Thursday, December 18, 2014

Ceritera Krabi - Bahagian 2

# np Kiss B - Kim Jaejoong

Kau ni memang. Dasar blogger tak pernah nak cukup satu entri nak cerita. Eh, suka hati la. Pergi 5 hari, mana cukup nak cerita semua dalam satu entri je kaaannnn?? Hahaha. Okay okay. Marilah kita sambung balik cerita pasal Krabi.

Kitorang selamat sampai kat Krabi dalam 3.30 petang waktu Krabi. Jarak masa waktu Krabi dengan Malaysia satu jam je. Takyah la kau nak acah-acah jetlag bagai ye, Syafiqa oii... Hehe. Lepas je kitorang turun kapal terbang, kitorang kena la beratur kat bahagian imigresen untuk cek pasport dan bagi arrival card. Lama gak la duk tunggu turn nak cek imigresen. Ramai gila rupanya orang nak pergi Krabi ni. Lepas sejam barulah kitorang selesai kat bahagian imigresen. Turun je dari bahagian imigresen, kitorang pun tercengang-cengang. Ah sudah. Nak pergi mana ni? Asal airport ni cam takde orang je. Sunyi jugak la masa tu. Pastu kitorang pun terus tuju kat bahagian sewa kenderaan dan teksi. Carik punya carik, dapat la jumpa satu agen teksi yang okay. Okay sebab ada staff tu boleh cakap Melayu, bunyi-bunyi Kelantan la jugak. Agaknya Kelantan-Siam kot. Okay la daripada dorang bantai cakap Thai. Pastu dia bagi offer, kalau ambik teksi dia pergi dan balik, dapat murah dan kitorang pun setuju. Senang. Tak payah nak serabut-serabut pikir camne nak pergi airport masa nak balik Malaysia nanti.

Perjalanan dari airport ke guesthouse kitorang makan masa dekat nak sejam la gak. Tu pun sebab berhenti kejap nak promote travel agent kat kitorang. Pernah baca kat blog yang kalau teksi berhenti kat agensi travel, cakap tak payah sebab dorang bagi pakej mahal sikit. Ambik pakej kat travel agent kat Pantai Aonang tu, bersepah-sepah travel agent kat sana. Tapi, aku ambik je pakej kat travel agent tu. Sebab aku tak boleh bayang apa yang ada kat Pantai Aonang tu. Tapi, bila ditimbang tara balik, lebih kurang je rate travel agent yang dorang suggest dengan rate yang aku pernah baca kat blog. Janji korang kena pandai nego la dengan pihak travel agen. Korang mintak je harga ikut bajet korang, kalau pihak agen boleh bagi, tersangat la untung. Kitorang ambik pakej lamsam dari hari pertama sampai hari selasa dan masih la ikut bajet la. Disebabkan aku ni pergi dengan keluarga, istilah bajet tu takde la. Tapi aku try la dapat harga yang tak jauh dari harga bajet yang selalu dorang canang-canangkan tu. Kalau tak salah aku, tak sampai rm500 pun untuk total pakej 5 hari yang kitorang ambik tu. Okay la tu kan?

Lepas settlekan pakej kat travel agen tu, kitorang pun terus pergi kat guesthouse untuk cek in. Pastikan korang bagi alamat guesthouse tu betul-betul kat orang teksi tu, takut ntah mana-mana kang dia bawak. Sampai-sampai kat guesthouse tu, nyaris-nyaris je kitorang tak dapat masuk cek in. Sebab patutnya kitorang kena cek in sebelum pukul 5 tapi kitorang sampai dah nak dekat pukul enam. Nasib baik la pemilik guest house tu boleh considerate lagi, bagi jugak la kitorang cek in walaupun dia bising gak la. Nasib la. Lain kali, kalau nak cek in lambat, kena inform pihak guesthouse dulu ye.

** Alert - untuk entri seterusnya, aku guna waktu Krabi.

Krabi Night Market (KNM)

Janji dengan pihak agen, van datang ambik kitorang pukul 6.30 petang untuk ke Krabi Night Market. Masuk je bilik, cam lipas kudung kitorang siap-siap sebab takut terlepas van. Krabi Night Market ni famous la gak. Kalu tak pergi night market ni, cam rugi je. Krabi Night Market ni bukak start pukul 6 sampai 10 malam hari Jumaat sampai Ahad kat pekan Krabi. Nasib la kitorang ni sampai Krabi hari Ahad, dapat la merasa pergi KNM ni.

Perjalanan ke KNM ni ambik masa hampir satu jam la gak. Malang sikit nasib kitorang sebab malam tu hujan sangat lebat kat bumi Krabi. Aku dah start kecewa dah sebab camne nak beli belah kat sana kalau dah hujan lebat camni? Dalam hati doa kat Allah agar hujan beransur surut masa tiba kat sana tu. Alhamdulillah, sampai kat sana, hujan tak terlalu lebat. Masih boleh lagi nak jalan-jalan kat sana. Maka, disebabkan hujan renyai-renyai, kitorang pun pergi la beli baju hujan kat sana. Harga baju hujan tu 50 baht, lebih kurang RM5 la. Tu pun puas kitorang bargain. Haha. Bila lagi nak merasa pakai baju hujan sambil shopping kat pasar malam, kan? =)

Muka happy pakai baju hujan. Kau hado? =)

Berjalan di Krabi Night Market sambil ditemani alunan musik traditional warga Thailand.

Krabi Night Market ni macam pasar malam kat Malaysia la. Ada jual baju, makanan & minuman, cenderahati dll. Kalau nak beg Cath Kidston versi Thailand pun ada kat sini gak. Haha. Masuk je KNM ni kitorang terus cari makanan. Pusing punya pusing, akhirnya jumpa gak gerai jual makanan halal kat situ. Gerai yang kitorang pergi tu jual mee tomyam. Lalu dalam hujan renyai dan kitorang basah lencun, kitorang pun mengeyangkan perut di situ. Tomyam dia, okay la. Tak kaw sangat cam kat Malaysia, mungkin sebab dia buat cam Chinese Style. Tapi sebab lapar, kitorang hadap la gak. Kat sini, aku sempat la beli baju t-shirt untuk souviner. Kitorang siap beli selipar lagi sebab masing-masing bawak kasut cantik je datang sini. Haha. Truthfully, aku rasa beli t-shirt kat KNM ni jauh lagi murah berbanding kat Pantai Aonang. Design dia pun rare sikit la. Menyesal tak borong banyak-banyak kat sana sebab aku ingatkan kat Pantai Aonang lagi murah. -.- Tepat pukul 10.00pm, kitorang pun berlari-lari balik kat kawasan van menunggu untuk pulang ke guesthouse. Serious penat. Sampai guesthouse terus tidur sebab kepenatan dan nak simpan tenaga untuk hari esok.

