Friday, April 3, 2015

Dari Dapur Fisya : Nasi Ayam Marvelous

#np : Kembali senyum - Izwan Pilus

Curlas ko jahhh.. nama takleh bombastik lagi ke... 😂

Hari ni aku saja alih angin, dah boring asyik masak nasi putih lauk kampung.. kali ni aku cuba nak masak nasi ayam pulak. Nak buat nasi ayam ni, aku bahagikan steps kepada 5 bahagian. 

A. Ayam

Rebus ayam berserta (3) bawang merah, (2)bawang putih dan halia. Rebus selama setengah jam. lepas rebus, angkat dan mula perapkan. Bahan-bahan untuk perap:

1. Sos Tiram
2. Kicap
3. Kisaran halia + bawang putih + bawang merah.

Biarkan ayam diperap selama mungkin. Lagi lama perap lagi bagus sebab bahan perapan tu akan meresap ke dalam ayam.


B. Nasi

Bahan-bahan:
Mentega

3 ulas Bawang putih (ditumbuk @ hiris)
3 ulasBawang merah (ditumbuk @ hiris)
2 inci Halia (ditumbuk @ hiris)

Rempah tumis -
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Buah pelaga
Cengkih

Serai
Air rebusan ayam
Beras
Garam secukup rasa

1. Panaskan periuk @ kuali dan masukkan mentega.
2. Tumis bawang putih, bawang merah, halia, rempah tumis, serai hingga harum
3. Masukkan beras. Gaulkan sehingga sebati. (Tak perlu nak gaulkan lama. Bak kata orang putih, Just nice. Hehe)
4. Masukkan air rebusan ayam. Tambahkan garam secukup rasa dan sedikit serbuk kunit untuk bagi warna kuning pada nasi.
5. Biarkan nasi masak seperti biasa.


C. Sup

Bahan-bahan:
Air rebusan ayam

1 ulas Bawang putih
1 ulas Bawang merah
1 inci Halia
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Buah pelaga
Cengkih
Garam

1. Panaskan air rebusan yang yang lebih tadi. Masukkan semua bahan ke dalam air rebusan tersebut. Biarkan ia masak. Siap


D. Sos cili

Bahan-bahan
Cili merah
Bawang putih
Halia
Air rebusan ayam
Cuka
Garam
Gula

1. Kisar cili merah, bawang putih dan halia.
2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Biarkan ia masak seketika.
3. Sedia untuk dihidang


E. Sos kicap

Baki sos kicap perapan ayam dicampur dengan air rebusan ayam. Tambahkan garam secukup rasa. Siap.


Flying high : Vietnam trip Day 1

Ku terbang lagi. Ke mana?  Kali ni destinasi aku ke Vietnam pula. Dengar kata kat Vietnam ni syurga membeli belah. Entah la. Aku tak tahu. Sebenarnya.. aku tak terpikir pun nak gi Vietnam. Ibu tiba-tiba je usulkan kat aku dan ayah, jom ke Vietnam. Aku apa lagi. Jom jom. Kali ni aku pergi bertiga je. Aku, ayah dan ibu. Tapi takde la tiga orang je. Kitorang ni ikut geng surau mak ayah aku ni. Tapi kenapa tiga orang je? Plan nak gi Vietnam ni sebenarnya dah bermula sejak hujung bulan 12 lagi. Disebabkan parent aku takut adik-adik aku busy bulan ni,  sebab tu la dorang tak ikut. Iye la. 3 bulan kan?  Macam-macam boleh jadi. Aku dengan ayah boleh la apply cuti,  tapi kalau adik aku yang tengah belajar ni,  takkan suka-suka hati je ponteng. Ayah aku kata, hari tu dah ponteng,  takkan nak poteng lagi. Aku ni pun nyaris-nyaris cuti tak approve. Katanya aku,  bulan dua hari tu dah cuti time public holiday. So,  takleh la nak cuti time cuti sekolah lagi. Bagi la orang lain chance. Aku pun cakap la,  ala,  aku dah beli tiket flight nak gi Vietnam. Last sekali manager aku kena la bagi cuti kat aku. Hehe. Mak aku pulak kata... ni trip orang-orang tua je. Kang nanti adik-adik aku boring. Aku ni... pantang orang ajak jalan, aku on je. Tak kisah la trip takde budak muda belia,  asalkan aku sampai ke negara orang. Ala,  lagipun bukannya aku tak kenal orang-orang yang ikut ni. Aku membesar dengan dorang. Dari zaman aku selebet gi sekolah naik basikal kayuh laju-laju sampai sekarang yang boleh jadi bini orang dah. Huhuhu.

Yang bestnya, aku takyah nak susah-susah plan itinerary. Semua dah siap. Hehe. Bukannya tak suka planning vacation. Tapi planning vacation ni perlukan fokus yang teliti. Seronok planning itinerary sendiri, tapi lagi seronok kalau semuanya dah bersiap. Hehehe. Walaupun tak planning itinerary sendiri tapi google tu mesti. At least kita takde la tercengang sangat bila sampai sana. Dah nama teruja, mesti la nak google kisah orang lain ke Vietnam, kan?
 
