Showing posts with label #daridapurfisya. Show all posts
Showing posts with label #daridapurfisya. Show all posts

Monday, April 17, 2023

Dari Dapur Fisya : Biskut Cip Coklat

#np : One Sweet Day

Holaaa.. Lama betul tak bersiaran kat sini... hihi.. tak tau apa yang busynya kehidupan ni... haha..

Apa pun, kali ni kena jugak buat post, untuk rujukan di masa akan datang..

Bersempena dengan raya yang bakal menjelang beberapa hari sahaja lagi ni, aku tetiba terbukak hati nak buat cookies sendiri. Al maklumlah dah ada oven sendiri, kalau diri sendiri tak gunakan, siapa pulak nak guna oven ni kan...tak baik membazir.. πŸ˜‚

Jadi, disebabkan aku suka makan biskut cip coklat ni, aku nak cuba buat sendiri. Kebetulan pulak Che Nom kongsikan resepi versi dia dalam youtube, aku cuba ikut resepi dia. Kita tengok macam mana pergi dia. Tapi resepi Che Nom biasanya jarang tak jadi. insyaAllah jadi.. πŸ˜„

Resepi Chocolate Chip Cookies ala-ala Famous Amos (kredit kepada Che Nom)

Bahan-bahan;

2 1/2 cawan tepung gandum

1/2 cawan tepung jagung

1 tsp serbuk penaik / baking powder * aku guna jenama Royal*

1 tsp sodium/soda bikarbonat

250 g @ 1 blok unsalted butter *aku guna jenama Lupark, sebab dorang cakap butter ni sedap & premium*

1 cawan gula perang

1/2 tsp garam

1 biji telur

1 tsp esen vanila

4 tbsp minyak jagung / minyak mazola

350 g coklat cip / semi sweetened coklat cip


Cara-cara;

1. Ayak tepung gandum, tepung jagung, serbuk penaik, soda bikarbonat dalam satu bekas. => Barang kering

2. Dalam bekas yang lain, masukkan butter (telah dipotong tapi masih sejuk dan lembut), gula perang dan garam. Kacau perlahan guna senduk. Kalau nak guna mixer, ambil mod yang perlahan *tapi aku kacau guna tangan je, dah nama air tangan πŸ˜‚*

3. Masukkan telur dan esen vanila, kacau sebati.

4. Masukkan barang kering  yang telah diayak tadi dalam adunan sedikit demi sedikit sampai separuh.

5. Masukkan minyak jagung.

6. Masukkan semua baki barang kering. Kacau sebati.

7. Masukkan coklat cip. Kacau sebati.

8. Tutup rapat adunan dengan wrapping plastik. Rehatkan adunan dalam peti sejuk selama satu jam atau semalaman,

9. Gris loyang dengan minyak dan lapik dengan baking paper.

10. Keluarkan sekejap adunan untuk bagi sedikit lembut.

11. Bentukkan dan sudukan guna sudu teh, kalau nak dapatkan biskut 'bite size'.

12. Jarakkan adunan biskut semasa susun dan tak perlu leperkan.

13. Bakar dalam suhu 150oC dalam masa 15 hingga 20 minit. *tip penting : bakar masa doh masih sejuk dan keras. Kalau doh dah mula lembut, boleh sejukkan balik untuk 10 min sebelum bakar*

14. Siap untuk dihidang.


Ni la doh cookie sebelum kita sejukkan

Thursday, March 30, 2023

Dari Dapur Fisya : Kuih Cara Manis

#np : Balasan Janji Palsumu - Yamani Abdillah

Haiiiii.. Kembali kita lagi dalam rancangan #daridapurFisya. Sejak dah pandai buat kuih cara sendiri sebab belajar masa PKP dulu, jadi kita buat lagi kuih cara manis kesukaan kita. Teringat dulu gigih cari acuan kuih cara masa PKP pertama dulu.. sampai jejak kaki ke pasar basah Seksyen 16. hahaha. Tapi tak rindu langsung nak PKP lagi..... 

Eh.. back to memory lane pulak... jomlah kita mulakan, macam mana nak buat kuih cara manis ni..