Friday, December 12, 2014

Ceritera Krabi - Bahagian 1

#np : I Know - Kim Tae Woo (My Lovely Girl OST)

Sawadeekapppp... Hahaha. Kemain Joh. Mentang-mentang baru balik Thailand, main kap kap ikan siakap pulak ye. =D Awat la cheeky sangat ni? Mesti la cheeky, baru balik melancong, mestilah happyyyy... *sambil menari lagu Happy - Pharell* Tak yah tanya la camane trip ke Krabi. Awesome beb! New experience and I totally love it. *love is in the air*


Hmmm. Macam mana nak mulakan cerita ek..... Book tiket sudah, tempah hotel pun sudah. Apa lagi, Krabi, Aku Datanggg!!! Cakap pasal booking hotel, itu pun satu hal gak. Sebenarnya, kitorang takde plan pun nak booking hotel. Ingatnya nak main redah je ke sana dan cari hotel bila sampai kat sana. Tapi, 3 minggu sebelum kitorang nak berangkat ke sana, aku saja-saja la online tengok hotel-hotel kat sana. Bila pergi kat website Agoda.com, terus cuak sebab tengok hotel and guesthouse kebanyakan dah penuh. Yang ada pun mahal gila. Nak nangis je rasa masa tu. Flight tiket dah beli, kang ada yang duk merempat kat Krabi ni kang. T.T Maka, aku pun gigih la mencari mana-mana hotel atau guest house yang available dengan tarikh yang kita dah book tu yang boleh muatkan kitorang berlima ni. Kebanyakan bilik yang tinggal, boleh muat 2 orang setiap bilik. Tu pun tinggal satu, dua bilik je. Hmmm. Memang terus migrain aku duk pikir kitorang nak duk mana ni. Nak duduk mana??? Nak duduk mana???? Tengah search-search, terjumpa la dengan satu guest house ni yang tinggal lagi 2 bilik je yang available. Lepas bincang-bincang dengan mak, aku pun terus la booking bilik kat Seaworld Guest House. Kenapa kitorang pilih guest house tu? Sebab guest house tu je ada cukup bilik nak muatkan kitorang berlima kat Pantai Aonang tu. Harga pun okay la gak Apa kaitan dengan Pantai Aonang? Kata pergi Krabi. Sebab masa aku search pasal Krabi, ramai bloggers and travelers yang recommended sesiapa yang pergi Krabi, tinggal kat Pantai Aonang. Pantai Aonang ni meriah sikit waktu malam dia berbanding Pekan Krabi. Maka, takde la kita boring tak tau nak buat apa malam-malam kat Krabi. Tapi memang betul pun. Masa kitorang kat sana, Pekan Krabi tu takde la meriah sangat. Kedai-kedai dia pun cam lebih kurang pekan Tampin. *bezanya, Tampin sekarang ni dah pesat membangun. I Love Tampin. =)* Bak kata traveler-traveler lain, Pekan Krabi ni macam pekan koboi, kecuali la kalau ada Night Market. Kisah Night Market, kita cerita kejap lagi ye. Lepas booking bilik tu, aku baca la review orang kat Agoda.com dengan Booking.com. Bila aku baca je, bertambah-tambah migrain la aku. Ada orang review tak best kat situ. Sampai menangis-nangis la aku sebab risau tak leh nak bayangkan teruk sangat ke tempat tu sampai orang cakap gitu. Pastu, my inner self kata, "Put the trust in Allah. He never dissapoint you." Berpegang dengan kata tu, aku pun lupakan kejap pasal hal guest house tu dan teruskan kehidupan aku.

Maka, hari itu tiba jua. Perasaan.... takde perasaan. Aku tak mau terlampau teruja sangat dengan trip ni. Banyak benda yang kena pikir pun iya jugak. Dalam kata tak teruja tu, 2 hari sebelum nak pergi tu, baju semua dah siap kemas masuk beg. Tinggal benda yang kecik-kecik macam charger and such je yang tinggal. Hahaha. *diva sangat kata tak teruja* Punya la takut service guest house takde sampai aku sanggup bawak seterika untuk nak gosok baju dan tudung. Mak kata, nak buat apa bawak seterika, mintak je la kat hotel. Dia tak tau anak dia tengah risau dengan service guest house tu. Takpe la, bukan aku yang angkat. Kapal terbang yang bawak. Hehehe

Must have items bila nak pergi melancong ke luar negara: Passport, Traveler adaptor *jangan ingat semua negara ada palam macam kita ye. Thailand punya palam, 2 lubang. Maka, memang sah-sah kena ada adapter*, Medicine *Panadol, Traveler Care, Minyak Angin - memang kena ada. especially traveler care tu. Dasar motion sickness, pill tu memang takleh tinggal.*, Sunblock *Dah kata nak pergi pantai kan, mesti la nak protect kulit daripada kena sunburn. Kebetulan pulak hujung minggu sebelum nak pergi tu, Watsons buat sale untuk sunblock SPA130++. Memang kena beli la. Hahaha. Untungnya jadi pekerja Watsons. =)*. Tidak lupa juga, google pasal waktu solat. Nanti senang tak payah teragak nak solat Subuh pukul bape. Sampai mak kata, "Bagus bawak Kak Long ni, semua lengkap." Aku siap bawak extention lagi sebab tau nanti mesti berebut plug nak charge phone la, camera la. Hehe

Oleh kerana pihak Malaysia Airline tak provide website check in untuk penerbangan ke Krabi, maka kitorang kena la print boarding pass kat KLIA. Aku dah mula risau, nak print boarding pass tu kena bayar ke? Sebab kalau Air Asia, dengar kata kena bayar RM10 each kalau print Boarding pass kat sana. Lantak la, kena bayar, bayar je la. Nak naik kapal terbang kan? Ternyata, sangkaan aku meleset. Sampai je kat KLIA, aku terus pergi kiosk untuk check in flight dan print boarding pass.Takde charge pun nak print boarding pass MAS. Hurray. Add one plus point for MAS. *Happy me*

Cantik tak boarding pass kita?? Ni baru namanya pergi oversea. =)

Masa check in flight kat KLIA, memang pengalaman menarik la. Orang tak pernah pergi luar negara la katakan. Kagum gila dengan kecanggihan pihak imegresen check pasport, guna sistem biometrik. Dorang scan je passport kita dan ibu jari kita. Dua tiga kali gak aku letak ibu jari kat scanner, baru la dapat. Nervous agaknya masa nak scan tu sebab tu tak pass-pass. Lepas dorang dapat scan kita punya ibu jari dan passport, terus keluar gambar kita dan butiran diri kat skrin. Memang kagum gila ah. Dengar kata, kita punya sistem biometrik ni antara yang tercanggih la di dunia. Kudos Malaysia. =)

MAS Airline : Terbaik.

Berada dalam kapal terbang MAS adalah satu pengalaman yang sangat menarik. Everything facinating la. Ada in-flight meal, entertainment flight. Best gila wooo.Teruja aku. Kalau aku diberi pilihan samada nak naik MAS or Air Asia, aku pilih MAS. Cuma kena tunggu MAS buat offer la kalau nak naik MAS. Patut la dorang semua puji MAS airline best la. Alhamdulillah la. Allah bagi aku pengalaman merasai semua itu. =) Malas nak cakap banyak, tengok gambar je la.

Tengok, ada in flight entertainment. Masa ni, cik pramugari tengah bagi demo pasal langkah-langkah keselamatan semasa menaiki kapal terbang. Kalau kat Air Asia, dorang tunjuk demo real, ni kalau MAS, kita tengok kat skrin je la

 My favourite moment - in flight meal. Ni makanan kitorang dapat masa pergi.

