#np - Pencarianku - Aisha Retno
Aku teringin sangat nak sampai ke Bukit Fraser. Namun, aku ada sedikit skeptikal sebab kebanyakan orang kata yang Bukit Fraser tiada apa yang menarik untuk dilawati. Hanya bandar kecil dan sunyi. Tapi aku tetap nak sampai ke sana, tak kira la macam mana keadaan Bukit Fraser tu sekarang. Kalau betul tak menarik, mungkin itu kali pertama dan terakhir sampai...
Apabila Jepah dan Kak Long buka cerita tentang niat mereka untuk ke Bukit Fraser, aku dan suami pun melahirkan hasrat untuk turut serta. Bak kata orang.. 'the more the merrier'.. Sebenarnya kami dah plan dua kali untuk sampai ke Bukit Fraser. Kali pertama, kami bercadang untuk menempah hotel Puncak Inn yang berhampiran dengan tempat ikonik Menara Jam 'Bukit Fraser', namun tiada rezeki kami untuk ke sana lagi disebabkan oleh jadual bertembung dengan urusan peribadi. Jadi kami tunda percutian kami hingga ke minggu lepas (5/10/2024).. itu pun rancangan secara tiba-tiba. Kami buat keputusan tu dalam masa 2 minggu sebelum tarikh pergi... Cari punya cari, kebanyakan hotel dah fully book pada tarikh tersebut.. hanya ada apartment je yang available. Disebabkan kami dua keluarga yang pergi, kami rasa iya agak berbaloi dan kami pun terus menempah apartment dekat Silverpark Resort untuk percutian 2 hari 1 malam kami.
Itinerari untuk kali ni dikarang oleh Kak Long. Kami gerak dari Shah Alam & Klang awal pagi kerana ada banyak persinggahan untuk dijelajahi.. 😁 Perjalanan kami ke Bukit Fraser ni ikut laluan Kuala Kubu Bharu (KKB). Jadi, niatnya memang nak singgah Empangan Sungai Selangor a.k.a Kuala Kubu Bharu (tempat tinjau) , tempat wajib dilawati jika lalu ke Bukit Fraser. Sebelum kami tiba di empangan tersebut, kami sempat singgah makan di Warung Mee Kari Kak Kiah, di Medan Selera Kuala Kubu Bharu, di tengah bandar KKB. Kedai ni ada macam-macam sarapan yang disediakan seperti nasi lemak, roti canai, lempeng biasa atau lempeng kelapa dan yang paling terkenal, mee kari. Aku hanya pilih lempeng biasa berserta sambal sebab rasa macam tak nak makan berat sangat pagi tu. Lempeng dia agak sedap, garing.. recommended untuk diulang lagi.
Perjalanan kami dari Warung Mee Kari Kak Kiah ke Empangan Kuala Kubu Bharu mengambil masa hanya 10 minit. Di sana kami disajikan dengan permandangan indah empangan berserta bukit bukau dan langit yang biru sebagai latar. Selepas berswafoto, kami pun meneruskan perjalanan ke Bukit Fraser.






Perjalanan ke Bukit Fraser sangat mencabar ea. Kami sudah acapkali diberitahu tentang itu setiap kali google. Jalannya agak sempit dan berliku-liku. Sila standby 'travelling pill' bagi sesiapa yang ada motion sickness. Nasib baik aku hanya bersarapan ringan sahaja pagi tu, kalau tau, memang muntah la. Perjalanan dia sangat teruk lepas kami melepasi cabang papan tanda Bukit Fraser. Laluan tersebut hanya sehala sahaja.. bayangkan betapa sempitnya laluan kami. Mampu berzikir je sepanjang jalan sebab jalan licin berserta ada tanah runtuh di beberapa tempat sepanjang laluan ke atas..😨 Kalau ikut tentatif, kami nak singgah Air Terjun Ulu Semangkuk tapi tak dapat, sebab jalan di kawasan sekitar agak licin dan sempit dan juga air terjunnya nampak keruh..
Selepas sejam perjalanan dari KKB, Alhamdulillah akhirnya kami sampai ke destinasi. Kami disapa dengan kedinginan cuaca Bukit Fraser. Sesampainya di sana, kami terus bergambar dan bersiar-siar di Menara Jam ikonik tersebut dan kawasan sekitarnya. Kawasan sekitar Menara Jam ni dikira seperti pusat bandar Bukit Fraser itu sendiri. Ada pejabat pos yang tertua, klinik kesihatan, balai polis, kedai runcit dan cenderamata. Dan sebenarnya Bukit Fraser ini adalah terletak di garisan sempadan antara Selangor dan Pahang. Kami juga sempat masuk ke Pusat Interpretasi Burung (Bird Interpretive Centre) di sebelah Menara Jam. Masuk adalah percuma dan banyak info tentang burung dan perihal Bukit Fraser diceritakan di sana disebabkan kawasan Bukit Fraser ini adalah kawasan migrasi pelbagai spesis burung-burung sejauh dari Siberia. Menarik bukan? Suhu di Bukit Fraser pada ketika itu adalah 21.5oC dan boleh mencecah 17oC menjelang malam.
