Thursday, December 18, 2014

Ceritera Krabi - Bahagian 2

# np Kiss B - Kim Jaejoong

Kau ni memang. Dasar blogger tak pernah nak cukup satu entri nak cerita. Eh, suka hati la. Pergi 5 hari, mana cukup nak cerita semua dalam satu entri je kaaannnn?? Hahaha. Okay okay. Marilah kita sambung balik cerita pasal Krabi.

Kitorang selamat sampai kat Krabi dalam 3.30 petang waktu Krabi. Jarak masa waktu Krabi dengan Malaysia satu jam je. Takyah la kau nak acah-acah jetlag bagai ye, Syafiqa oii... Hehe. Lepas je kitorang turun kapal terbang, kitorang kena la beratur kat bahagian imigresen untuk cek pasport dan bagi arrival card. Lama gak la duk tunggu turn nak cek imigresen. Ramai gila rupanya orang nak pergi Krabi ni. Lepas sejam barulah kitorang selesai kat bahagian imigresen. Turun je dari bahagian imigresen, kitorang pun tercengang-cengang. Ah sudah. Nak pergi mana ni? Asal airport ni cam takde orang je. Sunyi jugak la masa tu. Pastu kitorang pun terus tuju kat bahagian sewa kenderaan dan teksi. Carik punya carik, dapat la jumpa satu agen teksi yang okay. Okay sebab ada staff tu boleh cakap Melayu, bunyi-bunyi Kelantan la jugak. Agaknya Kelantan-Siam kot. Okay la daripada dorang bantai cakap Thai. Pastu dia bagi offer, kalau ambik teksi dia pergi dan balik, dapat murah dan kitorang pun setuju. Senang. Tak payah nak serabut-serabut pikir camne nak pergi airport masa nak balik Malaysia nanti.

Perjalanan dari airport ke guesthouse kitorang makan masa dekat nak sejam la gak. Tu pun sebab berhenti kejap nak promote travel agent kat kitorang. Pernah baca kat blog yang kalau teksi berhenti kat agensi travel, cakap tak payah sebab dorang bagi pakej mahal sikit. Ambik pakej kat travel agent kat Pantai Aonang tu, bersepah-sepah travel agent kat sana. Tapi, aku ambik je pakej kat travel agent tu. Sebab aku tak boleh bayang apa yang ada kat Pantai Aonang tu. Tapi, bila ditimbang tara balik, lebih kurang je rate travel agent yang dorang suggest dengan rate yang aku pernah baca kat blog. Janji korang kena pandai nego la dengan pihak travel agen. Korang mintak je harga ikut bajet korang, kalau pihak agen boleh bagi, tersangat la untung. Kitorang ambik pakej lamsam dari hari pertama sampai hari selasa dan masih la ikut bajet la. Disebabkan aku ni pergi dengan keluarga, istilah bajet tu takde la. Tapi aku try la dapat harga yang tak jauh dari harga bajet yang selalu dorang canang-canangkan tu. Kalau tak salah aku, tak sampai rm500 pun untuk total pakej 5 hari yang kitorang ambik tu. Okay la tu kan?

Lepas settlekan pakej kat travel agen tu, kitorang pun terus pergi kat guesthouse untuk cek in. Pastikan korang bagi alamat guesthouse tu betul-betul kat orang teksi tu, takut ntah mana-mana kang dia bawak. Sampai-sampai kat guesthouse tu, nyaris-nyaris je kitorang tak dapat masuk cek in. Sebab patutnya kitorang kena cek in sebelum pukul 5 tapi kitorang sampai dah nak dekat pukul enam. Nasib baik la pemilik guest house tu boleh considerate lagi, bagi jugak la kitorang cek in walaupun dia bising gak la. Nasib la. Lain kali, kalau nak cek in lambat, kena inform pihak guesthouse dulu ye.

** Alert - untuk entri seterusnya, aku guna waktu Krabi.

Krabi Night Market (KNM)

Janji dengan pihak agen, van datang ambik kitorang pukul 6.30 petang untuk ke Krabi Night Market. Masuk je bilik, cam lipas kudung kitorang siap-siap sebab takut terlepas van. Krabi Night Market ni famous la gak. Kalu tak pergi night market ni, cam rugi je. Krabi Night Market ni bukak start pukul 6 sampai 10 malam hari Jumaat sampai Ahad kat pekan Krabi. Nasib la kitorang ni sampai Krabi hari Ahad, dapat la merasa pergi KNM ni.

Perjalanan ke KNM ni ambik masa hampir satu jam la gak. Malang sikit nasib kitorang sebab malam tu hujan sangat lebat kat bumi Krabi. Aku dah start kecewa dah sebab camne nak beli belah kat sana kalau dah hujan lebat camni? Dalam hati doa kat Allah agar hujan beransur surut masa tiba kat sana tu. Alhamdulillah, sampai kat sana, hujan tak terlalu lebat. Masih boleh lagi nak jalan-jalan kat sana. Maka, disebabkan hujan renyai-renyai, kitorang pun pergi la beli baju hujan kat sana. Harga baju hujan tu 50 baht, lebih kurang RM5 la. Tu pun puas kitorang bargain. Haha. Bila lagi nak merasa pakai baju hujan sambil shopping kat pasar malam, kan? =)

Muka happy pakai baju hujan. Kau hado? =)

Berjalan di Krabi Night Market sambil ditemani alunan musik traditional warga Thailand.