Yang ni pulak masa balik. Yummy gileee.. Bersungguh-sungguh kitorang makan. Siap refill air lagi. Dah la panas lagi. Lagi la sedap. Kalau boleh, nak mintak tambah je. Eh. Kau ingat flight ni bapak kau punya nak mintak tambah-tambah? Hahaha

Tengok gambar makanan ni, buatkan aku rasa lapar la pulak. Dah la, lain kali la sambung cerita pasal Krabi ni. Nak tau apa jadi kat Krabi??? Tungguuuu....


Monday, November 24, 2014

Kisah dah basi

Nak tau takkk??? Cerita ni dah basi tapi tetap nak share gak kat sini. Sebab tunggu hati tenang dan tenteram barulah boleh mengarang dengan tenteram, iye idok?

Alkisah, dua minggu lepas aku pergi interview SPA kat Pusat Temuduga SPA, Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur. Untuk jawatan apa? Sudah tentu jawatan Pegawai Dietetik U41. Jawatan yang sesuai dengan degree aku. Alhamdulillah. Setelah lama menunggu.

Dapat tahu tarikh temuduga tu lama dah, 2 minggu sebelum tarikh temuduga, tapi buat preparation last minit. So typical me. -.- Malam tu baru terhegeh-hegeh duk siapkan semua dokumen yang dorang minat. Padahal siang tu duk sibuk shopping jubah kat Calaqisya. -.- Aku cuba untuk bersiap sedia lebih awal, baca apa-apa yang patut sebab lebih setahun tinggal ilmu diet, tapi tak boleh. Cuti 5 hari minggu sebelum tarikh temuduga tu pun, langsung tak membantu. Aku cuba untuk tumpukan sepenuh perhatian untuk fokus belajar, tapi fikiran merewang ke mana. 5 minit tengok nota, selebihnya buat perkara lain. Sama macam apa yang aku hadapi masa final year dulu. Mental block tak boleh nak terima apa-apa ilmu. Sangat depress. Cuti pun tak rasa cuti. Stress semedang sebab nak belajar tapi tak boleh nak masuk. Dengan gangguan hal rumah lagi. Sob sob.

Maka, bila tibanya hari yang bersejarah itu, aku mula risau. Dengan kena pergi ke tempat temuduga tu secara bersendirian... memang menguji aku la. Nasib baik hari sebelum, ayah dah tunjukkan jalan yang mudah untuk pergi ke sana. Almaklumlah, tempat temuduga tu kat tengah-tengah bandar Kuala Lumpur *dekat area Bukit Aman dan Taman Tasik Perdana*, paham-paham je la ragam pagi-pagi. Semua jalan mesti jam semedang. Stresss... Maka, aku bertolak awal-awal pagi. Masa temuduga aku pukul 10 tapi pukul 7.30 pagi aku dah keluar rumah dan memulakan perjalanan. Baik kita keluar awal-awal dan sampai awal, daripada kita keluar nak dekat-dekat masa temuduga, dan mula panik bila tempuh jam teruk. Mesti gelabah dan kucar kacir nanti. Takmau la gitu. Biar tenang tenang aja sampai sana. Baru molek. =)

Pukul 8.30 pagi, aku dah terpacak dah parking lot Jalan Tugu, berdekatan denga Pusat Temuduga SPA tu. Aku pun rilek rilek duk dalam kereta dan baca apa yang patut. Mesej pun bertalu-talu datang, terutama wassap dari Diet Gen 6, mengucapkan semoga berjaya kepada aku dan Zaza. Iya, aku dengan Zaza antara orang-orang yang terakhir untuk ditemuduga SPA di kalangan member Diet Gen 6. Maka, seharusnya aku banyak la dah prepare sebab banyak dapat tips-tips dari kawan-kawan lain yang dah tempuh temuduga dulu. Tak malangnya tidak. Aku ambil enteng saja perihal itu. Sudah pasti masak aku goreng jawapan dekat depan para penemuduga nanti. T.T Dalam banyak-banyak mesej, mesej dari satu penerima buat aku sebak. Siapakah??? Sudah tentu bapak aku. Dia hantar mesej nama menteri dan ahli dalam Kementerian Kesihatan tak putus-putus. Sebab malam sebelumnya, dia tanya aku siapa nama Menteri dan Timbalan Menteri Kesihatan, aku tak jawab. Aku dapat jawab Menteri Kesihatan je. Tu yang bapak aku risau tu. Takut anak dia tak prepare apa-apa pasal info Kementerian. Tu yang buat aku sebak. Nampak betapa dia harapkan anak dia cemerlang dalam temuduga nanti. T.T

Aku pun tunggu sampai pukul 9 baru naik ke bangunan temuduga tu. Perasaan aku, risau sebab aku tak rasa apa-apa. Nil, Nada. Selalunya kalau aku tak rasa gemuruh, macam takde harapan je temuduga tu nanti. -.- Tawakal Syafiqa, tawakal. Jangan fikir yang tidak-tidak. Positif itu penting.

Sampai je tingkat 2 bangunan Pusat Temuduga SPA tu, aku masuk ke bilik untuk ambik nombor giliran. Sebabkan aku punya temuduga pukul 10, maka, aku tak terus pergi ke kaunter. Aku tengok takde orang pun dekat situ. Aku pun duduk la rilekkan diri. Belum bersedia lagi nak masuk ditemuduga. Aku pun tengok la calon-calon datang silih berganti ambik nombor. Pihak urus setia temuduga siap call calon-calon lagi sebab penemuduga dah ada, tapi calon takde. Maka, dorang pun call la calon-calon waktu lain suruh datang cepat untuk ditemuduga. Mesti panik calon-calon tu. Dah kena panggil tiba-tiba pulak tu. Nasib badan la.

Dekat-dekat pukul 9.30, aku pun menuju ke kaunter untuk ambik nombor giliran. Orang urusetia tu kata, "Kenapa tak datang depan je terus tadi?" Aku pun kata temuduga saya pukul 10, tu yang saya tunggu tu. Orang urusetia tu kata, "Tak payah la tunggu. Datang je ke depan." *Padahal aku takmau datang depan sebab gabra takmau temuduga lagi* Kemudia, aku bagi la semua dokumen-dokumen yang aku dah siapkan semalam. Pihak urusetia pun semak dokumen-dokumen kita. Nyaris-nyaris aku nak nangis sebab takut tak complete dokumen yang dibuat salinan. Nasib baik aku bawak original copy, dan dia pun tolong photostatkan untuk aku. Terima kasih pihak Urusetia kerana berjaya tidak buat aku gelabah sebelum masuk temuduga nanti. =)

Lepas aku dapat nombor giliran, aku pun pergi bilik sebelah. Baru aku tau kenapa bilik ambik angka giliran tu takde orang. Sebab dorang dah ambik nombor giliran dan tunggu kat ruang menunggu berdepan dengan bilik temuduga. Nombor giliran aku 206, dan nombor yang sedang ditemuduga tu, no 204. Takde la lama sangat aku kena tunggu kan? Penantian sememangnya satu penyiksaan, kan? Sengsara wooo tunggu giliran ni. Lebih-lebih lagi tunggu giliran ditemuduga. =(

Nombor giliran dikepil bersama resume. Cuak beb tambah-tambah lagi 2 giliran lagi.

