Monday, November 24, 2014

Kisah dah basi

Nak tau takkk??? Cerita ni dah basi tapi tetap nak share gak kat sini. Sebab tunggu hati tenang dan tenteram barulah boleh mengarang dengan tenteram, iye idok?

Alkisah, dua minggu lepas aku pergi interview SPA kat Pusat Temuduga SPA, Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur. Untuk jawatan apa? Sudah tentu jawatan Pegawai Dietetik U41. Jawatan yang sesuai dengan degree aku. Alhamdulillah. Setelah lama menunggu.

Dapat tahu tarikh temuduga tu lama dah, 2 minggu sebelum tarikh temuduga, tapi buat preparation last minit. So typical me. -.- Malam tu baru terhegeh-hegeh duk siapkan semua dokumen yang dorang minat. Padahal siang tu duk sibuk shopping jubah kat Calaqisya. -.- Aku cuba untuk bersiap sedia lebih awal, baca apa-apa yang patut sebab lebih setahun tinggal ilmu diet, tapi tak boleh. Cuti 5 hari minggu sebelum tarikh temuduga tu pun, langsung tak membantu. Aku cuba untuk tumpukan sepenuh perhatian untuk fokus belajar, tapi fikiran merewang ke mana. 5 minit tengok nota, selebihnya buat perkara lain. Sama macam apa yang aku hadapi masa final year dulu. Mental block tak boleh nak terima apa-apa ilmu. Sangat depress. Cuti pun tak rasa cuti. Stress semedang sebab nak belajar tapi tak boleh nak masuk. Dengan gangguan hal rumah lagi. Sob sob.

Maka, bila tibanya hari yang bersejarah itu, aku mula risau. Dengan kena pergi ke tempat temuduga tu secara bersendirian... memang menguji aku la. Nasib baik hari sebelum, ayah dah tunjukkan jalan yang mudah untuk pergi ke sana. Almaklumlah, tempat temuduga tu kat tengah-tengah bandar Kuala Lumpur *dekat area Bukit Aman dan Taman Tasik Perdana*, paham-paham je la ragam pagi-pagi. Semua jalan mesti jam semedang. Stresss... Maka, aku bertolak awal-awal pagi. Masa temuduga aku pukul 10 tapi pukul 7.30 pagi aku dah keluar rumah dan memulakan perjalanan. Baik kita keluar awal-awal dan sampai awal, daripada kita keluar nak dekat-dekat masa temuduga, dan mula panik bila tempuh jam teruk. Mesti gelabah dan kucar kacir nanti. Takmau la gitu. Biar tenang tenang aja sampai sana. Baru molek. =)

Pukul 8.30 pagi, aku dah terpacak dah parking lot Jalan Tugu, berdekatan denga Pusat Temuduga SPA tu. Aku pun rilek rilek duk dalam kereta dan baca apa yang patut. Mesej pun bertalu-talu datang, terutama wassap dari Diet Gen 6, mengucapkan semoga berjaya kepada aku dan Zaza. Iya, aku dengan Zaza antara orang-orang yang terakhir untuk ditemuduga SPA di kalangan member Diet Gen 6. Maka, seharusnya aku banyak la dah prepare sebab banyak dapat tips-tips dari kawan-kawan lain yang dah tempuh temuduga dulu. Tak malangnya tidak. Aku ambil enteng saja perihal itu. Sudah pasti masak aku goreng jawapan dekat depan para penemuduga nanti. T.T Dalam banyak-banyak mesej, mesej dari satu penerima buat aku sebak. Siapakah??? Sudah tentu bapak aku. Dia hantar mesej nama menteri dan ahli dalam Kementerian Kesihatan tak putus-putus. Sebab malam sebelumnya, dia tanya aku siapa nama Menteri dan Timbalan Menteri Kesihatan, aku tak jawab. Aku dapat jawab Menteri Kesihatan je. Tu yang bapak aku risau tu. Takut anak dia tak prepare apa-apa pasal info Kementerian. Tu yang buat aku sebak. Nampak betapa dia harapkan anak dia cemerlang dalam temuduga nanti. T.T

Aku pun tunggu sampai pukul 9 baru naik ke bangunan temuduga tu. Perasaan aku, risau sebab aku tak rasa apa-apa. Nil, Nada. Selalunya kalau aku tak rasa gemuruh, macam takde harapan je temuduga tu nanti. -.- Tawakal Syafiqa, tawakal. Jangan fikir yang tidak-tidak. Positif itu penting.

Sampai je tingkat 2 bangunan Pusat Temuduga SPA tu, aku masuk ke bilik untuk ambik nombor giliran. Sebabkan aku punya temuduga pukul 10, maka, aku tak terus pergi ke kaunter. Aku tengok takde orang pun dekat situ. Aku pun duduk la rilekkan diri. Belum bersedia lagi nak masuk ditemuduga. Aku pun tengok la calon-calon datang silih berganti ambik nombor. Pihak urus setia temuduga siap call calon-calon lagi sebab penemuduga dah ada, tapi calon takde. Maka, dorang pun call la calon-calon waktu lain suruh datang cepat untuk ditemuduga. Mesti panik calon-calon tu. Dah kena panggil tiba-tiba pulak tu. Nasib badan la.

