#np - Loving You - DBSK
Hari kedua di Vietnam.
Pagi-pagi kami disapa dengan angin dingin. Dalat ni adalah kawasan tanah tinggi, ala-ala Cameron. Jadi, tempat dia agak sejuklah. Kawasan Dalat ni diterokai oleh orang Perancis. Jadi tak hairan lah seni bina bangunan di Dalat ni ala-ala senibina Perancis.
Hari ni hari yang penuh dengan aktiviti sebab esoknya kami dah bertolak balik ke HCM. Memang pack betul hari kedua ni.
Kita mulakan perjalanan menuju ke destinasi pertama, Mongoland. Mongoland ni tempat tarikan baru di Dalat; ada mini zoo kat sini dan kawasan permainan dan ootd yang cantik-cantik. Untuk permainan kat sini semua include dalam entrance fees. Jadi boleh main la puas-puas. Kat sini juga terkenal dengan Rainbow Slide. Sudah tentu kitorang tak nak lepaskan main Rainbow Slide ni. Satu slide boleh naik dalam 6 hingga 12 orang. Awal-awal masuk terus kitorang pergi area slide tu, sebab tau kalau lambat mesti beratur panjang. Alhamdulillah tak lama sangat kami untuk tunggu turn naik slide tu. Tapi slide tu sheram ea.. Ku ingat ada 2 bukit je.. sekali bila naik, ada 3 bukit ea dekat slide tu. Rasa cam nak tercampak je sebab bukit dia agak curam. Tapi thrill la.. Geng kami agak sporting ea walaupun ramai warga emas.. haha.. terbaekkk.. kami pun ada beli pakej video untuk ambil shoot kami kat slide tu. 350,000 Dong untuk 2 video sisi dan 1 video drone bersamaan RM60. Boleh la kongsi bayaran sesama ahli group.
.jpg)
Ni lah Rainbow Slide yang terkenal tu
Hasil video belian kami
Masuk-masuk kita nampak Alpaca
Ni la sebabnya dipanggil Mongoland.. Ada khemah-khemah ala-ala di Mongolia.. tapi khemah ni display je la. untuk OOTD je..
Tak dapat jumpa unta kat Timur Tengah, jumpa kat sini pun jadi lah
Yey.. dapat jumpa Capybara jugak
Setelah sejam di Mongoland, kami menuju ke destinasi seterusnya, Dalat Flower Garden. Kat sini kita boleh jumpa pelbagai spesis bunga-bunga dan buah-buahan.. korang enjoy je la gambar kami eh..
Cherry tomato
Labu yang kami pegang tu labu real ea
Our group
Lavenderrrr 😍
Kat sini ada satu taman hydrangea ea.. dah la besar-besar.. tenggelam kami dekat taman ni..hihi
Destinasi ketiga, Dalat Cable Car, di Robin Hill. Ada Uncle tu cakap, tempat ni antara wajib pergi.. kitorang pun follow je.. Yang bestnya, bila naik cable car ni, boleh nampak pekan Dalat tau.. Nampak la kawasan Dalat yng berbukit-bukit..
Harga tiket masuk
Cantikkan view ni, boleh nampak pekan Dalat.
Us.
Sempat lagi posing sebelum naik bas.. hihi
Destinasi keempat, Kilang Buluh. Yang ni aku frust sangat, sebab aku tak minat pegi tempat gitu. terasa cam tourist trap.. sesampainya kitorang kat situ, kitorang diarah masuk ke bilik seminar dan ada pekerja bagi briefing pasal produk dorang. Mostly barangan berasaskan buluh.. Lepas tu kami dibawa ke showroom dorang, untuk membeli produk-produk yang dorang dah terangkan tadi.. harga pun boleh tahan mahal jugak la...
tapi sebenarnya aku ni nak kejar pegi satu tempat yang wajib pergi, Datanla Waterfall.. sebab memang aim nak pegi situ, naik Alpine Coaster. Tapi En Ahmad takde bagi confirmation pun dapat pergi ke tak.. dan masa tu pun dah masuk 3 petang. memang kena redha la kalau tak dapat pergi...
Destinasi kelima.. Kami dibawa ke Clay Tunnel. Clay tunnel ni adalah satu kawasan yang penuh dengan ukiran-ukiran tanah liat.. ukiran dia bukan kecil-kecil ea.. siap ada kapal terbang la, keretapi la.. memang puas la nak OOTD. Biarlah gambar bercerita ea...
Sebelum pulang ke hotel, kami dibawa singgah ke pasar malam di Dalat. Kat sini rata-rata menjual pakaian dan makanan. Tapi kami beli buah je.. kat sini, kami mendapat perkhabaran yang Pak Lang kami meninggal. terus terbantut nak berjalan-jalan. tapi nak balik Malaysia pun tak boleh.. mampu sedekah Al-Fatihah je dari jauh...
Durian Vietnam
Malam di Dalat
Kami sempat singgah dinner di Restoran Hajah Hawa. Sedap tau makanan kat sini.. rasa puas hati betul makan kat sini. Balik memang kenyang tersandar la...
Ikan masak 3 rasa dia tu tip top..
Sekian alkisah hari kedua di Dalat. Padat dan pelbagai cerita. 😄
Jadi, dapatkah kami pergi ke Datanla Waterfall? Kita tunggu entri seterusnya ea..
Tata~
p/s: nak minta semua sedekahkan Al-Fatihah dekat Pak Lang kami ea. Semoga dia ditempatkan di kalangan golongan yang beriman.