Malangnya, jangkaan aku meleset. Jangkaan aku, aku kena tunggu 2 orang calon sebelum sampai giliran aku. Tapi, selepas calon no 205 keluar daripada bilik temuduga tu, masa aku gelabah nak masuk bilik, tiba-tiba pihak penemuduga keluar. Dia tanya siapa giliran selepas ni. Aku pun angkat tangan. Dia kata, "Tunggu kejap ye. Saya lapar, nak pergi makan." Aku syak, dia la Dato' Najri, penemuduga dari pihak SPA. Kalau nak tahu, penemuduga dalam bilik temuduga tu ada dua, dari pihak SPA dan satu lagi mewakili pihak Dietitian. Waa... bertambah cuak la aku. Dekat-dekat nak pukul 10, dorang nak pergi breakfast la pulak. Sabar je la Fiqa. Dugaan tu.

Tunggu punya tunggu, dekat-dekat pukul 10.30 pagi barulah dorang masuk bilik temuduga balik. Aku pun mula gelabah. Waa... dah sampai akhirnya giliran aku. Bila naik je nombor aku kat skrin, aku pun ketuk bilik, masuk dan beri salam. Fail dokumen tu aku serahkan kat Dr Romzi. Dr Romzi tu wakil dari pihak Dietitian. Dengar kata dia Dietitian dari Hospital Kuala Lumpur. Bukan calang-calang orang tu. Habis la aku. T.T Lepas aku duduk kat tempat yang disediakan, Dr Romzi pun memulakan sesi temuduga. Dia suruh aku perkenalkan diri. Aku pun tiba-tiba jadi gabra. Aku bagitau nama, anak keberapa and such. Pastu Dr Romzi kata, " Cerita la lebih lagi. Sebab kami tak kenal awak." Aku pun cerita la aku belajar di mana, mak bapak aku kerja apa, hobi aku dan aku kerja apa sekarang. Pastu Dr Romzi tanya, "Kerja Watsons sebagai apa, ceritalah sikit." Aku pun cerita apa yang aku buat kat Watsons tu, mostly advice customers pasal supplement. Pastu Dr Romzi tanya, "Selalunya customer carik supplement apa?" Aku pun cakap la carik Vit C, collagen dan fish oil. Dan dia pun tanya kalau takmau beli supplement vit c dan collagen, nak dapat dari makanan apa? Aku mula cuak. Vitamin C aku tau la sources dia, collagen, seriously aku tak tau. Aku tau yang ready made yang ada kat kedai aku je. Aku pun jawab, "Saya tak pasti, Puan." Dalam hati, menangis tak berlagu aku. Banyak jugak la yang aku takleh nak jawab. Contohnya, apa, recomended intake of Vitamin C dan apa akan jadi kalau lebih ambik Vitamin C. Waaaa, tak tauuuu... T.T Pastu Dr Romzi try nak deviate pergi ke soalan klinikal dengan tanya apa special unit case yang aku pernah manage, tapi malangnya, aku takleh nak recall langsung. Double tearss.. T.T Maka, dia pun kembali la bertanya pasal supplementation.

Pastu, sesi temuduga diserah ke Dato' Najri. Dato' tanya aku, "Berapa gaji kat Watsons. Ada sampai RM3000 ke?" Aku pun geleng, sambil kata, "Dato', RM2000 pun tak lepas tolak KWSP bagai." Dia pun komplen banyaknya tolak KWSP. Aku pun senyap je la. Kemudian, Dato tanya lagi, " Apakah perkara yang paling kamu annoyed masa layan customers?" Kenapa dia tanya soalan begitu? Sebab aku ada bagitau yang aku jumpa macam-macam kerenah customers. Nasib la kena bombard soalan gitu. Aku pun teragak-agak nak jawab. Sebab tak tahu mana perangai customers yang mana satu yang aku nak bagitau kat Dato' ni. Pastu Dato' perli, "Kamu ni kena makan banyak gingko biloba ni. Banyak sangat lupa." Triple tears. T.T Dato' ni, bukan lupa, cuba tak tau nak cerita mana satu. Aku pun kata aku ada masalah nak cakap ni. Dato' kata, suka hati awak la nak cakap bahasa apa-apa. Janji cakap. Aku pun bantai cakap rojak, BM campur BI. Lantak la. Ayat gitu yang ada kat dalam kepala otak aku ni. Dah Dato' bagi greenlight.

Pastu Dato' persoalkan jobscope aku sebagai HA. Dia kata "Awak ada bagi nasihat tak kat customers masa dorang nak beli supplement? Ke awak main suruh je dorang beli supplement-supplement tu untuk awak kejar sales kan?" Aku pun terkejut dia cakap gitu kat aku. Aku pun balas, " Takde la Dato'. Kadang-kadang kalau customer tu nak cepat, dorang ambik terus je supplement yang dorang nak dan kemudian pergi ke kaunter bayaran. Kalau yang ada banyak masa tu, saya terangkan la serba sikit pasal supplement tu." Dato' pun counter attack aku balik, "Kamu ambik maklumat dari mana? Dari customer kan? Kamu percaya ke apa yang customer tu cakap? Dah macam doktor je yang prescibe ubat tapi tak check medical history lain. Kamu patutnya check la medical history customer tu dulu. Jangan main sebarang je bagi supplement ni. Mana tau supplement tu ada counterattack dengan ubat yang doktor dah prescribe. Dah tiba-tiba dapat penyakit lain pulak. " Aku pun senyap sambil angguk-angguk apa Dato' kata tu. Betul jugak la apa yang Dato' kata. Dan dia pun mula la bersyarah pasal supplement dengan aku sebab dia dah pernah terkena dah. Sebab tu dia duk bersyarah kat aku. Pengajaran la kat aku supaya hati-hati nak suruh orang bagi supplement.

Lepas Dato' duk bersyarah pasal kepentingan medical history sebelum nak bagi apa-apa supplement, akhirnya Dato' pun tamatkan la sesi temuduga tu. Dato' ada jugak tanya bapak aku umur berapa. Tak main golf ke? Sebab kalau main golf, mesti ada borak-borak pasal supplement ni. Dato' ingat bapak aku ni cam Dato' ke? Main golf bagai. Aku pun kata, " Tak la Dato'. Bapak saya main badminton." Dato' terkejut. Dia pelik umur 54 tahun boleh main badminton lagi. Aku pun sambung, " Dah dia suka main badminton." Hehe. Dr Romzi pun senyum je. Kelakar pulak bila ingat balik. Sebelum keluar dari bilik temuduga, Dato' tanya aku ada apa-apa tak nak tanya sebelum aku keluar, aku pun kata takde. Pastu dia kata, ni mesti dah seronok kerja Watsons ni. Aku pun pendam je la ketidakpuashatian aku. -.-

Keluar je dari bilik temuduga, aku terus rasa sebak. Aku cepat-cepat masuk kereta, dan kemudian banjir terus kereta aku dek penangan aku. *hiperbola ye. Hik hik* Tak tahu la apa yang sebak sangat. Padahal aku rasa aku dah buat sehabis baik dah dalam bilik temuduga tu. Lebih baik dari temuduga yang sebelum-sebelumnya yang aku lebih banyak berdiam diri dan angguk dalam sesi temuduga. Mungkin sebab terfikir jawapan-jawapan aku yang merapu yang buat pihak temuduga geleng kepala dan mungkin juga kerana terlampau banyak harapan yang bergantung di bahu aku. Berat sangat harapan itu dan  sangat sakit bila harapan itu tak dapat dikabulkan. Dah la. Sekarang ni masa untuk bergantung harap kepadaNya, berdoa dan tawakal. Kalau jawatan itu milik aku dan rezeki yang terbaik buat aku, keluarga dan agama, Allah pasti permudahkan. Kerna Dia Maha Mengetahui apa yang di langit dan di bumi. Berserah dan bertawakal. Jangan kupa, redha atas ketentuan Allah itu penting. Ameen.