Bahan-bahan

7 helai daun pandan (1@2 helai daun buat berus pandan)

2 cawan tepung gandum

2 biji telur

2 cawan santan (+air kalau guna santan kotak)

1/2 tsp garam

Pewarna hijau

Gula secukupnya (Aku guna gula perang_

Minyak


Cara-cara:

1. Kisar halus daun pandan dengan air => jus pandan. Tapis jus pandan

2. Kisarkan tepung gandum, telur, santan dan jus pandan

3. Tambah garam dan beberapa titis pewarna hijau.

4. Kisar adunan kuih sehingga sebati.

5. Panaskan acuan kuih cara di atas dapur. Sapu minyak pada setiap permukaan acuan guna berus pandan

6. Tuang adunan ke dalam acuan yang betul-betul panas

7. Tuang gula secukupnya untuk inti, aku sukat dalam 1/2 tsp gula untuk satu acuan.

8. Tutup acuan dan tunggu hingga masak (bahagian bawah sedikit perang).

9. Sedia untuk dihidang.


Cara manis in progress. Acuan dia pun dah jadi antik dah walaupun guna setahun sekaliπŸ˜‚

Taraaa.. dah siap

Aku suka betul buat kuih cara ni, selain memang favorite aku, pembuatan dia tersangatlah senang. Semua bahan-bahan kita blend je.. satu aduanan ni boleh dapat dalam 21 pasangan kuih cara manis. Jadinya, kita berkongsi la rezeki kuih cara ni dekat mak mertua dengan jiran-jiran. Harapnya dorang berpuas hati la dengan rasa kuih ni..


Salam Ramadhan semua. Semoga Ramadhan kali ni menjadi yang terbaik buat kita semua. 

Friday, April 3, 2015

Dari Dapur Fisya : Nasi Ayam Marvelous

#np : Kembali senyum - Izwan Pilus

Curlas ko jahhh.. nama takleh bombastik lagi ke... πŸ˜‚

Hari ni aku saja alih angin, dah boring asyik masak nasi putih lauk kampung.. kali ni aku cuba nak masak nasi ayam pulak. Nak buat nasi ayam ni, aku bahagikan steps kepada 5 bahagian. 

A. Ayam

Rebus ayam berserta (3) bawang merah, (2)bawang putih dan halia. Rebus selama setengah jam. lepas rebus, angkat dan mula perapkan. Bahan-bahan untuk perap:

1. Sos Tiram
2. Kicap
3. Kisaran halia + bawang putih + bawang merah.

Biarkan ayam diperap selama mungkin. Lagi lama perap lagi bagus sebab bahan perapan tu akan meresap ke dalam ayam.


B. Nasi

Bahan-bahan:
Mentega

3 ulas Bawang putih (ditumbuk @ hiris)
3 ulasBawang merah (ditumbuk @ hiris)
2 inci Halia (ditumbuk @ hiris)

Rempah tumis -
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Buah pelaga
Cengkih

Serai
Air rebusan ayam
Beras
Garam secukup rasa

1. Panaskan periuk @ kuali dan masukkan mentega.
2. Tumis bawang putih, bawang merah, halia, rempah tumis, serai hingga harum
3. Masukkan beras. Gaulkan sehingga sebati. (Tak perlu nak gaulkan lama. Bak kata orang putih, Just nice. Hehe)
4. Masukkan air rebusan ayam. Tambahkan garam secukup rasa dan sedikit serbuk kunit untuk bagi warna kuning pada nasi.
5. Biarkan nasi masak seperti biasa.


C. Sup

Bahan-bahan:
Air rebusan ayam

1 ulas Bawang putih
1 ulas Bawang merah
1 inci Halia
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Buah pelaga
Cengkih
Garam

1. Panaskan air rebusan yang yang lebih tadi. Masukkan semua bahan ke dalam air rebusan tersebut. Biarkan ia masak. Siap


D. Sos cili

Bahan-bahan
Cili merah
Bawang putih
Halia
Air rebusan ayam
Cuka
Garam
Gula

1. Kisar cili merah, bawang putih dan halia.
2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Biarkan ia masak seketika.
3. Sedia untuk dihidang


E. Sos kicap

Baki sos kicap perapan ayam dicampur dengan air rebusan ayam. Tambahkan garam secukup rasa. Siap.