 
Muka excited nak pergi Vietnam. Tak dapat bergambar dengan real person, dengan figura pun jadi la. =)

*teruja mode : ON*

Untuk perjalanan kali ini, kitorang naik Vietnam Airline. Buat masa ni, dah tiga jenis airline dah aku dah alami. Air Asia, MAS dan sekarang ni, Vietnam Airline. Agak-agak lepas ni kita naik apa la pulak. Hehehe.
Flight ke Vietnam ni ambik masa 1 jam setengah untuk tiba ke Ho Chi Minh, Vietnam. So, memang rata-rata flight akan turun kat Ho Chi Minh Airport. Nama pun Vietnam Airline, so yang serve kitorang dalam flight ni pun orang-orang Vietnam. Jangan harap la nak cakap Melayu dengan dorang. Takkan dorang paham punya. Masa-masa ni la nak speaking English. Hi. May i have some juice please. *sila baca ikut slang British* =) tapi steward dorang handsomenyaaa... boleh cair melihatnya. Dah macam idol kpop dah. Hahahaha. Terkesima gak mula-mula nampak. Buat pulak dia pakai baju suit... waaa, nak tangkap bawak balik rumah la gitu. =D Overall, Vietnam Airline ni okay. Makanan okay tapi takleh nak refill selalu sebab steward dorang xselalu walk in untuk nak topup makanan. Masa hari nak pergi,  kitorang dijamu dengan menu ayam + kentang @ ikan + noodle. Suka hati la nak makan apa. Aku pilih nak menu ayam. Sedap la gak. Kenyang gila. Dia serve potato dan ada diberi bun gak. Memang kekenyangan dan terus tidur la. Hehehe. Cuma dalam Vietnam Airline ni, in flight entertainment xde. Kalau sesiapa pesen macam aku yang gemarkan hiburan, siap sedia la bawak handsfree and penuhkan phone dengan entertainment. Aku siap beli ebook tu buat bacaan kat dalam kapal terbang. Kalau tak pun, menikmati la panorama kat atas kapal terbang tu. The moment is priceless. Bukan senang nak dapat scenary kat atas langit. Selalunya kita tengok kat bahagian bawah langit je. Aku sangat suka tengok awan dengan langit yang membiru. That the reason I want to travel. =)

 Our flight

Looks yummy huh?

Kitorang selamat sampai di bandar Ho Chi Minh pukul 1.30 petang waktu Vietnam. Beza masa antara Malaysia dengam Vietnam adalah 1 jam. Maknanya kalau kat Malaysia pukul 2.30 petang, kat Vietnam baru kul 1.30 petang. Lepas imigresen, kitorang pun tunggu van kat luar airport, sambil-sambil tu pergi la carik sim card untuk nak berhubung dengan dunia luar masa kat Vietnam ni. Mula-mula pergi kat satu kedai jual simcard, dia kata harga sim card tu 150 000 dong = RM26.25. Gila kau. Sim card sampai RM26. Tapi sim card tu cam sim card biasa kita la. Boleh buat call and stuff. Takmau la. Aku nak internet je, lagipun takde siapa yang aku nak call. Membazir pulak kalau ambik sim card tu. Akhirnya, kitorang pun pergi la kat kedai lagi satu, sebab aku tengok kawan-kawan mak ayah aku ada kat kedai tu. Rupa-rupanya, dorang sibuk beli sim card untuk nak dapat line internet. Maka, aku pun join sekali la, dapat la harga 130 000 dong, lebih kurang RM22 la. Hek eleh, beza bape ringgit je pun. Ah, berapa ringgit tu pun duit tau. 


Muka ceria sebab selamat sampai Vietnam walaupun feeling tak berapa syok masa flight nak landed

Pukul 2 petang, van yang ditunggu pun sampai. Belum belum. Kitorang tak terus pergi ke hotel, sebaliknya kitorang dibawa shopping di China Town Vietnam a.k.a Cho Bin Thay. Kat situ memang bayak kain pasang. Menggila jugak la kitorang kat sana. Aku kat sana baru nak start gear. So, takde la shopping sangat. Just beli kain lace sepasang. Sebab tak leh nak expect camne pasar lain pulak. Kain lace dia melambak-lambak kat sana. Memang murah gila. Kain satin boleh dapat RM 10 semeter. Prada lace kitorang dapat RM19 semeter. Kalu kat Malaysia mau RM200-RM300 untuk lace gitu.  So, moderate je la shopping. 2 jam jugak la kitorang kat sana. Bapak aku siap beli helmet lagi dengan kain baju melayu. Kualiti kain pun boleh tahan la. Tu yang rakyat Malaysia menggila shopping kat Vietnam ni.

  China Town Vietnam a.k.a Cho Binh Tay

Tengok la macam mana mak ayah aku menggila shopping kain pasang.