Wednesday, October 11, 2023

Ulang Tahun KAHS IIUM ke 20

Selamat Ulang Tahun KAHS ke 20!! 🎊🎊

Dapat undangan makan malam alumni dari kulliyah sendiri (padahal sendiri yang sukarela hadir 😆😆maka sampailah kita ke tempat jatuh bangun mencari ilmu dan belajar tentang kehidupan selama 4 tahun minggu lepas..
Tahun ni Kulliyah Sains Kesihatan Bersekutu (Allied Heath Science) dah masuk 20 tahun. Sis adalah batch ke 6, baru terasa lama rupanya dah grad.. junior-junior pun banyak je pernah jadi intern bawah kita & ada yang pernah jugak jadi rakan sekerja.. 😂😂
Alhamdulillah.. Seronok sangat dapat jumpa dengan para pensyarah yang pernah mengajar kita dulu. Terimbau kembali kenangan pergi kelas mereka. Terima kasih para lecturer yang telah mendidik kami hingga berjaya dengan kerjaya masing2. 😍kami doakan para pensyarah kami sentiasa sihat sejahtera & dirahmati kehidupan mereka. Aamin 😍


Bersama Dr Azdie

Bersama Dr Nik, our first Dean

Group photo

Dah alang-alang kita naik ke Kuantan, mesti la pusing-pusing tempat menarik kat Kuantan ea idok.. Kula cakes memang tempat wajib pergi ea.. dari zaman belajar sampai sekarang masih teringat-ingat Mango Cheesecake dia.. 🤤🤤


The favourite Mango Cheesecake 🤤🤤


Tak lengkap la kalau turun Kuantan tak pegi Teluk Cempedak. Disebabkan sebelum ni kami datang masa PKP, kawasan TC ni banyak yang tutup. Alhamdulillah kali ni kami pergi, dapat la lalu jambatan nak naik ke Bukit Pelindung tu, sambil healing-healing tengok laut.. 😍


Kali ni sempat pegi area Menara Teruntum tu. Jalan kat luar area tu je.. zaman belajar pun tak pernah jalan situ.. 😂😂 yang tau masa tu jalan pegi ECM je.. hahaha 😂😂




T
erima kasih husband sebab sudi teman ke majlis dinner ni sambil bercuti.. 💓Dapat la tunjuk environment “Garden Knowledge & Virtue” a.k.a IIUM kampus Kuantan. Moga dapat kembali ke sini lagi. InsyaAllah..

Monday, October 2, 2023

Roadtrip Ke Utara Part 2

 Mari kita sambung lagi kisah #roadtripfiqakeutara ;

3. Kedah

Masjid Al Busyra
Singgah sini atas permintaan Ibu. Masjid ni bukan sahaja tempat untuk orang ramai bersolat, tapi ada mini R&R untuk orang tempatan atau musafir berehat. Siap ada kedai dobi dan mini market. Makanan-makanan viral dalam mini market tu sedap-sedap tau. Alhamdulillah ramai yang singgah solat & makan dekat sana.


Tanjung Dawai
Kat sini surga produk hasil laut. Ada macam-macam jenis; dari ikan bilis mata biru sampai ke ikan masin. Kami singgah ke Arked Tanjung Dawai untuk membeli produk hasil laut ni. Banyak jugak kedai-kedai jualan. Rambang mata jugak la nak pilih.


Pantai Merdeka
Bila sebut Pantai Merdeka ni, tetiba teringat satu lagu yang guna nama tempat ni. 😂😂 . Pergi sini pun atas permintaan Ibu jugak. Sempat kami singgah sebelum pulang. Kalau nak tau, Pantai Merdeka dengan Tanjung Dawai ni sebenarnya berdekatan, kalau lalu ikut jalan laut hanya ambil masa dalam 3 minit sahaja ikut kata orang ramai. Tapi kalau lalu ikut daratan, ambil masa dekat sejam perjalanan jugak la. Dari Pantai Merdeka tu pun boleh nampak Arked Tanjung Dawai tau..





Memorial Tsunami
Ni berdekatan dengan Pantai Merdeka, dalam 15 minit perjalanan. Kalau singgah Pantai Merdeka; boleh la singgah juga di sini. Kat sini kita boleh tengok peninggalan kesan tsunami yang melanda daerah utara tanah air masa 2014 dulu dalam galeri Tsunami ni. Boleh nampak ada kesan rumah-rumah yang musnah masa Tsunami melanda.. Memang tempat ni betul-betul tepi laut. Sempat juga kami tumpang solat di sini. Tak tau la, aku rasa tenang betul masa solat di sana.




4. Perlis
Padang Besar
Sampai je ke negeri Perlis, kami terus ke Padang Besar. Kat sini biasalah, surga membeli belah. Tapi tu la, kami pun tak lama sangat dekat situ, sebab kejar masa untuk check in dan berjumpa dengan sedara. Dengan hujannya lagi. 😓 Tak dapat explore habis tempat ni. Kena repeat balik ni..


Masjid Terapung
Kami hanya mampu tengok dari luar sahaja sebab dah malam. Pintu masjid pun dah tutup. Takde rezeki nak masuk dalam.


Warung Tepi Sawah
Sebelum pulang ke tempat asal, kami sempat sarapan kat sini. Ni pun atas cadangan kawan ayah, katanya tempat wajib cuba. Kami pergi lepas subuh sebab nak elak ramai orang dan kena tunggu lama. Lagipun kami agak kejar waktu jugak. Surprisingly, masa kami sampai, kedai baru bukak dan belum ada pengunjung lagi. Sempat la kami posing & berswafoto sekeping dua bukti hadir dan sebelum hujan lebat turun. Kat sini macam food court. Ada macam-macam stall jual macam-macam makanan. Sampai rambang mata la nak pilih makanan apa untuk sarapan pagi tu.







Pasar Terapung/ Floating Market
Sebelum check out dari Perlis, kami singgah sini dulu. Tempat ni dalam kawasan Jabatan Pengairan dan Saliran Perlis. Dia buat ala-ala Floating Market di Hatyai. Ada bot-bot dalam air yang menjual pelbagai makanan. Tapi jangan expect tinggi la seperti kat Hatyai tu.. Sebab ada 4-5 bot je kat sini. Tempat ni bukak pukul 10 pagi tapi kami pergi agak awal sebab takde niat pun nak beli makanan kat situ, dah kenyang makan sarapan. Hanya untuk melihat tempat dan berswafoto sekeping dua dengan bot-bot yang ada dekat situ.







Akhir kata, terima kasih Ibu Ayah sudi bawak anak dia ni join jalan-jalan ke Utara ni. Bahagia tengok orang yang kita sayang gembira. 😍😍


Terima kasih jugak dekat Husband sebab izinkan kita join trip kali ni.. 😘 nanti kita buat trip sesama pulak..

Fiqa signed off #roadtripfiqakeutara ~
InsyaAllah kalau ada rezeki, kami sampai lagi.