Sunday, March 30, 2014

Kek Pelangi Lepas Hujan

#np - Just Want You To Know (BSB)

Sebab banyak benda yang dah berlaku sejak dua menjak ni, aku betul-betul harapkan akan ada pelangi lepas hujan. Sebab tu la aku buat kek pelangi ni dengan harapan akan ada pelangi dalam hidup aku lepas ni. Ceewah. Intro dia..... tak menahan.... Hahaha. Tak de la sampai ke situ. Sebenarnya, saja je aku buat kek ni. Aku buat sebab nak bawak ke rumah Kak Long tadi. Kak long dengan Jepah ada buat makan-makan hari ni, pastu kumpulkan budak-budak Diet Gen 6 yang ada kat area KL-Selangor ni. Memang meriah la tadi. Budak-budak Diet ni, kalau dah berkumpul, 5 hari-5 malam pun tak cukup nak bercerita. Ada je cerita dorang. Waaaa, rindu gila dengan dorang ni. Merekalah *ahli-ahli Diet Gen 6*, menjadi pengibur dan penguat semangat aku untuk menempuh zaman-zaman di asasi dan universiti. Thanks korang.

Husna: Yo, whatchu looking at? Shikin & Tini : Smile. =) Me & Alia : Peace, babeh!! *Thanks kat Pekja, the photographer dan Kak Long & Jepah sebab sudi bagi tumpang rumah. Sayang korang muah-muah. Lain kali boleh buat gathering camni lagi ye*

Okay. Berbalik kepada kek pelangi tadi, dah alang-alang aku buat, so, aku pun nak abadikan resepi dia kat sini. Memang senang gila nak buat dia. Asalkan ada bahan-bahan yang cukup, memang boleh buat la. *Terima kasih kat kawan mak sebab bagi resepi ni. Memang superb la resepi ni*

Bahan-bahan:

Bahan A
5 biji telur ayam
1/2 cawan Gula Kastor
1 tbsp Overlette

Bahan B
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat manis
1 tbsp baking powder (ayak dulu)

2 cawan tepung gandum (ayak dulu)
1 tsp Pewarna pilihan (Aku ambik warna merah, kuning dan hijau, sebab tu je warna yang ada kat rumah ni.)
Margerin

Cara-Cara:

1. Pukul Bahan A sehingga gebu (sampai adunan tukar warna putih)
2. Masukkan Bahan B dan pukul sampai sebati.
3. Masukkan tepung gandum, kemudian, pukul sampai sebati.
4. Lepas sebati tu, asingkan adunan ikut berapa banyak kaler yang kita nak letak. *Kalau dalam kes aku, aku buat 3 adunan* 
5. Lepas tu,letak pewarna dalam setiap adunan yang telah diasingkan

3 adunan, 3 warna

6. Sebelum adunan-adunan tu nak letak dalam loyang, sapu dulu loyang dengan margerin. *Tak nak bagi kek tu lekat kat loyang sebenarnya.*
7. Kemudian, masukkan adunan tu ke dalam loyang secara berselang-seli. [Contohnya, letak adunan merah, pastu adunan hijau,kemudian, adunan kuning; vice versa]

Adunan kek sebelum masuk periuk kukus. Menarik tak warna dia? *telan air liur*

8. Kemudian kukus dalam periuk kukus selama 45 minit. *kalau nak bakar, boleh bakar engan suhu 120oC dalam masa 60 minit*


Dah siap. Senang kan? Aku, kalau dapat makan kek pelangi ni, takkan pernah cukup dan puas. Sedap bak hang! Dengan moist dia, rasa pun xde la manis sangat, memang sedap la. Serious, aku tak tipu. Cuba la. =)

Jemput makan semua. =) Terasa indah je bila tengok kek ni.  

p/s: Those warm hugs. Don't know I need it until I have it. Thanks guys. =)

Thursday, February 27, 2014

Dari Dapur Fisya : Oreo Cheesecake

Okay, entri kali ni aku nak share resepi lagi. Memandangkan semalam 'it's payday, babe', nafsu mula la carik pasal. Tiba-tiba je craving nak makan cheesecake. Sebenarnya dulu aku tak makan cheesecake, mungkin sebab terpengaruh dengan Mango Cheesecake masa makan kat Lilawady dulu, terus aku suka dengan cheesecake. Mango cheesecake Lilawady memang the best!!! Tapi aku belum lagi jumpa cheesecake camtu kat sini. Mungkin aku boleh cuba pulak buat mango cheesecake sendiri pasni.

