#BGM : Picture This - Big Time Rush
Temuduga ye. Bukan temu lawak atau apa yang berkaitan. Kali ni, aku dapat temuduga dari Besta Corp. Sdn. Bhd. Jawatan yang ditawarkan - sebagai katering dietitian. Ok la. Memang bidang aku pulak tu. Sebenarnya, aku pohon jawatan ni atas suggestion Shikin dan Saiful. Dorang kata yang ada jawatan kosong sebagai katering dietitian untuk Hospital Angkatan Tentera Tengku Mizan. Terima kasih la kawan-kawan sebab bagitahu. Pastu dorang bagitahu pasal ni, aku terus excited apply. Ye la, mana tahu dapat la kan. Dah la Hospital Tengku Mizan tu dekat je dengan rumah, so senang la nak berulang dari rumah. So, aku apply dengan harapan aku dapat la jawatan tu. Aku apply minggu lepas, 3-4 hari sebelum raya. So, dekat-dekat time raya tu duk tengok handset samada dorang ada call untuk interview tak. Sambil-sambil tu aku duk tunggu panggilan untuk keputusan interview hari tu. Tunggu punya tunggu, tak ada call dari mana-mana company pun. Aku dah mula sedih dan risau, mana la tau dorang tak dapat aku punya email semua. Plus, 2 hari sebelum raya, phone aku buat hal, so dah nak malam baru aku perasan yang ada num yang tak dikenali telefon aku petang tu. Lagi la aku risau takut-takut ada company call nak suruh datang interview tapi tak dapat. Pastu, aku tenangkan diri sambil cakap yang 'Allah pemilik hati manusia'. So, kalau Allah takdirkan aku dapat kerja tu, mesti Allah akan bukak pintu hati para penemuduga atau company-company untuk call aku balik. So, aku pun teruskan hidup dan enjoy hari raya aku.
Kemudian, petang semalam aku dapat call dari Shikin. Dia kata Besta call dia suruh bagitahu aku yang Besta nak panggil interview esok. Aku pun kata okay je sambil dalam hati ucap syukur sangat-sangat. Last sekali Shikin kata, napa aku cakap tenang je. Hik hik. Sebabnya, Aku tengah tengok telemovie raya "Lepas Raya Harap Balas". Telemovie yang menarik hati aku, so tengah-tengah sedap feeling habis cerita, dapat pulak call camtu memang tenang-tenang je la aku jawab. Hahahaha. Macam-macam. Malam tu, Faraheen mesej aku. Rupa-rupanya, dia pun ada interview kat Besta jugak hari tu. Yey, ada geng!
Disebabkan Shikin kata yang interview aku tu mula pukul 3.30 petang, so, aku pun relax je. Siapkan dokumen-dokumen yang patut tengah hari tadi. Prepare pun ala kadar je. Gi geladah balik report yang pernah aku buat masa praktikal katering dulu. Memandangkan laptop aku hari tu dah kena format, so banyak la dokumen-dokumen yang hilang. Nasib baik jumpa satu report katering kat dalam hard disk. Walaupun ada yang tak lengkap, tapi jadi la. Asalkan ada benda la yang aku boleh recall balik masa katering hari tu. Yang lain, *finger crossed* je la. Doa semoga Allah pemudahkan interview aku petang tadi.
Kebetulan, parents bercuti hari ni, so, dorang la hantar aku gi interview hari ni. Disebabkan kitorang tak tau kat mana terletaknya bangunan Besta ni, so, aku gi la google dan aku dapat tahu yang company ni kat area-area belakang zoo negara tu. Dah sampai area Zoo Negara tu, aku pun google balik arah jalan ke company itu. Rupa-rupanya, aku salah tempat. Aku tak tahu la apa yang aku taip malam semalam yang dapat direction kat area Zoo Negara ni. Tapi, rupa-rupanya Bangunan Besta ni dekat area International School tu. Selalunya aku nampak je bangunan tu bila lalu nak gi Ampang and such, tapi kenapa la aku tak terpikir kat situ la tempat dia bila aku tengok alamat Besta tu semalam. Haish. Benda nak jadi, kan, nak buat camana? Takpe. Pengalaman tu. Dan sebenarnya, dulu, aku ingat bangunan Besta tu untuk company elektronik Besta tu. Rupa-rupanya untuk food company.
Dah sampai bangunan Besta tu, aku pun masuk dalam. Aku terus nampak Faraheen duk isi borang. Aku pun pegi kat kaunter dan bagitau yang aku datang nak interview. Receptionist tu kata tunggu jap, borang dah habis. So, aku pun duk borak-borak la dengan Faraheen. Lama tak jumpa kot. Last jumpa masa kenduri kawen Kak Long merangkap cuti-cuti Malaysia Diet Gen 6. Tapi kitorang selalu je main tweet-tweet kat twitter. Hik hik. Dunia dah moden kan? Pas kitorang dah isi borang dan tunggu untuk dipanggil, akhirnya masanya tiba jua. Disebabkan Faraheen datang dulu, so, dia la orang pertama yang diinterview. Aku pun duk la bawah diam-diam sambil tunggu kena panggil. Dekat setengah jam, Faraheen pun habis dan tiba giliran aku pulak untuk diinterview. Perasaan? Cuak bak hang. Tapi pasrah dan tawakaltualallah je la.