Krabi Night Market ni macam pasar malam kat Malaysia la. Ada jual baju, makanan & minuman, cenderahati dll. Kalau nak beg Cath Kidston versi Thailand pun ada kat sini gak. Haha. Masuk je KNM ni kitorang terus cari makanan. Pusing punya pusing, akhirnya jumpa gak gerai jual makanan halal kat situ. Gerai yang kitorang pergi tu jual mee tomyam. Lalu dalam hujan renyai dan kitorang basah lencun, kitorang pun mengeyangkan perut di situ. Tomyam dia, okay la. Tak kaw sangat cam kat Malaysia, mungkin sebab dia buat cam Chinese Style. Tapi sebab lapar, kitorang hadap la gak. Kat sini, aku sempat la beli baju t-shirt untuk souviner. Kitorang siap beli selipar lagi sebab masing-masing bawak kasut cantik je datang sini. Haha. Truthfully, aku rasa beli t-shirt kat KNM ni jauh lagi murah berbanding kat Pantai Aonang. Design dia pun rare sikit la. Menyesal tak borong banyak-banyak kat sana sebab aku ingatkan kat Pantai Aonang lagi murah. -.- Tepat pukul 10.00pm, kitorang pun berlari-lari balik kat kawasan van menunggu untuk pulang ke guesthouse. Serious penat. Sampai guesthouse terus tidur sebab kepenatan dan nak simpan tenaga untuk hari esok.

Friday, December 12, 2014

Ceritera Krabi - Bahagian 1

#np : I Know - Kim Tae Woo (My Lovely Girl OST)

Sawadeekapppp... Hahaha. Kemain Joh. Mentang-mentang baru balik Thailand, main kap kap ikan siakap pulak ye. =D Awat la cheeky sangat ni? Mesti la cheeky, baru balik melancong, mestilah happyyyy... *sambil menari lagu Happy - Pharell* Tak yah tanya la camane trip ke Krabi. Awesome beb! New experience and I totally love it. *love is in the air*


Hmmm. Macam mana nak mulakan cerita ek..... Book tiket sudah, tempah hotel pun sudah. Apa lagi, Krabi, Aku Datanggg!!! Cakap pasal booking hotel, itu pun satu hal gak. Sebenarnya, kitorang takde plan pun nak booking hotel. Ingatnya nak main redah je ke sana dan cari hotel bila sampai kat sana. Tapi, 3 minggu sebelum kitorang nak berangkat ke sana, aku saja-saja la online tengok hotel-hotel kat sana. Bila pergi kat website Agoda.com, terus cuak sebab tengok hotel and guesthouse kebanyakan dah penuh. Yang ada pun mahal gila. Nak nangis je rasa masa tu. Flight tiket dah beli, kang ada yang duk merempat kat Krabi ni kang. T.T Maka, aku pun gigih la mencari mana-mana hotel atau guest house yang available dengan tarikh yang kita dah book tu yang boleh muatkan kitorang berlima ni. Kebanyakan bilik yang tinggal, boleh muat 2 orang setiap bilik. Tu pun tinggal satu, dua bilik je. Hmmm. Memang terus migrain aku duk pikir kitorang nak duk mana ni. Nak duduk mana??? Nak duduk mana???? Tengah search-search, terjumpa la dengan satu guest house ni yang tinggal lagi 2 bilik je yang available. Lepas bincang-bincang dengan mak, aku pun terus la booking bilik kat Seaworld Guest House. Kenapa kitorang pilih guest house tu? Sebab guest house tu je ada cukup bilik nak muatkan kitorang berlima kat Pantai Aonang tu. Harga pun okay la gak Apa kaitan dengan Pantai Aonang? Kata pergi Krabi. Sebab masa aku search pasal Krabi, ramai bloggers and travelers yang recommended sesiapa yang pergi Krabi, tinggal kat Pantai Aonang. Pantai Aonang ni meriah sikit waktu malam dia berbanding Pekan Krabi. Maka, takde la kita boring tak tau nak buat apa malam-malam kat Krabi. Tapi memang betul pun. Masa kitorang kat sana, Pekan Krabi tu takde la meriah sangat. Kedai-kedai dia pun cam lebih kurang pekan Tampin. *bezanya, Tampin sekarang ni dah pesat membangun. I Love Tampin. =)* Bak kata traveler-traveler lain, Pekan Krabi ni macam pekan koboi, kecuali la kalau ada Night Market. Kisah Night Market, kita cerita kejap lagi ye. Lepas booking bilik tu, aku baca la review orang kat Agoda.com dengan Booking.com. Bila aku baca je, bertambah-tambah migrain la aku. Ada orang review tak best kat situ. Sampai menangis-nangis la aku sebab risau tak leh nak bayangkan teruk sangat ke tempat tu sampai orang cakap gitu. Pastu, my inner self kata, "Put the trust in Allah. He never dissapoint you." Berpegang dengan kata tu, aku pun lupakan kejap pasal hal guest house tu dan teruskan kehidupan aku.

