#np - Yo Seob - Cafeine
Tak sangka angan-angan dah menjadi kenyataan. Lama sungguh mengimpikan untuk jejak kaki ke sini, siap pernah beli tiket flight sendiri dulu, tapi apakan daya, bukan rezeki lagi nak sampai ke sana. Tapi, kali ni, Alhamdulillah, aku berjaya jejak kaki di bumi Seoul. Jiwaku terasa bahagia. 🥰
Untuk pengetahuan korang, trip kali ni aku join geng cikgu-cikgi melancong.. sebab aku pernah join dorang ke Bandung dulu, so aku percaya dengan pakej trip ni untuk join lagi sekali. Lagipun trip ni dah include semua, RM4,200 full board.. tinggal tarik luggage je.. 😂
Trip aku kali ni adalah selama 6 hari 5 malam bagai tak terasa di sana. Walaupun musim sekarang dari musim bunga nak masuk musim panas, namun suhu dalam 17oC hingga 25oC. Aku sukakan cuaca sini yang panas tapi masih ada dingin angin bayu. Nasibku baik kerana hanya satu hari sahaja yang hujan sepanjang aku di sana. Maka, eksplorasi di Seoul berjaya dilakukan.
Kami mulakan perjalanan kami ke Seoul, Korea Selatan pada tarikh 25hb Mei dengan menaiki Air Asia. Kali ni tiada masalah kelewatan kapal terbang. Aku macam fobia dengan AA sebab kelewatan punya pasal tapi masih lagi nak naik AA.. 😂 memang tak serik-serik. Almaklumlah wanderlust memang tak reti serik untuk berjalan-jalan.. Haha.. Perjalanan kali ini mengambil masa dalam 6 jam untuk sampai. Kami ambil flight malam so sampai dah siang dan boleh terus pergi melawat.
Kitorang tiba di Lapangan Terbang Incheon dalam pukul 7.30 pagi waktu Seoul dan kemudian terus ke imigresen untuk cop passport. Aku sangat cuak semasa beratur di imegresen ye sebab kerap kali dimomokkan yang ramai pelancong tak lepas imigresen dan dihantar pulang atas sebab-sebab yang kadang kala remeh. Sebabnya ramai pelancong yang overstay kat Korea dan bekerja di sana menggunakan visa pelancong. Oh lupa, sebelum kita ke Korea, pelancong yang berumur lingkungan 12 tahun hingga 65 tahun diwajibkan untuk memohon visa Korea yang dinamakan K-eta. Kalau umur kita kurang atau lebih dari yang tersenarai, kita diminta untuk mengisi borang ketibaan setibanya kita di Korea. Kita akan isi semua butir-butir peribadi dan perjalanan kita kat sana termasuk alamat hotel semasa memohon K-eta ni.. K-eta ni boleh digunakan selama 4 tahun. Ada can la nak pegi lagi ni.. 😍
Okay, berbalik dengan imigresen, aku berdoa agar Allah permudahkan urusan aku di kaunter nanti dan pegawai tu lembut hati.. huhu.. Elok je turn aku nak cop, dorang tukar pegawai. Ooo, masa tu pukul 7.50 pagi, pegawai shift pukul 8 pagi dah masuk.. manthop betull.. Tetiba teringat stail bos aku dulu, waktu kerja bermula pukul 8, pukul 8 tu dah mula bekerja ea. Bukan baru nak bukak PC... haha.. gitu la disiplin orang Korea. ehh.. melalut pulak.. haha.. Sesampainya di kaunter, aku menyapa pegawai imigresen, "Anyeonghaesayo!" Dengan harapan moga-moga dia lembut hati. haha.. bila lagi nak cakap Korea kannn. Permulaan kita di Korea dengan ucapan "Anyeong" ye... 😂 Pegawai tu just tengok details kat komputer dan terus cop passport... Alhamudulillah.. rasa cam nak sujud syukur jeee... 🙇 Lepas satu halangan.. dah boleh berjimba di Seoul dah ni.. Haha.. Ada satu kisah lagi masa nak collect luggage.. masa mak aku ambik luggage dia, dia tengok ada lock dengan remarks tulisan korea. Kitorang terus tanya pegawai kat situ.. Lalu dia tunjuk bahagian untuk barang larangan.. Sampai kat bahagian tu, pegawai tu suruh mak aku buka beg sambil dia carik barang apa yang terlarang.. Rupa-rupanya mak aku ada bawa krim salap buah pala. Tu yang pegawai tanya untuk apa? Untuk kaki ke? Mak aku angguk.. Mungkin dia tengok mak aku dah berusia dan memang berpotensi pakai krim tu, dia pun lepaskan je la.. Sebenarnya, Korea ni ada peraturan yang kita kena ikut; barang-barang terlarang seperti herba-herba dan juga produk ayam daging memang tak boleh bawak masuk sini. Jadi, masa kitorang packing nak ke sana sangatlah stressful sebab banyak makanan yang tak boleh nak bawak.. agak struggle jugak la sebab memikirkan kat sana, Islam adalah minoriti so makanan halal dorang sangat limited. Jadi aku decide just bawak roti, tuna dalam tin dengan sambal kering bilis je buat standby makanan sepanjang kat sana. Yang lain agent dan uruskan; so makanan main meals tak perlu risau..
