Saturday, October 28, 2017

Dari Dapur Fisya : Resepi Sup Krim Cendawan 

Halooo.. lamanya tak posting kat sini.. ada orang rindu tak kat kitaaa? Haha.. kali ni kita post benda paling best.. iaitu resepi makanan.. 😋😋😋  Memang kena post kat sini kalau kita dapat resepi.. sebab nanti senang kita nak carik balik resepi kita yang dulu- dulu.. huhu Sebenarnya.. kita rindu nak masak.. almaklumlah, kita ni takde dapur sendiri.. tumpang dapur ibu je.. so, memandangkan ada orang request nak makan mushroom soup dgn garlic bread, so kita layankan je la..  Sebab kita tak tau macam mana nak buat mushroom soup... so apa lagi.. kita tanya ms google je la.. Ms Google kan know it all.. hihi 

Bahannya: 
1000ml air 
500 ml susu segar 
1 tin cendawan butang di cincang halus 
3 ulas kiub ayam 
1/2 cwn tepung gandum dicampurkan dengan 1 cwn air 
sedikit garam sedikit perasa
sedikit serbuk lada hitam utk menghidang( jika suka) 

Caranya.. 
1. Masukkan 1000ml air kedalam periuk..Panaskan sekejap 
2. Bila dah mula mendidih masukan 500 ml; susu segar berserta kiub ayam. 
3. Dengan api yang perlahan biarkan susu mendidh sebentar dan kiub ayam larut. 
4. Bila susu dah mula mendidih addkan tepung yang telah dicampurkan dengan 1 cwn air tadi.  
5. Kacau rata tepung agar bersatu dengan susu..Tambahkan cendawan yang telah dicincang tadi.  
6. Perlahankan api biar bahan mereneh dan memekat diatas api. 
7. Bila bahan dah memekat, addkn sedikit garam serta sedkit perisa ajinomoto. 
8. Biarkan mereneh sebentar .Kacau selalu.Bila dah memekatdan sesedap rasa bolelah dihidangkan 
9. Taburkan sedikit serbuk lada hitam diatasnya jika suk ketika menghidangnya.. 

Senang rupanya buat mushroom soup ni.. kita ni tak suka mushroon soup yang instant tu.. rasa dia lain macam sikit. Mungkin sebab dah tambah bahan pengawet itu bagi sedap.. so itu je la cara- cara nak buat mushroom soup.. sedap bak hang... cenggini haaa rasanya 👍🏻👍🏻👍🏻 

Kredit resepi ni dekat http://secuitrasaumiejazz.blogspot.my/2015/10/mushroom-soup-berbaloi-buat-sendiri.html?m=1

terima kasih banyak2 la ye atas resepi.. ilmu yang bermanfaat.