p/s - Banyak sungguh aku bebelkan. Mula-mula ingat kekeringan idea. Bila mula menaip, laju je jari tekan keyboard. Hoyeah. Berjaya jugak buat entri ni. =)

** Hujung-hujung tahun ni, hati kena kuat. Dan dengan mengingatiNya, hati akan tenang dan bertambah kuat. InsyaAllah. =)

Pelangi petang. Moga akan ada pelangi lepas hujan dalam hidupku nanti. =) 

Thursday, November 13, 2014

Wordless Thursday

The concept of sabr and redha. Pray Allah for the best.

Wednesday, October 1, 2014

Fly again.. hopefully

#np Forteen - Dikau Saja

Disebabkan adik aku dah habis SPM hujung bulan November nanti, maka, kitorang pun bercadang nak pergi bercuti. Kekonon nak celebrate la kemerdekaan adik aku dari cengkaman SPM. Lagipun, aku pun nak perhabiskan cuti tahun. Asyik habiskan cuti tahun, tapi tak pergi mana-mana, tersangatlah boring. Stress pun ada. Rasa macam membazir je cuti tahun aku. Nak buat macam mana. Dah terpaksa. Kerna terpaksa aku relakan je la cuti aku terhabis begitu. Eh? Hahahaha. Hmm. Kali ni nak pi jauh sikit. Jauh mana, tak jauh la, tapi kira over-the-sea la jugak.

Sebelum nak terbang ke luar, mesti lah kena book tiket flight dulu kan. Kali ni kitorang nak terbang bersama Malaysia Airline pulak. Kenapa Malaysia Airline? Tak takut ke kejadian nahas hari tu? Kalau dah sampai ajal kita, kat mana-mana pun boleh terjadi kan? Tak perlu tunggu nahas bagai. Percaya padaNya, nescaya segalanya dipermudahkan.

Bukan mahal ke Malaysia Airline ni? Orang kaya-kaya je naik MAS ni. Alhamdulillah, nasib kitorang baik kali ni. Tengah-tengah aku browsing carik tiket flight murah kat Air Asia, aku pun try la jugak pi tengok-tengok harga tiket flight MAS. Ingat nak tengok je la, kalau nak naik MAS memang tak mampu la den. Mahal weh. Aku sedar siapa diri ni. Tapiiiiii.... mungkin dah rezeki, bila aku bukak je semalam dan taip destinasi Kuala Lumpur ke Krabi bulan Disember nanti, terus dia tunjuk harga tiket murah. *Opss. Terbocor rahsia. Hehe* Berapa murah? Murah gila. Gila lagi murah dari harga tiket Air Asia. DUA KALI GANDA LAGI MURAH dari Air Asia. Dah la kalau naik MAS, semuanya provided. Memang mendatangkan keterujaan aku. Malangnya keterujaan itu terpaksa dihentikan seketika sebab aku kena pergi kerja dan perlu dapat keizinan family aku dulu. Aku pun berkata dalam hati, 'Kalau benda ni memang rezeki kitorang sekeluarga, delay macam mana pun akan masih kitorang dapat.' Dengan mantera itu, aku pun pergi kerja dengan hati yang walang campur teruja.

Balik je malam tu, aku terus cakap dekat parents pasal benda ini. Ayah aku okay je. Mak pun of course okay je. Maka, aku pun memulakan misi menempah tiket flight MAS. Tengah-tengah aku syok isi butiran untuk menempah, tiba-tiba MAS mintak nombor pasport setiap orang. Ayah aku dan adik aku yang last memang dah ada pasport. Tinggal aku, mak aku dan adik aku yang first je takde pasport lagi. Kena buat pasport dulu la kalau macam tu kan? Terbantut la lagi misi menempah tiket flight.Dan aku ulang lagi mantera itu, untuk tenangkan hati dan pasrah je la. Kalau ada rezeki, ada la.

Lepas kitorang settlekan buat pasport bagai *cerita pasal pasport, aku ada tulis kat entri lain. Sila baca sendiri kalau berminat*, sampai-sampai rumah je, aku terus terkam laptop. Sambil tu doa-doa la harga tiket murah tu ada lagi. Sebab kat website dia kata deal tu sampai 3 Oktober, tapi mana la tau banyak dah sold out ke. The fact it, belum. So, the deal is on. Aku pun, apa lagi. Cepat-cepat la book tiket. nak kejar tiket murah punya pasal.

Mula-mula, aku pergi ke website malaysia airline.



Pastu isi la apa yang patut kat situ. Macam aku, aku isi tempat aku pergi dan balik dan bila aku nak terbang. Dan aku ambik economy flight je. Sekadar mampu. Pastu tekan la butang carik flight. Nanti website tu pun keluar la available flight yang sesuai dengan tarikh yang kita bagi dan juga harga dia. Dan kita pun boleh la pilih nak naik waktu mana. Dekat bahagian sebelah kanan web, dia akan tunjuk berapa harga yang kita kena bayar. Tapi, jangan teruja sangat. Bayaran yang tertera kat web tu, hanyalah bayaran cas airport dengan minyak je. Ada lagi bayaran-bayaran lain yang kita kena bayar. Sama je macam Air Asia, cuma kalau MAS, kita tak perlu nak sibuk pikir perlu tak nak beli extra luggage ke, nak beli makanan ke tak, sebab setau aku, dorang memang provide punya. So, dah save dah masa dan fikiran kat situ.



Lepas pilih waktu yang sesuai dengan kita, kita pun boleh tekan butang seterusnya. Page lepas tu, kita kena la isi butiran-butiran diri kita dan juga pengikut yang akan ikut kita. Yang ni la bahagian yang aku sangkut semalam. Alhamdulillah, hari ni berjaya lepas bahagian ni. Kemudian, kita boleh la pilih samada nak ambik pakej insuran dorang ke tak. Aku tick je, sebab kita tak tau apa yang akan jadi nanti. Bukan nak pikir buruk-buruk, cuma precaution je. Mana tau terlepas flight ke or luggage hilang, at least insuran ada cover. Insuran dia RM46. Bagi aku berbaloi kot, sebab sebenarnya aku dah save banyak dah sebelumnya. Last sekali sebelum buat bayaran, kita boleh pilih tempat duduk mana yang kita nak. Mak aku awal-awal dah cakap dia nak duduk berduaan je dengan ayah aku. Maka, anak-anak, kenalah bagi can mak bapak beromantika-de-amor kat depan dan duduk la diam-diam kat belakang. -.- Tempat duduk ni bukan pilih percuma-percuma je tau. Satu tempat duduk berharga RM10 bagi yang biasa, kalau nak premium sikit, bayar lebih RM10 lagi. Maka, pergi balik tempat duduk kitorang berharga RM20 seorang. Naik Air Asia pun tempat duduk pergi balik RM 12, tambah sikit dapat la tempat duduk MAS. Bagi aku dah okay sangat la tu. Dan kemudian, kita proceed ke pembayaran. Aku, macam biasa, guna CIMB Click je sebab takde kad kredit. Senang. Web MAS ni dah memang link dengan CIMB Click, Maybank2u dan list kad kredit yang lain. Memang senang la kalau nak book tiket online. Semua di hujung jari je. Yang penting, kena ada duit la dalam tu. Kalau kosong, jangan harap la nak book tiket. Tapi melalui pembacaan aku, ada orang yang tak mau guna online banking ni, dorang masih lagi boleh buat tempahan flight, dengan call pihak MAS dan buat pembayaran keesokan harinya. Aku kan gadis urban, mesti la pilih jalan paling mudah. Hehe.