Lepas kitorang settle urusan di airport, kitorang terus menuju ke destinasi yang seterusnya. Kalau ikut itinerari asal, kami akan ke Pulau Nami pada hari pertama. Tapi disebabkan urusan di airport yang dah ambil masa dekat 2 jam, dah terlebih masa yang dijadualkan. Lagipun perjalanan ke Pulau Nami memang ambil masa, kalau nak pegi hari tu jugak tak puas berjalan di sana nanti. Maka, tour guide kami, Fatin dan Kim Seri tukar itinerari hari tu ke Itaewon, Starfield Library dan Hongdae.
1. Itaewon
Itaewon ni terkenal dengan kehidupan malam dia. Kat sini banyak bar dan BBQ restoran. Meriahnya pada waktu malam. Masa kami sampai, kawasan Itaewon ni agak sunyi la.. kedai pun tak buka lagi.. Untuk para Muslim, Itaewon ni terkenal dengan Seoul Central Mosque, salah satu masjid besar di Seoul. Di sini ada banyak pengajian agama dijalankan di sini. Di sekitar masjid ni juga ada banyak restoran halal yang boleh kita cuba termasuklah Restoran Eid, yang famous dan ada dibuka juga di Malaysia. Kami singgah solat jamak Zuhur-Asar di Masjid Itaewon dan kemudian makan di Restoran Eid. Disebabkan waktu kami tiba adalah pada musim bunga nak masuk musim panas, masa siang dia panjang. Untung jugak pergi waktu ni walapun dapat tidur sekejap je sebab subuh pukul 3.30 pagi. huhu.
2. Starfield Library
Starfield Library ni terkenal dengan rak buku yang mencecah ke siling.. Perpustakaan ni terletak di dalam pusat membeli belah Starfield Coex Mall di Gangnam; salah satu tempat mewah di Seoul. Di luar Starfield mall, ada acra tangan simbol Gangnam Style, yang menjadi simbol tarian Psy dalam lagu 'Gangnam Style'.
3. Hongdae
Sebelum check in hotel, kita singgah Hongdae dulu. Hongdae ni meriah dengan aktiviti malam muda mudi. Dia macam ala-ala Bukit Bintang kalau kat Malaysia la.. Hongdae ni besar sangat tau.. kitorang pun tak habis jelajah.. kat sini boleh berkaraoke, ada pusat permainan, cafe dan bar.. Kat sini pun ada kisahnya.. kitorang nak pergi toilet, tapi tak tau kat mana. Sebab banyak bangunan kan. Kami tetiba nampak ada pusat sehenti pelancong Hongdae, jadi kami masuk untuk bertanya arah toilet di sana. Staf tu pun tunjuk arah dan katanya toilet di dalam perpustakaan. Kami pun pergi ikut arah yang diberi; tapi tak jumpa sebab tak nampak feature perpustakaan tu. Lalu kami bertanya orang awam di sana.. dorang macam tak nak layan je.. bila aku sebut, "Hwangjangshil oediga?" yang bermaksud 'Di mana toilet?'.. baru dia tunjuk arah, guna gaya tunjuk arah la.. rupanya dorang tak faham bahasa inggeris, jadi dorang tak boleh tunjuk arah. Nasib la dalam bas, Kim Seri dah ajar bahasa korea yang mudah untuk kitorang guna masa kat sini.. Berguna jugak rupanya... hihi
Tamatlah kisah hari pertama kami.. Malam lepas check in hotel, kami berjalan sekitar hotel je.. tu pun tak lama sebab fikir esok nak kena bangun awal pagi...
Kita sambung hari kedua di Seoul di next post ea.. Anyeongg~~




.jpg)








.jpg)
