Maka, hari itu tiba jua. Perasaan.... takde perasaan. Aku tak mau terlampau teruja sangat dengan trip ni. Banyak benda yang kena pikir pun iya jugak. Dalam kata tak teruja tu, 2 hari sebelum nak pergi tu, baju semua dah siap kemas masuk beg. Tinggal benda yang kecik-kecik macam charger and such je yang tinggal. Hahaha. *diva sangat kata tak teruja* Punya la takut service guest house takde sampai aku sanggup bawak seterika untuk nak gosok baju dan tudung. Mak kata, nak buat apa bawak seterika, mintak je la kat hotel. Dia tak tau anak dia tengah risau dengan service guest house tu. Takpe la, bukan aku yang angkat. Kapal terbang yang bawak. Hehehe

Must have items bila nak pergi melancong ke luar negara: Passport, Traveler adaptor *jangan ingat semua negara ada palam macam kita ye. Thailand punya palam, 2 lubang. Maka, memang sah-sah kena ada adapter*, Medicine *Panadol, Traveler Care, Minyak Angin - memang kena ada. especially traveler care tu. Dasar motion sickness, pill tu memang takleh tinggal.*, Sunblock *Dah kata nak pergi pantai kan, mesti la nak protect kulit daripada kena sunburn. Kebetulan pulak hujung minggu sebelum nak pergi tu, Watsons buat sale untuk sunblock SPA130++. Memang kena beli la. Hahaha. Untungnya jadi pekerja Watsons. =)*. Tidak lupa juga, google pasal waktu solat. Nanti senang tak payah teragak nak solat Subuh pukul bape. Sampai mak kata, "Bagus bawak Kak Long ni, semua lengkap." Aku siap bawak extention lagi sebab tau nanti mesti berebut plug nak charge phone la, camera la. Hehe

Oleh kerana pihak Malaysia Airline tak provide website check in untuk penerbangan ke Krabi, maka kitorang kena la print boarding pass kat KLIA. Aku dah mula risau, nak print boarding pass tu kena bayar ke? Sebab kalau Air Asia, dengar kata kena bayar RM10 each kalau print Boarding pass kat sana. Lantak la, kena bayar, bayar je la. Nak naik kapal terbang kan? Ternyata, sangkaan aku meleset. Sampai je kat KLIA, aku terus pergi kiosk untuk check in flight dan print boarding pass.Takde charge pun nak print boarding pass MAS. Hurray. Add one plus point for MAS. *Happy me*

Cantik tak boarding pass kita?? Ni baru namanya pergi oversea. =)

Masa check in flight kat KLIA, memang pengalaman menarik la. Orang tak pernah pergi luar negara la katakan. Kagum gila dengan kecanggihan pihak imegresen check pasport, guna sistem biometrik. Dorang scan je passport kita dan ibu jari kita. Dua tiga kali gak aku letak ibu jari kat scanner, baru la dapat. Nervous agaknya masa nak scan tu sebab tu tak pass-pass. Lepas dorang dapat scan kita punya ibu jari dan passport, terus keluar gambar kita dan butiran diri kat skrin. Memang kagum gila ah. Dengar kata, kita punya sistem biometrik ni antara yang tercanggih la di dunia. Kudos Malaysia. =)

MAS Airline : Terbaik.

Berada dalam kapal terbang MAS adalah satu pengalaman yang sangat menarik. Everything facinating la. Ada in-flight meal, entertainment flight. Best gila wooo.Teruja aku. Kalau aku diberi pilihan samada nak naik MAS or Air Asia, aku pilih MAS. Cuma kena tunggu MAS buat offer la kalau nak naik MAS. Patut la dorang semua puji MAS airline best la. Alhamdulillah la. Allah bagi aku pengalaman merasai semua itu. =) Malas nak cakap banyak, tengok gambar je la.

Tengok, ada in flight entertainment. Masa ni, cik pramugari tengah bagi demo pasal langkah-langkah keselamatan semasa menaiki kapal terbang. Kalau kat Air Asia, dorang tunjuk demo real, ni kalau MAS, kita tengok kat skrin je la

 My favourite moment - in flight meal. Ni makanan kitorang dapat masa pergi.

Yang ni pulak masa balik. Yummy gileee.. Bersungguh-sungguh kitorang makan. Siap refill air lagi. Dah la panas lagi. Lagi la sedap. Kalau boleh, nak mintak tambah je. Eh. Kau ingat flight ni bapak kau punya nak mintak tambah-tambah? Hahaha

Tengok gambar makanan ni, buatkan aku rasa lapar la pulak. Dah la, lain kali la sambung cerita pasal Krabi ni. Nak tau apa jadi kat Krabi??? Tungguuuu....