Masa aku nak naik atas nak pergi bilik meeting, boleh tak aku salah direction. Aku ni memang. Kalau direction, selalu je tertukar. Tambah-tambah lagi dah nervous. Kiri jadi kanan, Kanan jadi kiri. Haish. Dan aku end up masuk bilik meeting melalui bilik Bos Besar. Curlasss kau. Hik hik. Pastu aku pergi kat para penemuduga tu dan bila dorang suruh duduk, baru aku duduk. Pertama sekali, dorang perkenalkan diri dorang. Ada dua orang penemuduga aku; sorang dari bahagian sumber manusia, sorang lagi Outlet Manager. Soalan pertama yang ditanya, ceritakan serba sedikit tentang diri anda. Aku rasa cam jawab je soalan tu ditanya untuk setiap interview. So, aku cerita la pasal personal aku, family aku, tapi aku tak tau camana nak masukkan pasal personality aku. So, aku end up gagap la, tak tau nak cakap apa dah. Moral of the story, plan dulu sebelum nak gi interview ni terutamanya untuk soalan perkenalkan diri.
Kemudian, penemuduga yang Outlet Manager tu tanya aku, apa sebenarnya aku tahu pasal foos service ni. Aku terus blur. Hmm, nak cakap apa ni? Aku pun cakap la servis untuk menyediakan makanan kepada orang ramai. Ah, bantai la. Pastu dia tanya, aku pernah praktikal katering kat mana dan suruh ceritakan serba sedikit tentang apa yang aku dah belajar sepanjang aku praktikal. Aku cakap la aku praktikal katering kat Hospital Ampang dan bagitahu yang aku belajar management macamana nak uruskan sesebuah outlet. Memang yang ni aku banyak gagap la. Dah pulak tempat praktikal yang aku katering dulu, memang dikelolakan oleh Syarikat Besta, memang banyak la kena tanya. *nangis* Kemudian, dia tanya lagi apakah kelemahan yang aku nampak sepanjang aku praktikal katering dulu. Aku kata la yang kadang-kadang dekat stor, susunan barang kat ikut F.I.F.O standard. Pastu dia tanya lagi, kalau in term of job aku. Aku pun blur kejap. Apa ek? Pastu dia pin pointkan pasal pembaziran makanan. Aku pun mengiyakan je la. Memang banyak pun pembaziran makanan berlaku dekat hospital dulu. So, dia tanya macam mana aku nak handle supaya tak banyak makanan yang membazir. Aku pun cakap suruh kurangkan porsi la, guna pinggan besar la dan pertingkatkan presentation makanan. Pastu dia tanya lagi, sebab aku kata yang aku belajar pasal menu planning, so, apakah faktor-faktor yang mempengaruhi dalam nak plan menu. Aku memang blur waktu tu. So, aku jawab je kos makanan. Pastu, dia la yang terangkan selebihnya (peralatan, tenaga kerja dan availability bahan-bahan mentah). Waa, nak nangis. T.T Terasa aku main-main masa aku praktikal katering dulu. Kemudian, dia tanya masa aku praktikal dulu, ada jumpa apa-apa masalah tak. Aku cakap la yang masalah attire untuk pramusaji sebab dorang ni kadang-kadang degil. So, penemuduga tu tanya aku macam mana aku nak overcome masalah tu. So, aku pun kata la yang bagitahu tujuan kenapa kita suruh pakai proper attire dan kalau dorang degil, kita kena buat penalti la untuk dorang supaya dengar cakap.
Kemudian, penemuduga dari bahagian Sumber Manusia pulak yang tanya aku. Mula-mula dia tanya aku kalau aku dihantar ke tempat selain dari Lembah Klang, aku nak tak. Aku kata ok je *walaupun dalam hati meronta-ronta tak nak* Dia tanya lagi, habis tu, kalau parents tak bagi, nak buat macam mana? Aku pun cakap, pujuk la dorang, bagitahu kelebihan dan aku nak ambik experience. Kemudian, dia tanya yang aku boleh drive dan aku tak kisah kerja shif kan? Aku pun kata, aku okay je. Kemudian dia tanya, kenapa nak kerja kat sini. Aku pun cakap yang jawatan yang ditawarkan memang bidang aku dan sebab aku pernah bekerja bawah dorang, so aku tahu la serba sedikit pasal management dorang ni. Last sekali, doramg tanya, ada apa-apa yang aku nak tanya ke. dan aku pun tanya pasal gaji dan attire. Terlupa la pulak nak tanya pasal waktu bekerja. Takpe la. Nanti kalau dah dapat kerja tu, baru tanya.
Apa-apa pun, memang satu pengalaman baru bagi aku. Dulu, masa first interview, aku apply bukan bidang aku sangat, so, xde la cuak sangat. kali ni, memang bidang aku, dan aku pernah praktikal dalam bidang ni. Memang nerve wrecking betul tadi. Soalan betul-betul fakta dan aku banyak terlupa. Harap dorang take consideration gak pasal benda ni. Nervous satu, nak ingat balik apa yang belajar tahun lepas pun satu. So, sekarang ni, apa yang aku boleh buat, berdoa dan terus berdoa agar aku dapat kerja ni. Semoga aku dapat kerja ni sebab aku memang nak kerja ni. Doakan aku ye.
p/s : Sekarang ni bumi Mesir tengah bergolak. Jangan lupa baca Qunut Nazilah untuk mendoakan keselamatan rakyat Mesir. #prayformesir
***p/s : Harap dia baik-baik sahaja di sana. =)

No comments:
Post a Comment
scribbles your thought here pleasurely