Okay, berbalik ke cerita tadi. Lepas aku google resepi oreo cheesecake, aku pun pergi la Giant borong barang.



Materials untuk Base Cheese Cake :
- lebih kurang 30 keping oreo yang dah dibuang cream tengah : di blend halus
- 1/4 cawan butter yang dicairkan

Procedure :
1. blend kering oreo : estimate ikut size loyang .
2. ambil butter yang dah dicairkan tu dan campur dalam oreo yang dah di-blend
3. gaul sebati , masukkan dalam loyang
4. letakkan dalam fridge sekejap

Materials untuk Cheese Cake
:
- 250 g cream cheese . *aku guna 200g je cream cheese ni. Tak jumpa yang 250g punya.
- 3 biji telur 
- 1 cawan gula
- 1/2 tin susu cair
- 2 tsb jus lemon *kalau taknak guna lemon pon takpe . tukar dengan limau kasturi . tapi kurangkan sikit kuantiti
- sedikit parutan kulit lemon 
- 1 tsp esen vanilla
- 3 tsb tepung kastard
- lebih kurang satu cawan oreo yang dicincang halus

Procedure
:
1. Pukul cream cheese bersama gula . Dah sebati . then masukkan telur satu persatu .
2. Sebati then masukkan susu cair , tepung kastard , esen vanilla , jus lemon and parutan kulit lemon .
3. kacau hingga sebati . then masukkan oreo yang telah dicincang . kacau hingga sebati . next , masukkan dalam loyang
4. tutup loyang dengan aluminium foil .
5. kukus selama 1jam . panjangkan masa kalau tak masak lagi .
6. Bila dah sejuk, masukkan dalam freeze

Tadaaaa.... Dah siap...



Teruja gila sebab berjaya buat sendiri chesecake. I'm proud of you babehhhh!!!

Friday, September 13, 2013

Cooking Class : Daging Masak Hitam

Resepi seterusnya yang aku nak kongsi hari ni adalah, Daging Masak Hitam. Disebabkan aku dah boring asyik nak masak daging goreng kicap, maka hari ni aku buat lain sikit. Lepas dah selak punya selak nak carik resepi untuk nak masak daging, akhirnya berjumpa jua. Macam mana nak buat?
Begini caranya:

Bahan-bahan:
5 biji bawang merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 1/2 inci halia (ditumbuk)
3 tbsp cili giling
1 tbsp serbuk jintan manis
1 tbsp serbuk jintan putih
* Aku guna jintan manis yang aku tumbuk sendiri sebab tak jumpa serbuk jintan manis dengan jintan putih. Hasil dia okay je.*
Minyak masak
5 tbsp kicap pekat
1/2 tbsp asam jawa + air
3 batang serai
Daging (Dipotong nipis-nipis untuk bagi cepat masak)
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan-bahan yang ditumbuk serta cili giling, jintan manis dan jintan putih sehingga naik bau. *Aku sangat suka bau jintan ni. Memang menggoda aku betul. ^.^*


2. Masukkan daging dan sedikit air. Biarkan sehingga daging betul-betul lembut dan masak.


3. Kemudian, masukkan kicap pekat dan air asam jawa. Biarkan ia masak dan pecah minyak.
4. Apabila sudah masak, sedia untuk dihidang.