So, berapa harga tiket flight yang aku gembar gemburkan murah gila tu? Korang agak-agak berapa? Ce congak sikit. Aku dah bagi anggaran kasar kat atas tadi. Ah korang ni. Tau dah bersuap je. Tak mau berusaha sikit. Okay la aku bagitau...



Jangan terkejut. RM1835.00 tu jumlah harga untuk satu family. Kalau seorang, harga dia dalam RM367 je. Murah tak? Kalau nak tau, harga ni sebenarnya lagi murah dari harga tiket Air Asia. Kenapa, tak percaya? Nak tau berapa harga tiket yang Air Asia offer pada tarikh yang sama? Jeng. jeng. jeng......



Nampak tak? Aku punya harga jumlah tiket MAS lagi murah dari harga bayaran cas airport dan minyak kapal terbang Air Asia tau. Tu belum lagi masuk bayran insuran dan luggage. Maka, sapa yang untung? Sudah semestilah aku dan keluarga aku jugak. HEHE.

Maka, dengan rasminya, kali ni, aku dan keluarga aku berpeluang la merasa pengalaman naik flight MAS. Doakan kami selamat tiba dan pulang ye. Nanti kalau dah pulang, akan aku coretkan kenangan di sana untuk dijadikan tatapan. Tata.

p/s - Bulan ni bulan aku bercuti sakan. Cuti yang takde plan apa-apa. Alasan cuti, sebab nak habiskan Annual Leave yang berhabuk tak guna tu sejak awal tahun tu. Pernah guna sekali je masa gi Sabah hari tu. So, aku macam chipsmore je kerja bulan ni. Kejap ada kat store, kejap xde. Belum termasuk dengan HA Meeting, Public Holidays. Tak tau nak happy ke sedih. Happy sebab dapat cuti, boleh berehat sakan. Sedih sebab nak pergi jenjalan tapi takde siapa yang free. Me is sad. Takpe-takpe. Hujung tahun kita berjalan sakan naaa... =)

Tuesday, September 30, 2014

Buku merah jangan lupa...

#np JYJ - Letting go 

Cerita panas! Cerita panas! Straight from the oven. Taaaaadiiiii kaaaaaaan, aku pergi buat pasport. Iye, iye. Shame on me. 24 tahun baru ada pasport. Biar la. Masa ni baru dibenarkan nak kenal dunia luar. Kalau tak, duk bawah ketiak mak bapak je. Okay la tu kan. 24 tahun, dah matang nak kenal dunia luar. Aku nak ke mana? Rahsia dulu. Nanti dah confirm nak pergi or dah selamat pulang, baru aku cerita ye. Sekarang ni biar aku cerita kisah aku nak buat pasport.

Alkisah, hari ni hari aku cuti. Maka, aku dengan mak pun berhasrat nak pergi buat passport setelah sekian lama asyik tangguh je. Kitorang bercadang nak pergi buat kat UTC Sentul, aku kira berdekatan dengan temoat aku la. Maka, lepas mak aku habis sekolah, kitorang pun terus la pergi UTC Sentul dengan bantuan Waze. Senang je jalan nak ke sana, tapi aku ada gak la terlepas simpang sebab takmau dengar cakap En Waze. Sorry. Hehe. 

Sampai je UTC, kitorang singgah kejap kat kedai foto, nak tangkap gambar untuk pasport. Sebab kawan mak cakap, baik ambik kat luar sebab kalau dah sampai imigresen nanti takde la kelam kabut sangat. Maka, kitorang, dengan innocentnya, pergi la ambik gambar kat kedai tingkat bawah. Mahal weh, 4 keping gambar = RM12. Aku rasa dulu aku dapat cam murah je lagi. Ke tak? Hmmm. Dah lama gak la aku tak ambik gambar IC mahupun foto. Rate sekarang kot. Entah la.

Lepas tu, kitorang pun pergi la naik tingkat satu dan masuk kat pejabat imigresen. Masuk-masuk je, terus stress. Ya ampun, ramai gila orang kat imigresen hari ni. Kitorang pun datang depan ambik nombor giliran. Bayangkanlah nombor giliran kitorang 1178-1179, tengok nombor giliran kat skrin baru 1122. Lagi 50 lebih lagi giliran sebelum kitorang. Haah. Kitorang datang UTC memang nak bertapa kat dalam tu. *tangan kat bahu, mata di atas* stress gila. Dah la bukak kaunter 2 je. Satu kaunter khas, satu lagi kaunter biasa. Kaunter khas tu untuk golongan warga emas, kanak-kanak bawah 2 tahun, OKU dan juga ibu mengandung yang memang kena diutamakan. Maksudnya, golongan-golongan seperti di atas akan didahulukan walaupun kita yang datang lebih awal dari dorang. Agak-agak kalau nak rasa duk kaunter khas, ce la jadi antara golongan di atas, nescaya akan diberi layanan khas. Yang aku panas tu,  takpe la golongan yang diatas diberi keutamaan. Yang dorang bawak satu family yang sihat waafiat sekali kenapa? Yang lain tu pun golongan seperti di atas jugak ke? Pastu dengan orang yang angka giliran dia dah terlepas. Kalau dah terlepas, pandai-pandai la ambik nombor baru. Ini tak, main terjah je kaunter yang kosong. Sungguh takde kesedaran sivik langsung. Tak pikir orang lain yang duk jenuh tunggu angka giliran. Alamak, terlepaskan geram kat sini la pulak. Tapi tu realiti kot. Malaysia ni memang kurang sikit kesedaran sivik. Hmmmm. 

Tunggu punya tunggu, akhirnya pukul 5 baru sampai turn kitorang. Lama gila woi. Dekat nak 4 jam kat dalam pejabat imigresen tu. Tapi redah je la. Nak gi berjalan punya pasal. Hehehe. Maka, bila turn aku, aku pun pergi kaunter pastu hulurkan IC dan salinan IC. Memandangkan aku ni xpernah ada pasport, maka, lama sikit la prosedur dia. Mula-mula pegawai imigresen tu suruh aku sentuh ibu jari kanan kat mesin cap jari. Mungkin nak tengok pengenalan diri aku. Tiba-tiba pegawai tu cakap, pernah luka kat jari ke? Aku pun blur sambil tengok ibu jari aku. Pehal pulak ni. Sebelum ni, takde pun orang komplen pasal ibu jari aku ni. Dia tak percaya ke tu IC aku? Gelabah terus aku. Rupa-rupa dia kata, garisan kat ibu jari aku tu macam dah nak hilang. Maka, dia suruh take care tangan aku. Sebab macam-macam benda penting yang kena guna ibu jari ni. Kalau nanti mesin tak boleh baca, susah la. Kang dorang kata aku pendatang asing. *Pendatang asing tau. Bukan makhluk asing. -.-* Last sekali pesanan dia, banyak-banyak la letak lotion kat tangan. Tangan tu kering sangat. Malu weh dia tegur ceggitu. Pengajaran, sila la jaga ibu jari anda. Ibu jari anda mempamerkan segalanya tentang anda. Hilang garisan-garisan pada ibu jari anda... lu pikir le sendiri akibatnya ye... 