Ikonik Menara Jam
Ada Balai Polis jugak kat sini
Pejabat Pos ni adalah bangunan yang terawal di Bukit Fraser
Ni la garisan sempadan antara Selangor dan Pahang.
Mestilah kena tangkap gambar kat sini kan.. hihi
Kemudian, kami menuju ke Medan Selera Bukit Fraser untuk makan tengah hari. Sebenarnya agak limited pemilihan kedai makan di sini. Di medan selera ini hanya 3 kedai sahaja yang buka, disamping satu kedai barangan cenderahati. Kami memilih Restoran Arzed untuk makan tengah hari. Harga makan pun mengikut standard tanah tinggi. Ada goreng-gorengan dan nasi ayam penyet set. Rasa pun agak sedap juga dan servis agak pantas. Alhamdulillah. Kami check in homestay dengan kekenyangan. 😁
Muka semua tengah kelaparan. 😁
Jalan nak masuk homestay kami
Ni pemandangan dari homestay kami.
Setelah solat dan berehat sebentar, kami pun keluar ke bandar Bukit Fraser selepas asar. Destinasi pertama kami adalah untuk minum petang di Aida Daniya yang berdekatan dengan homestay kami. Turun homestay je boleh jumpa kedai ni.. Kami order set minum petang; dan dihidangkan dengan scones, dan beberapa jenis kek dan juga teh. Aku sudah semestinya order kopi. Cam sedap je layan kopi masa cuaca dingin macam ni..
Sedap tau kek dia ni.. Kopi pun sedap.. Berbaloi la makan kat sini.
Cuaca menjelang petang - 18.5oC. Dah mula berkabus..
Kemudian, kami pergi ke destinasi seterusnya, Allan's Water. Allan's Water ni adalah sebenarnya kawasan takungan air dan kini, telah menjadi salah satu kawasan rekreasi di Bukit Fraser.. Kat sini, kita boleh naik paddle boat dengan bagi makan ikan. Kami sempat beli satu buku roti sebagai makanan untuk ikan. Kami antara yang pertama tiba di sana. Tambahan pula, cuaca makin dingin dan mulai berkabus. Agak seram jugalah.. tapi nasib baik kami dua keluarga. Kita redah je la. Kami pun mula beri makanan roti dekat ikan-ikan dalam kolan tu. Ya Allah, ikan dia besar-besar tau. Tiap kali kami hulur makanan, semua serbu dekat makanan tersebut.
Nampak tak ikan dia.. besar-besar kannnn.. 🤯
Kemudian, kami cuba naik paddle boat. Untuk main aktiviti paddle boat ni, sorang kena bayar RM10 untuk 15 minit. Masa nak buat bayaran tu, rasa cam tak cukup masa je kan.. Tapi bila dah mula kayuh tu, rasa lama pulak.. lagipun kami tak kayuh jauh sangat.. sebab macam seram je kat kawasan hujung-hujung tu.. dengan berkabus tebalnya... dah macam dalam cerita seram je.. hahaha. jadi kami pusing-pusing kat tempat yang orang ramai. lepas kami naik paddle boat tu, ada beberapa keluarga lagi tiba. Jadi, takde la sunyi sangat. Dalam pukul 6.30 petang, kami akhirnya pulang ke homestay. Lagipun hari mula gelap dan kami pun nak buat persiapan nak masak makan malam.

.jpg)
Kalau ikut musim, sekarang ni musim hujan lewat petang menjelang malam. Jadi, kami buat keputusan untk masak dan makan malam je kat rumah. Lagipun kami duduk homestay, memang disiapkan dapur. Perancangan kami memang tepat sebab lepas balik dari Allan's Water je, semua dah malas nak keluar. hihi.. Menu kami malam tu, creamy spaghetti tomyam, goreng fries, drummet & nugget dan tak lupa buah-buahan. Tapi fries dan nugget laku keras ea... sejuk-sejuk makan benda panas memang sedap..
Dah macam makan kat perantauan dah.. dengan berbaju sejuk lagi..
Aktiviti malam. Nasib baik kami sempat beli game lidi ni.. Boleh la buat hilang bosan malam-malam, sambil memperkenalkan permainan ni dekat Syauqi. Rupanya budak gen Z tak kenal game ni... hihi
Tamat sudah hari pertama kami. Satu hari yang penuh dengan aktiviti.
Nak tau apa lagi aktiviti hari kedua? Tungguuuuuu...