 
Inilah hasilnya. Nampak sedap tak? =)

Senang kan? Hmm. Sekarang ni, bagi aku, memasak memang senang, itu pun kalau aku tengah semangat. Kalau tak, jangan harap la nak ke dapur. Hehe. Tapi mesti ada buku masak dan Google la. Kalau tak, memang tak berasap la dapur aku. Hehe. Untuk resepi kali ni, aku ambik dalam Buku Resepi Chef Hanieliza yang aku duk sibuk beli untuk Therapuetic Diet dulu. Memang berguna betul buku resepi ni. Ingatkan akan tinggal dan berabuk kat dalam rak. Hehehe. Tak sia-sia aku beli. Lagipun, resepi yang aku ambik dari buku ni dan cuba, Alhamdulillah, semuanya menjadi la. Cuma ada silap-silap sikit la sebab kesalahan aku, tak ikut arahan buku tu. Aku memang suka camtu, main suka hati je ubah-ubah. Tapi tak de la ketara sangat kot. Apa-apa pun selamat mencuba resepi ni. InsyaAllah, kalau kita buat dengan kasih sayang, pasti menjadi punya. Cewah. =p

p/s : Dah macam mak-mak pulak aku rasa. Sibuk resepi bagai. Hehe

Sunday, August 4, 2013

Dari dapur Fisya : Cheesy Popia

#BGM :  Yoohoo - Secret

Ecece. Tak leh tahan title ni. Perasan chef la ni ek? hehe Terpengaruh dengan tajuk novel la ni. ekeke. Ok2. Disebabkan hari tu dah janji nak post resepi pasal cheesy popia, so, entri kali ni aku cerita pasal cheesy popia ni. Mana aku tahu wujudnya cheesy popia ni? Pada suatu hari, mak aku balik dari sekolah dan bagitahu aku yang dia dapat resepi cheesy popia dari kawan dia. Sebab kawan dia kata sedap, so, kitorang pun terasa nak cuba la. Cheesy popia ni bukan macam cheesy wedges yang cheese dia cair kat luar tu. Sebaliknya, inti dia yang penuh dengan cheese tu.

Rupa dia macam popia biasa, tapi inti dia penuh dengan cheese. ^.^

Maka, camana nak buat? Pertama sekali, kita kena tahu la apa bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan:
Kulit popia
1 tsp tepung gandum (sebagai pelekat)

Inti:
1/2 batang Lobak merak a.k.a carrot (dihiris halus-halus)
1/4 Kobis (dihiris halus-halus)
Serbuk lada sulah (secukup rasa)
Mozarella cheese (Aku guna yang dah disagat @ grated)
Cheddar cheese (Aku guna yang slice punya. Potong halus-halus.)
Garam (secukup rasa)
* Boleh tambah crab stick kalau nak

**Aku tak tulis kuantiti setiap bahan-bahan secara terperinci. Terpulang pada korang la nak berapa banyak. Kalau suka cheese banyak, korang letak la cheese bebanyak.

Cara-cara:
1. Untuk nak buat inti popia ni, campurkan lobak merah, kobis, serbuk lada sulah, mozarella cheese, cheedar cheese dan garam dalam satu bekas. *campur sekali crab stick jugak kalau nak tambah crab stick*
2. Gaulkan inti tu sampai sebati.
Macam ni la rupanya bila dah gaul semua.

3. Kemudian, ambik dalam 1 sudu inti itu dan letak atas kulit popia.
4. Mula gulung macam kita buat popia. Last sekali, kat hujung dia, guna pelekat (tepung gandum + air) untuk nak lekatkan hujung popia itu.
5. Ulang langkah 4 sampai kulit popia atau inti habis.
6. Goreng popia tu.
7. Dah siap. Sedia untuk dihidang.

Senang kan resepi ni. Rasa dia? Sedap bak hang!!! Makan panas-panas lagi sedap. Terasa cheese tu cair di mulut. Aku yang minat cheese biasa-biasa pun boleh teraddicted dengan popia ni, apatah lagi peminat-peminat cheese ni kan. Popia ni kalau tak cecah dengan sos cili pun tak pe. Aku makan macam tu je. Baru terasa cheese dia kalau makan macam tu. Maka, selamat mencuba. InsyaAllah kalau buat dengan ikhlas dan kasih sayang, pasti sedap. =) Jumpa lagi pada entri lain.

p/s: Mak aku komplin kenapa la aku duk sibuk tangkap gambar ni semua. Anak mak ni nak jadi blogger la, nak simpan resepi ni dalam blog. So, tak de la lupa nanti. hehe