Lepas scan dua-dua ibu jari, pengawai tu pun mula la isi butiran-butiran diri aku. Korang mesti ingat tinggi korang tau. Sebab yang tu pun akan tercatat kat buku pasport tau. Kalau tak ingat, boleh ukur kat bahagian belakang pejabat. Aku jawab teragak-agak. Pastu pegawai tu pun kata, " betul ke tu tinggi awak? Ke main teka je? Dah la, pergi ukur kat belakang sana." Aku ni memang nampak sangat tak konfiden. Kalau buat-buat konfiden, sure xyah nak ukur kat belakang. Last sekali, betul pun ukuran yang aku cakap. Biar la. Asalkan aku tau ukuran tinggi aku yang terbaru.  Lepas dia tanya pasal butir-butir pasal diri aku, dia pun suruh la tangkap gambar. Kenapa aku tak guna je gambar yang aku tangkap tadi? Rupa-rupanya sebab dorang nak cepat, so, kalau tangkap gambar terus dengan dorang lagi senang. Terus direct je kat pejabat untuk buat pasport tu. Oh, selamat tinggal RM12. Hanya gambar jadi tinggalan. Nasib baik comey. EH? Hahahaha

Lepas dah siap isi butir-butir diri dan cop ibu jari, kitorang pun tunggu lagi untuk proses pembayaran. Sebab aku nak ambik lamsam 5 tahun tak payah renew pasport lagi, maka kena la bayar RM300. Dia ada dua opsen, opsen pertama: RM100 untuk dua tahun dan opsen yang kedua RM300 untuk 5 tahun. Maka, pilih la opsen mana yang anda berkenan ye. Iya, aku tau, pilihan yang kedua agak mahal sedikit dari pilihan pertama. Tapi aku tak sanggup untuk mengulangi proses ni kerap kali. Boleh stress weh. Nasib la hari ni mood baik. Cuma mood orang sebelah la tak berapa baik sebab penat menunggu. -.-

Lepas buat bayaran kat kaunter pembayaran. kitorang pun tunggu lagi. Haila. Hari ni hari menunggu je. Memang menguji banyak kesabaran la hari ni. Akhirnya, dekat pukul 6, semua urusan selesai. Dan akhirnyaaaaaaa..... aku berjaya memiliki pasport sendiri. Dulu duk jeles kat orang duk post gambar passport dorang je. Pasni boleh la post gambar passport sendiri pulak ye. Haha.

Dengan berakhirnya proses mendapat passport, maka berakhirlah entri kali ni. Pasni boleh la update kisah berliburan pulak. Berliburan di mana? Tunggu ye.....

Tuesday, September 16, 2014

Saturday, September 13, 2014

escapism


Eric oppa!!! *shriekkkk*

Just wanna sit back and do k-drama marathon like no one cares. -.-
 
#np : infinite - back

Wednesday, September 10, 2014

My life...

#np: Sembunyi Rahsia - Asmidar

I'm homeeeeeee!!!!! Lama betul aku tak mengarang dalam ni. Last sekali entry aku bulan Jun, tu pun post gambar je. Hmmm. Nampak benor malasnya tu. Tak tak. Bukan malas, tapi kekeringan idea je. penat aku tunggu idea datang nak menulis, tapi haram jadah dia x datang. Sama macam aku duk tunggu semangat rajin aku masa study dulu. Hahaha. Rindu pulak nak sambung study balik. Ah, nanti la. Belum ada semangat lagi. Hari tu punya frust menonggeng pun tak baik lagi. Hahaha. Dah dah. Mengarut je lebih ni.

Hari ni aku rajin nak update blog. Ni pasal terpengaruh dengan Nurulism's blog. Pagi-pagi dah terjah blog orang, terus semangat nak tulis blog tu datang. Padahal semalam pun aku mengarut gak tulis kat my personal blog. Iye. Aku ada 2 blog. Bajet retis sangat la tu sebab ingat semua nak baca tulisan dia. Tak tak. Ini untuk kepuasan hati aku jugak. Rasa hati yang susah nak diterjemah kat sini, aku karang kat blog lagi satu. Biar puas. Sebab aku bukan orang yang senang-senang nak luahkan kat orang. Iya, aku tau, luahkan kat Allah. Tapi blog ni pun satu medium gak untuk aku luahkan perasaan aku. Iye idok? Suka hati aku la. Hahaha. Mengarut dah buat kali kedua... T_T

Okay. Nak tahu kehidupan aku sekarang? Same all, same all. Xde yang menariknya. Hari bekerja: Bangun pagi, masak, pergi kerja, balik kerja, online sambil download cerita, tengok cerita dan tidur. Hari cuti: Bangun, selesaikan kerja rumah, online sambil download cerita, tengok cerita, tidur. Rutin yang sama setiap hari. Kenapa aku tak sebut hari hujung minggu, tapi aku sebut hari cuti? Hari hujung minggu aku takkan sama dengan hari hujung minggu korang. Hari hujung minggu aku memang selalunya kerja. Sedih dan sadis betul. Dah macam pekerja bangla je pegi kerja pagi balik kerja malam. Cuma aku tinggi sikit la dari pekerja bangla sebab aku duk kat dalam air cond. Hehehehehe. Kadang kala letih, penat jugak hadapi rutin ni hari-hari, tapi nak buat macam mana. Demi mencari sesuap nasi or dalam konteks aku, demi mencari duit untuk shopping, aku gagahi juaaa.... Mungkin ini yang terbaik untuk aku. Redha dan tawakal Fiqa. Ada orang hidup lagi teruk dari yang ni. Aku okay je kerja ni. Cuma masa cuti tu la. Lebih-lebih lagi masa mak bapak aku balik kampung. Sadis sebab tak dapat jumpa dorang 2 hari dan sedih bila balik je, rumah senyap sunyi. Haish. Beratus-ratus kali kena tinggal pun aku tetap sedih lagi. Sebab aku benci kena tinggal. *sigh*

Dengan ini, sampai sudah writer's block aku. Maka aku ingin mengundur diri lebih dahulu sebelum diundurkan. Hahaha. Doakan aku supaya rajin update blog ni. Akhir kata, xoxo. =)



Sunday, June 29, 2014

Saturday, June 28, 2014

Stumbled down, fight back and arise

 *sumber - aku islam fb*

Thursday, June 19, 2014

Sabah trip: The journey

Asal la panjang sangat mukadimah kau pasal nak gi Sabah ni. Dah dua entri pun, gambar kat Sabah tak nampak batang hidung pun. -.- Betul ke kau ke KK? Macam tak caya je. Okay, salah aku sebab banyak sangat benda nak cerita. Dah dasar Dietitian, tak pernah nak berhenti bercakap. Eh, ada kaitan ke? Kekeke.