Dekat-dekat pukul 9.30, aku pun menuju ke kaunter untuk ambik nombor giliran. Orang urusetia tu kata, "Kenapa tak datang depan je terus tadi?" Aku pun kata temuduga saya pukul 10, tu yang saya tunggu tu. Orang urusetia tu kata, "Tak payah la tunggu. Datang je ke depan." *Padahal aku takmau datang depan sebab gabra takmau temuduga lagi* Kemudia, aku bagi la semua dokumen-dokumen yang aku dah siapkan semalam. Pihak urusetia pun semak dokumen-dokumen kita. Nyaris-nyaris aku nak nangis sebab takut tak complete dokumen yang dibuat salinan. Nasib baik aku bawak original copy, dan dia pun tolong photostatkan untuk aku. Terima kasih pihak Urusetia kerana berjaya tidak buat aku gelabah sebelum masuk temuduga nanti. =)

Lepas aku dapat nombor giliran, aku pun pergi bilik sebelah. Baru aku tau kenapa bilik ambik angka giliran tu takde orang. Sebab dorang dah ambik nombor giliran dan tunggu kat ruang menunggu berdepan dengan bilik temuduga. Nombor giliran aku 206, dan nombor yang sedang ditemuduga tu, no 204. Takde la lama sangat aku kena tunggu kan? Penantian sememangnya satu penyiksaan, kan? Sengsara wooo tunggu giliran ni. Lebih-lebih lagi tunggu giliran ditemuduga. =(

Nombor giliran dikepil bersama resume. Cuak beb tambah-tambah lagi 2 giliran lagi.

Malangnya, jangkaan aku meleset. Jangkaan aku, aku kena tunggu 2 orang calon sebelum sampai giliran aku. Tapi, selepas calon no 205 keluar daripada bilik temuduga tu, masa aku gelabah nak masuk bilik, tiba-tiba pihak penemuduga keluar. Dia tanya siapa giliran selepas ni. Aku pun angkat tangan. Dia kata, "Tunggu kejap ye. Saya lapar, nak pergi makan." Aku syak, dia la Dato' Najri, penemuduga dari pihak SPA. Kalau nak tahu, penemuduga dalam bilik temuduga tu ada dua, dari pihak SPA dan satu lagi mewakili pihak Dietitian. Waa... bertambah cuak la aku. Dekat-dekat nak pukul 10, dorang nak pergi breakfast la pulak. Sabar je la Fiqa. Dugaan tu.

Tunggu punya tunggu, dekat-dekat pukul 10.30 pagi barulah dorang masuk bilik temuduga balik. Aku pun mula gelabah. Waa... dah sampai akhirnya giliran aku. Bila naik je nombor aku kat skrin, aku pun ketuk bilik, masuk dan beri salam. Fail dokumen tu aku serahkan kat Dr Romzi. Dr Romzi tu wakil dari pihak Dietitian. Dengar kata dia Dietitian dari Hospital Kuala Lumpur. Bukan calang-calang orang tu. Habis la aku. T.T Lepas aku duduk kat tempat yang disediakan, Dr Romzi pun memulakan sesi temuduga. Dia suruh aku perkenalkan diri. Aku pun tiba-tiba jadi gabra. Aku bagitau nama, anak keberapa and such. Pastu Dr Romzi kata, " Cerita la lebih lagi. Sebab kami tak kenal awak." Aku pun cerita la aku belajar di mana, mak bapak aku kerja apa, hobi aku dan aku kerja apa sekarang. Pastu Dr Romzi tanya, "Kerja Watsons sebagai apa, ceritalah sikit." Aku pun cerita apa yang aku buat kat Watsons tu, mostly advice customers pasal supplement. Pastu Dr Romzi tanya, "Selalunya customer carik supplement apa?" Aku pun cakap la carik Vit C, collagen dan fish oil. Dan dia pun tanya kalau takmau beli supplement vit c dan collagen, nak dapat dari makanan apa? Aku mula cuak. Vitamin C aku tau la sources dia, collagen, seriously aku tak tau. Aku tau yang ready made yang ada kat kedai aku je. Aku pun jawab, "Saya tak pasti, Puan." Dalam hati, menangis tak berlagu aku. Banyak jugak la yang aku takleh nak jawab. Contohnya, apa, recomended intake of Vitamin C dan apa akan jadi kalau lebih ambik Vitamin C. Waaaa, tak tauuuu... T.T Pastu Dr Romzi try nak deviate pergi ke soalan klinikal dengan tanya apa special unit case yang aku pernah manage, tapi malangnya, aku takleh nak recall langsung. Double tearss.. T.T Maka, dia pun kembali la bertanya pasal supplementation.

