Friday, September 13, 2013

Cooking Class : Daging Masak Hitam

Resepi seterusnya yang aku nak kongsi hari ni adalah, Daging Masak Hitam. Disebabkan aku dah boring asyik nak masak daging goreng kicap, maka hari ni aku buat lain sikit. Lepas dah selak punya selak nak carik resepi untuk nak masak daging, akhirnya berjumpa jua. Macam mana nak buat?
Begini caranya:

Bahan-bahan:
5 biji bawang merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 1/2 inci halia (ditumbuk)
3 tbsp cili giling
1 tbsp serbuk jintan manis
1 tbsp serbuk jintan putih
* Aku guna jintan manis yang aku tumbuk sendiri sebab tak jumpa serbuk jintan manis dengan jintan putih. Hasil dia okay je.*
Minyak masak
5 tbsp kicap pekat
1/2 tbsp asam jawa + air
3 batang serai
Daging (Dipotong nipis-nipis untuk bagi cepat masak)
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan-bahan yang ditumbuk serta cili giling, jintan manis dan jintan putih sehingga naik bau. *Aku sangat suka bau jintan ni. Memang menggoda aku betul. ^.^*


2. Masukkan daging dan sedikit air. Biarkan sehingga daging betul-betul lembut dan masak.


3. Kemudian, masukkan kicap pekat dan air asam jawa. Biarkan ia masak dan pecah minyak.
4. Apabila sudah masak, sedia untuk dihidang.

 
Inilah hasilnya. Nampak sedap tak? =)

Senang kan? Hmm. Sekarang ni, bagi aku, memasak memang senang, itu pun kalau aku tengah semangat. Kalau tak, jangan harap la nak ke dapur. Hehe. Tapi mesti ada buku masak dan Google la. Kalau tak, memang tak berasap la dapur aku. Hehe. Untuk resepi kali ni, aku ambik dalam Buku Resepi Chef Hanieliza yang aku duk sibuk beli untuk Therapuetic Diet dulu. Memang berguna betul buku resepi ni. Ingatkan akan tinggal dan berabuk kat dalam rak. Hehehe. Tak sia-sia aku beli. Lagipun, resepi yang aku ambik dari buku ni dan cuba, Alhamdulillah, semuanya menjadi la. Cuma ada silap-silap sikit la sebab kesalahan aku, tak ikut arahan buku tu. Aku memang suka camtu, main suka hati je ubah-ubah. Tapi tak de la ketara sangat kot. Apa-apa pun selamat mencuba resepi ni. InsyaAllah, kalau kita buat dengan kasih sayang, pasti menjadi punya. Cewah. =p

p/s : Dah macam mak-mak pulak aku rasa. Sibuk resepi bagai. Hehe

Berubah

#BGM : Berubah - Edcoustic
Berubahkah aku,
Hanya bila ada sesuatu
Terus aku pulang pada sikap sebelum kuberubah
Hanya sekedar sesuatu
Tak berapa lamapun itu
Jarang kuterendap dalam sikap dimana kuberubah

Tuhan aku hanya manusia
Mudah berubah lagi dalam sekejap
Tuhan aku ingin berubah
Dan kubertahan dalam perubahanku
 - Edcoustic, Berubah -

Salam Jumaat semua. Sejauh mana kita kata kita mahu berubah kepada kebaikan? Adakah kita berubah ke jalanNya bila kita dalam kesedihan atau hanya untuk menginginkan sesuatu; kemudian apabila kita sudah kembali bahagia atau sudah dapat apa yang kita mahu, kita terus melupakanNya? Renung-renungkan dan mari muhasabah diri kita.

** Lagu yang memberi erti dan memuhasabahkan diri ini. Moga rasa ini tidak akan hilang dan aku terus berubah ke jalan yang diredhaiNya.

Thursday, September 12, 2013

Dari Dapur Fisya: Kari Ikan Sardin

#BGM: Taxi - DB5K

Disebabkan aku sekarang ni sedang menganggur dan menjadi suri rumah sepenuh masa, maka, aku mula la belajar resepi-resepi baru. Ye la, family aku pesen nak makan kat rumah, so, memang kena la masak hari-hari. Kaalu tak masak, boleh merajuk ayah aku. Huhu.

Maka, hari ni aku nak kongsi satu resepi. Tak tahu la kalau korang dah expert dah dengan resepi ni, tapi tak kira, aku still nak kongsi gak resepi ni. Resepi ni namanya, Kari ikan sardin. Mak aku la yang suggest suruh buat lauk ni, maka, aku pun cubalah. Resepi ni aku jumpa lepas Google dan juga carik kat dalam buku resepi. Apa lagi, jom la kita cuba.

