in tu seperti kita confirmkan kat pihak airport yang ada bag kita yang akan masuk kat kabin flight; kiranya macam kita book siap-siap tempat bag kita. Lepas tu, kita pergi kaunter check in, untuk kita hantar bag kita ke cabin. Ada faham?
Sampai je dekat KLIA2, aku macam kagum sikit. Almaklumla, dah lama dah masuk KLIA2, so memang seronok betul masuk sana. Moden gila; banyak bezanya berbanding masa aku first time naik Air Asia dulu. Sekarang ni, kat KLIA2, shopping mall dia syok gila. Most brand ada kt KLIA2. Malangnya aku tak sempat nak explore sangat kat sana.
Sekarang ni Air Asia buat procedure baru, customer kena buat self check in bag dekat kiosk yang berdekatan. Kitorang pun terkial-kial nak check in bag. Tapi sebenarnya dia dah mudahkan urusan kita nak check in bag. Lepas kita print tag untuk bag, kita kena tunggu kaunter check in bag buka. Kenapa kita kena pergi check in sekali lagi? Kan dah check in bag dah? Dia macam ni, Yang self check in tu seperti kita confirmkan kat pihak airport yang ada bag kita yang akan masuk kat kabin flight; kiranya macam kita book siap-siap tempat bag kita. Lepas tu, kita pergi kaunter check in, untuk kita hantar bag kita ke cabin. Ada faham?
12.45am (waktu Indonesia), kami pun tiba di Airport Soekarno-Hatta, Jakarta, Indonesia. Indonesia ni beza 1 jam lewat dari Malaysia. So kiranya kami sampai dalam pukul 2.45 pagi waktu Malaysia. Kemudian, pukul 1.00am, supir datang ambil kitorang dan naik van utk ke bandung. Pak supir bawa kitorang singgah istirehat km18 (ala-ala rnr malaysia) utk solat. Kagum sangat sebab istirehat km18 tu ada masjid di bahagian atas. Sebaik sampai je, waktu subuh pun masuk (4.42am).
Pukul 9.30am, akhirnya kitorang sampai di kota bandung. Pak supir terus bawak kitorang sarapan di restoran ala-ala hipster, namanya Kampiun Bistro. Nasi lemak special dia bagi. Tapi sebab first time jejak kaki kat negara orang setelah lama tak keluar, so aku makan sikit je la.. kata orang baru nak start engine.. Kat sini juga kitorang dikenalkan dengan Pak Hendra, pemandu pelancong kitorang. Orangnya ganteng, muda lagi, maybe dalam umur awal 30an.
Pukul 11.00am, kitorang dibawa pergi rumah sulam. Aku pun kurang membeli kat situ, sebab tak tau apa yang akan dijumpa selepas itu. Maka, aku berpada-pada dalam membeli belah. Tapi sempat jugak la ambik 1 pasang kain sulam dgn 1 pasang kain telekung.
1.30pm - check in hotel. Nice hotel walaupun bintangnya tak banyak 😆😆. Puas hati jugak la dengan tempat tinggal. Maka, kitorang rehat dulu sebelum teruskan aktiviti seterusnya. Almaklumla, dari semalam tak mandi, so memang kena mandi la dulu.
2.30pm - bergerak ke pasar baru. Pasar baru ni syurga membeli belah. Macam-macam ada jual. Too bad sebab kitorang dah terstuck lama carik baju batik family, sampai naik pening kepala nak pilih. Rasa macam tak puas je beli barang kat sini, sebab hanya 3 kedai je yang sempat jelajah. Kat situ kitorang just shopping baju batik, kain pasang dengan telekung.
5.00pm- pegi toko tiga. Yang ni syurga beli belah barangan berjenama yang original. Bayangkan, baju shirt branded sperti fred perry, burberry & Calvin Klein kat situ jual dalam rm40 je. Kalau beli kat butik, memang tak lari la rm150++ terbang. Yang ni, aku tak la shopping sangat untuk diri. Tapi tempted jugak aku nak borong baju untuk laki aku. Tapi need to stop sebab ada barang lagi penting yang aku nak kena beli esok dan lusa. So berpada la
7.00pm - pergi makan malam. Shopping punya pasal terus lupa pasal makan. Padahal kita dah skip lunch. So untuk makan malam, pak hendra bawak kitorg ke kedai masakan sunda. Not bad masakan sunda ni. Kami dihidangkan dengan nasi putih, berlaukkan sup soto campur, tauhu grg cili dan ikan masak pedas. Kedai pun boleh tahan cantek interiornya. Disebabkan kitorg lapar gila, kejap je habis makanan yang dihidang. Lepas makan, kitorg pun pulang ke hotel untuk berehat. Iye la.. tak tidur lena malam semalam. So, marilah berehat dan mengumpul tenaga. 💪🏻💪🏻

No comments:
Post a Comment
scribbles your thought here pleasurely