Pastu, sesi temuduga diserah ke Dato' Najri. Dato' tanya aku, "Berapa gaji kat Watsons. Ada sampai RM3000 ke?" Aku pun geleng, sambil kata, "Dato', RM2000 pun tak lepas tolak KWSP bagai." Dia pun komplen banyaknya tolak KWSP. Aku pun senyap je la. Kemudian, Dato tanya lagi, " Apakah perkara yang paling kamu annoyed masa layan customers?" Kenapa dia tanya soalan begitu? Sebab aku ada bagitau yang aku jumpa macam-macam kerenah customers. Nasib la kena bombard soalan gitu. Aku pun teragak-agak nak jawab. Sebab tak tahu mana perangai customers yang mana satu yang aku nak bagitau kat Dato' ni. Pastu Dato' perli, "Kamu ni kena makan banyak gingko biloba ni. Banyak sangat lupa." Triple tears. T.T Dato' ni, bukan lupa, cuba tak tau nak cerita mana satu. Aku pun kata aku ada masalah nak cakap ni. Dato' kata, suka hati awak la nak cakap bahasa apa-apa. Janji cakap. Aku pun bantai cakap rojak, BM campur BI. Lantak la. Ayat gitu yang ada kat dalam kepala otak aku ni. Dah Dato' bagi greenlight.

Pastu Dato' persoalkan jobscope aku sebagai HA. Dia kata "Awak ada bagi nasihat tak kat customers masa dorang nak beli supplement? Ke awak main suruh je dorang beli supplement-supplement tu untuk awak kejar sales kan?" Aku pun terkejut dia cakap gitu kat aku. Aku pun balas, " Takde la Dato'. Kadang-kadang kalau customer tu nak cepat, dorang ambik terus je supplement yang dorang nak dan kemudian pergi ke kaunter bayaran. Kalau yang ada banyak masa tu, saya terangkan la serba sikit pasal supplement tu." Dato' pun counter attack aku balik, "Kamu ambik maklumat dari mana? Dari customer kan? Kamu percaya ke apa yang customer tu cakap? Dah macam doktor je yang prescibe ubat tapi tak check medical history lain. Kamu patutnya check la medical history customer tu dulu. Jangan main sebarang je bagi supplement ni. Mana tau supplement tu ada counterattack dengan ubat yang doktor dah prescribe. Dah tiba-tiba dapat penyakit lain pulak. " Aku pun senyap sambil angguk-angguk apa Dato' kata tu. Betul jugak la apa yang Dato' kata. Dan dia pun mula la bersyarah pasal supplement dengan aku sebab dia dah pernah terkena dah. Sebab tu dia duk bersyarah kat aku. Pengajaran la kat aku supaya hati-hati nak suruh orang bagi supplement.

Lepas Dato' duk bersyarah pasal kepentingan medical history sebelum nak bagi apa-apa supplement, akhirnya Dato' pun tamatkan la sesi temuduga tu. Dato' ada jugak tanya bapak aku umur berapa. Tak main golf ke? Sebab kalau main golf, mesti ada borak-borak pasal supplement ni. Dato' ingat bapak aku ni cam Dato' ke? Main golf bagai. Aku pun kata, " Tak la Dato'. Bapak saya main badminton." Dato' terkejut. Dia pelik umur 54 tahun boleh main badminton lagi. Aku pun sambung, " Dah dia suka main badminton." Hehe. Dr Romzi pun senyum je. Kelakar pulak bila ingat balik. Sebelum keluar dari bilik temuduga, Dato' tanya aku ada apa-apa tak nak tanya sebelum aku keluar, aku pun kata takde. Pastu dia kata, ni mesti dah seronok kerja Watsons ni. Aku pun pendam je la ketidakpuashatian aku. -.-

Keluar je dari bilik temuduga, aku terus rasa sebak. Aku cepat-cepat masuk kereta, dan kemudian banjir terus kereta aku dek penangan aku. *hiperbola ye. Hik hik* Tak tahu la apa yang sebak sangat. Padahal aku rasa aku dah buat sehabis baik dah dalam bilik temuduga tu. Lebih baik dari temuduga yang sebelum-sebelumnya yang aku lebih banyak berdiam diri dan angguk dalam sesi temuduga. Mungkin sebab terfikir jawapan-jawapan aku yang merapu yang buat pihak temuduga geleng kepala dan mungkin juga kerana terlampau banyak harapan yang bergantung di bahu aku. Berat sangat harapan itu dan  sangat sakit bila harapan itu tak dapat dikabulkan. Dah la. Sekarang ni masa untuk bergantung harap kepadaNya, berdoa dan tawakal. Kalau jawatan itu milik aku dan rezeki yang terbaik buat aku, keluarga dan agama, Allah pasti permudahkan. Kerna Dia Maha Mengetahui apa yang di langit dan di bumi. Berserah dan bertawakal. Jangan kupa, redha atas ketentuan Allah itu penting. Ameen.

p/s - Banyak sungguh aku bebelkan. Mula-mula ingat kekeringan idea. Bila mula menaip, laju je jari tekan keyboard. Hoyeah. Berjaya jugak buat entri ni. =)

** Hujung-hujung tahun ni, hati kena kuat. Dan dengan mengingatiNya, hati akan tenang dan bertambah kuat. InsyaAllah. =)

Pelangi petang. Moga akan ada pelangi lepas hujan dalam hidupku nanti. =) 

Thursday, November 13, 2014

Wordless Thursday

The concept of sabr and redha. Pray Allah for the best.