Sunday, March 30, 2014

Kek Pelangi Lepas Hujan

#np - Just Want You To Know (BSB)

Sebab banyak benda yang dah berlaku sejak dua menjak ni, aku betul-betul harapkan akan ada pelangi lepas hujan. Sebab tu la aku buat kek pelangi ni dengan harapan akan ada pelangi dalam hidup aku lepas ni. Ceewah. Intro dia..... tak menahan.... Hahaha. Tak de la sampai ke situ. Sebenarnya, saja je aku buat kek ni. Aku buat sebab nak bawak ke rumah Kak Long tadi. Kak long dengan Jepah ada buat makan-makan hari ni, pastu kumpulkan budak-budak Diet Gen 6 yang ada kat area KL-Selangor ni. Memang meriah la tadi. Budak-budak Diet ni, kalau dah berkumpul, 5 hari-5 malam pun tak cukup nak bercerita. Ada je cerita dorang. Waaaa, rindu gila dengan dorang ni. Merekalah *ahli-ahli Diet Gen 6*, menjadi pengibur dan penguat semangat aku untuk menempuh zaman-zaman di asasi dan universiti. Thanks korang.

Husna: Yo, whatchu looking at? Shikin & Tini : Smile. =) Me & Alia : Peace, babeh!! *Thanks kat Pekja, the photographer dan Kak Long & Jepah sebab sudi bagi tumpang rumah. Sayang korang muah-muah. Lain kali boleh buat gathering camni lagi ye*

Okay. Berbalik kepada kek pelangi tadi, dah alang-alang aku buat, so, aku pun nak abadikan resepi dia kat sini. Memang senang gila nak buat dia. Asalkan ada bahan-bahan yang cukup, memang boleh buat la. *Terima kasih kat kawan mak sebab bagi resepi ni. Memang superb la resepi ni*

Bahan-bahan:

Bahan A
5 biji telur ayam
1/2 cawan Gula Kastor
1 tbsp Overlette

Bahan B
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat manis
1 tbsp baking powder (ayak dulu)

2 cawan tepung gandum (ayak dulu)
1 tsp Pewarna pilihan (Aku ambik warna merah, kuning dan hijau, sebab tu je warna yang ada kat rumah ni.)
Margerin

Cara-Cara:

1. Pukul Bahan A sehingga gebu (sampai adunan tukar warna putih)
2. Masukkan Bahan B dan pukul sampai sebati.
3. Masukkan tepung gandum, kemudian, pukul sampai sebati.
4. Lepas sebati tu, asingkan adunan ikut berapa banyak kaler yang kita nak letak. *Kalau dalam kes aku, aku buat 3 adunan* 
5. Lepas tu,letak pewarna dalam setiap adunan yang telah diasingkan

3 adunan, 3 warna

6. Sebelum adunan-adunan tu nak letak dalam loyang, sapu dulu loyang dengan margerin. *Tak nak bagi kek tu lekat kat loyang sebenarnya.*
7. Kemudian, masukkan adunan tu ke dalam loyang secara berselang-seli. [Contohnya, letak adunan merah, pastu adunan hijau,kemudian, adunan kuning; vice versa]

Adunan kek sebelum masuk periuk kukus. Menarik tak warna dia? *telan air liur*

8. Kemudian kukus dalam periuk kukus selama 45 minit. *kalau nak bakar, boleh bakar engan suhu 120oC dalam masa 60 minit*


Dah siap. Senang kan? Aku, kalau dapat makan kek pelangi ni, takkan pernah cukup dan puas. Sedap bak hang! Dengan moist dia, rasa pun xde la manis sangat, memang sedap la. Serious, aku tak tipu. Cuba la. =)

Jemput makan semua. =) Terasa indah je bila tengok kek ni.  

p/s: Those warm hugs. Don't know I need it until I have it. Thanks guys. =)

No comments:

Post a Comment

scribbles your thought here pleasurely