Bahan-bahan:
4 biji bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)
1 tsp halba

3 tbsp serbuk kari ikan (dibancuh dengan sedikit air dan 3 sudu makan cili giling)
6 ketul ikan sardin (Aku guna Cap Ayam. Sedap. :-p)
3/4 cawan santan kotak; campurkan dengan sedikit air (Macam biasa la, kat rumah aku ni memang guna santan kotak. Kalau nak guna santan original pun lagi ok.)
3/4 tbsp asam jawa (Aku guna Asam Jawa Extra. Nanti tambah sikit asam jawa ni dengan air bagi sebati)
Minyak masak
Garam secukup rasa
Hiasan : 2 biji tomato / 3 biji bendi / 1 ketul kentang - Potong 4 (Kali ni aku guna kentang sebab tu je yang ada kat rumah buat masa tu. Hehe)

*tsp = sudu teh; tbsp = sudu makan*

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan halba sehingga naik bau.
2. Kemudian, masukkan  campuran serbuk kari dan cili giling yang telah dibancuh dan juga sos cili dari sardin kacau sehingga garing dan pecah minyak.
3. Masukkan air asam jawa dan santan kotak dan biarkan mendidih.
4. Masukkan barang hiasan (bendi/kentang; kalau nak letak tomato, letak tomato lepas letak ikan supaya tomato tak hancur cepat). Biarkan barang hiasan lembut. Kemudian, masukkan ikan sardin dan biarkan masak dan mendidih.
5. Apabila mendidih, masukkan garam secukup rasa dan tambahkan air supaya kuah santan tu tak terlalu pekat. Biarkan mendidih sekali lagi.
6. Tutupkan api setelah kuah mendidih sekali lagi. Sedia untuk dihidang.

Taraaa. Ni la hasilnya. Saki baki terakhir yang sempat aku tangkap. ^.^


Senang je resepi dia. Ni la kali pertama aku masak lauk kari. Dulu, aku kemain takut nak masak lauk bersantan ni. Ye la, aku tak reti nak sukat santan banyak mana. Tapi, entah la, tiba-tiba je terasa nak masak semua ni. Alhamdulillah. Satu pencapaian yang bagus. Mak dengan adik pun kata lauk ni sedap. Tapi tak leh buat selalu la ye, makanan ni tinggi lemak, kolesterol dan garam. Kang tak pasal-pasal, kena sakit jantung, darah tinggi semua. Tapi boleh je kalau nak buat, sebulan sekali la. Buat masa boring-boring dah tak tahu nak makan apa. Huhu.

Okay, tu je la yang aku nak kongsi untuk hari ni. Almaklum la, kehidupan aku buat masa ni, masih sama dan tak ada yang menarik untuk diceritakan di sini. Buat masa ni, nak kongi resepi je. Akhir kata, selamat mencuba dan tunggu entri untuk resepi lain pulak ye. =)


p/s : Ada seorang yang aku sayang bagitahu aku yang cara dia nak hilang rindu dengan aku dengan baca blog ni. Thank you darling. You know who you are. BTW, I miss you. Cepat balik Malaysia ye. =) Missing you badly.

Tuesday, September 10, 2013

Courage


2 major heartbreak within a month. Moga Allah memberi ketabahan buatku. 

p/s : Terima kasih sekali lagi Ya Allah. Kau menguji aku, namun kau hadirkan orang-orang untuk menenangkan aku, untuk mengingatkan aku tentangMu Ya Allah dan jua tentang Qada dan Qadar Mu. Moga Kau redhakan dan lindungilah sahabat-sahabat dan orang-orang yang aku sayang dan limpahilah mereka dengan nikmatMu Ya Allah. 

** Redha Allah ada pada redha ibu bapa. Jikalau kamu ingin mencapai redha Illahi, carilah redha dan restu ibu bapa.

Loveletter from Allah:

Dan bersabarlah dalam menunggu ketetapan Tuhanmu, maka sesungguhnya kamu berada dalam penglihatan Kami (52:48)

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, 'kami telah beriman', sedangkan mereka belum diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta". (Al Ankabut: 2-3)

Allah telah menetapkan rezeki untukmu dan tidak mungkin ada orang lain mampu merampasnya. Dengan itu hatimu menjadi tenang. -Ahmad Fetri; Twitter, 2013-