Thursday, February 15, 2024

Pembuka Kad Merah - Betong, Thailand

 #np - Cerita Kita - Insomniac ft Nabila Razali

Betong, kegemaran para rider

Alhamdulillah selamat tiba dari Betong tengah malam isnin lepas. 6 jam stuck dalam jem, sampai kaki kebas duk tekan brek je.. 😖
Kali ni destinasi aku ke Betong, Thailand. My first international trip after Covid. Mentang-mentang baru renew passport, kaki gatal je nak berjalan-jalan 😄🙊
Trip kali ni kami pergi untuk menghadiri jemputan kenduri di sebuah madrasah di Yala, Thailand. Kami mengikuti geng bikers yang selalu buat misi di sana. Sambil-sambil tu, kita pi healing tengok tempat orang. Kami bergerak dalam 11 malam hari jumaat. Alhamdulillah jalan tak sesak walaupun kawasan R&R penuh.
Untuk masuk ke Betong, kami ikut jalan ke Pengkalan Hulu, Perak. Dari sana, ada sempadan untuk masuk ke Thailand. Kali pertama bawak masuk kereta ke negara orang. Selalunya kita naik kapal terbang je. Kena standby siap-siap geran kereta.
Kami sampai ke Betong pukul 8 pagi hari Sabtu. Walaupun awal pagi, kaunter kastam di Betong dah mula dibanjiri dengan manusia yang ingin masuk ke Betong. Sudah tentu beratur panjang. Kat Kastam Betong ada dua checkpoint sebelum masuk; satu checkpoint untuk cop passport, lagi satu untuk pengesahan kereta masuk. Dan bermulalah pengembaraan kami di Betong, Thailand selama 3 hari 2 malam.

Sebelum gerak, kita kena ambik insurans dulu. Kedai ni betul-betul sebelum masuk border kita.

Beratur untuk cop passport dekat border kita. Ni stail pandu lalu; serahkan passport kat tepi tingkap je. Power2 🤩

Officially dah masuk Thailand



Ni tempat yang tiba-tiba kami terjumpa. Rancangannya nak carik Betong Mongkolit Tunnel, tapi jumpa yang ni. Tapi berbaloi la sebab view sini cantik. 😍

Betong Chicken Statue



Ni la ikon patung ayam yang wajib bergambar

Betong Mongkolit Tunnel


Terowong ni adalah terowong yang pertama dan terbesar di Thailand. Dekat hujung terowong tu boleh jumpa patung ayam yang menjadi ikon di Betong.

Betong Clock Tower


Menara jam ni berada di tengah-tengah bandar Betong ni. Struggle jugak la nak tangkap gambar kat sini.. 😓 pegi malam baru dapat tangkap...

World Largest Post Box


Katanya ni adalah peti surat yang terbesar di dunia


Sarapan pagi hari ke dua kita makan nasi kramok.. pulut sambal dengan air meiji.. semua sedappp, Alhamdulillah..


Skywalk Aiyerweng

Aiyerweng Skywalk ni adalah jejambat yang dibina di atas bukit yang membolehkan kita seperti berjalan di atas awan. Jejambat ini adalah yang terpanjang di Asia Tenggara dengan panjang pejalan kakinya sepanjang 61m. Jejambat ini ada 6 tingkat. Di tingkat 3 ada jejambat yang boleh kita lalu sambil menikmati permandangan hutan. Tempat ni ada yang panggil Awan Nano sebab kita boleh nikmati kabus awan di atas ni. Tapi trip kami kali ni tak nampak Awan Nano.. tinggal awan mendung jeee.. 😥😥

Kalau nak naik ke Skywalk, kena naik motor ataupun tuk tuk. Kenderaan sendiri wajib tinggal di bawah. Satu kepala 30 baht @ RM4.

Jom naik tuk tuk 🚙

Tiket masuk 200 baht @ RM27 + 30 baht @ RM 4 untuk sarung kasut




Ni tingkat 3. Ada kawasan untuk berjalan ke tengah hutan. Sejuk pun sejuk sebab dekat atas bukit kan


Permandangan di atas Skywalk. 


Muzium Komunis

Yang ni kami hanya tengok luar sahaja. Muzium ni banyak menceritakan sejarah komunis di Betong dan juga di Malaysia. Kiranya ni perkampungan Komunis.



Piyamit Tunnel

Terowong Piyamit ni adalah kawasan Komunis menyimpan bom dan makanan. Kat sini pun kami tak sempat nak masuk sebab dah tutup. 




Betong Hot Spring

Sebelum pulang ke hotel, kami sempat singgah ke Betong Hot Spring..






Dorang ada jual telur untuk direbus di kolam air panas. Comel kan tempat rebus dia

Bagi aku, Betong ni sangat menarik untuk nak bertenang-tenang. Jalan dia tak sesak pun dan kat sini kita lebih dekat dengan alam semulajadi. Bandar Betong pun kecil je, pusing 3 kali dah boleh cam jalan-jalan kat bandar.

Tapi kalau nak pusing-pusing bandar Betong ni, digalakkan naik / sewa motor. Sebab kawasan parking dia sangat limited untuk kereta. Makan pun senang sebab banyak peniaga Muslim yang berniaga kat sana. Siap boleh bertutur bahasa Melayu lagi. Senang la nak buat urusan jual beli tu. 👍
Rasa berbaloi untuk repeat balik. Pergi masa musim buah la, boleh makan banyak buah-buahan kat sana sebab rata-rata kawasan Betong & Yala ni banyak pokok buah-buahan. Sepanjang jalan asyik nampak pokok durian je.. 🤤🤤
Till next trip.. 👋👋