Baiklah, kita mulakan pengembaraan di Sabah dengan bangun seawal 5 pagi. Haila, bangun 5 pagi pun nak kecoh. Kecoh la sebab kalau 5 pagi kat Sabah tu sama la dengan pukul 6 pagi kat Semenanjung. Kata pergi over-the-sea, nak fefeeling sikit la pertukaran waktu. Tapi takde la sampai jetleg bagai. Tapi perasaan bangun 5 pagi tu macam lain sikit, sebab kat luar dah mula cerah. Bila tengok jam, baru pukul 5 pagi. Ada gak perasaan nak sambung tidur balik tapi aku tidak akan tunduk dengan hasutan syaitan durjana itu. Ayuh, solat itu lebih baik dari tidur. Sekian tazkirah hari ini. *bow*

Rumah terbalik

Kitorang mulakan pengembaraan di Kota Kinabalu dengan singgah ke Rumah Terbalik.Sapa kalau dah sampai KK tak pergi Rumah Terbalik memang tak lengkap la pengembaraan kau. Kenapa dipanggil Rumah Terbalik? Sebab rumah tu terbalik la. Duh. Haha. Memang betul pun. Kalau tak caya, meh tengok gambar.

 
Kan dah kata rumah tu terbalik. Tak mau caya.

 Kaji peta dulu sebelum masuk

Nak masuk rumah ni kena beli tiket dulu, takleh nak main terjah-terjah je. Kau ingat ni rumah kau nak main masuk je ke? Harga tiket takyah la tanya aku, aku tak ingat. *mentang-mentang ada orang tolong bayarkan tiket kau, terus kau tak beri perhatian ye. Hahaha* Tapi takde la sampai RM50 sekepala. Tu namanya cekik darah padahal setakat nak tengok rumah terbalik je. Satu rumah je ye. Harga dia boleh tahan berpatutan la untuk pelancong yang datang buat pertama kali. Tapi kalau nak ajak pergi lagi sekali memang tak la.

Dah beli tiket masuk, kena la beratur sementara nak tunggu turn nak masuk dalam. Rumah terbalik ni berada di dalam kawasan berpagar tau. Dah macam apa dah semuanya bertutup bagai. Agaknya, mungkin nak suruh orang ramai-ramai beli tiket dan masuk sendiri tengok. Kalau tak berpagar tinggi-tinggi bagai, takde orang la nak masuk tengok sebab semua boleh tengok dari luar, kan? Bagus. Strategi pemasaran yang terbaekkk!!!

Tunggu punya tunggu, akhirnya kami dibenarkan masuk. Ada pengawal yang akan kira bilangan yang masuk. Lepas kitorang masuk tu, kitorang dibenarkan berjalan-jalan dan bergambar di kawasan luar rumah terbalik ni. Apa lagi kaki kamera... hit it boysss!!!

 Kekasih hati dunia akhirat. *eh, sempat lagi si Iskandar ni buat photobomb*

 Nah. Ini bukti aku pernah sampai kat Rumah Terbalik ni.


 Us. Semua sepet-sepet mata sebab matahari terik kat atas kepala. Padahal baru pukul 9.

Hanya tinggal angan-angan je nak drive kereta terbalik ni. Dengan kau-kau sekali terbalik nanti.

 Saya sudah. Anda bila lagi?

Kitorang dibekalkan dengan seorang tour guide yang akan terangkan kat kita peraturan nak masuk rumah ni. Antara peraturan-peraturan dia, kitorang tak boleh tangkap gambar kat dalam rumah terbalik tu. Kalau sesiapa yang didapati tangkap gambar dalam rumah tersebut, kena bayar denda dan gambar tersebut akan dihapuskan. Sorry guys, no photo for this. Gambar semua tersemat kat hati je. Kalau nak, sila selami la hati saya. Eh. HAHAHA. Ha, lagi satu peraturan dia, sila lalu kat laluan yang dibenarkan je. Sebab takut barang-barang tu goyang dan berubah sikit kedudukan. Lagipun barang-barang yang ada kat dalam rumah tu hanya digam dan diikat dengan besi supaya dia tak jatuh. Tak mungkin la dia terbalik camtu saja. Kau ingat ni cerita superpower ke? Boleh tergantung je macam tu macam magic Harry Potter. Dah pulak Harry Potter pulak yang kena. -.-

Kenapa rumah ni terbalik? Macam misteri nusantara la pulak. Menurut info yang aku dapat dari tour guide tu, alkisah disebalik cerita rumah terbalik ni, sebenarnya rumah ni rumah biasa. Disebabkan tuan rumah ni mempunyai anak yang tersangat la nakal, maka rumah ni telah disumpah menjadi terbalik. THE END. Hmm. Suka hati korang la nak percaya cerita ni ke tak. Bagi aku semuanya tahyul belaka.

Sebelum kita nak masuk rumah orang, kita kena la ketuk pintu dan bagi salam kat orang dalam, kan. Sama je caranya nak masuk dalam rumah terbalik ni, seorang akan volunteer pukul gong *ala-ala doorbell la tu* dan kemudian pintu tu terbuka. Scary gak la bila tengok pintu tu bila-tiba terbuka tapi xde orang kat depan pintu. Padahal pintu tu pintu automatik. Kau ingat kat shopping mall je ada pintu automatik? Kat sini pun ada la. Dah dapat kebenaran masuk, maka tour guide tu pun bercelotah dah bercerita la kisah perihal rumah terbalik ni. Macam-macam cerita keluar. Intai bilik tidur dorang la. Tandas jugak. Memang semuanya terbalik la. Yang tak terbalik hanyalah air cond dan CCTV. Air cond tu untuk pengunjung. Kalau air cond pun terbalik, macam mana nak dapat udara dingin. Agaknya tu la sebab air cond tak terbalik kot. Hehe. Bukan lama pun kitorang kat dalam rumah tu. Nak duk dalam lama-lama tak boleh sebab tak tau nak buat apa. Dah la tak leh tangkap gambar. Lepas 10 minit kat dalam tu, kitorang pun keluar. Nasib la boleh lagi tangkap gambar dan tengok-tengok kat luar tu. Perut dah lapar, so kitorang pun sarapan je kat kafe dalam kawasan rumah terbalik tu. Makanan kat kafe tu boleh tahan sedap la. Suka pastri dia. Tak lupa jugak beli cenderahati nak bawak balik Semenanjung tanda kitorang dah sampai ke Rumah Terbalik ni.


Ni la cik abang nak berani tampil ke depan ketuk gong dan ketuk pintu. Syabas Iskandar! Auntie is so proud of you. *tepuk tangan*

 Nasib la takde air tandas yang menitik kat badan. Kalau tak, nasib la dapat perfume semulajadi. -.-

Basikal pun terbalik jugak.
Mari la kita bercucuk tanam secara terbalik. Terbalik ye bukan terbaik.
Selfie sedas. Mata entah mana la aku pandang. -.-
 Bajet ayu. Kih kih.

 Bye bye Jambatan Tamparuli. Eh bukan. Ni adalah jambatan nak masuk Rumah Terbalik.

Kanak-kanak riang ria.
Incomplete. T_T
Nasi Lemak Kopi O *sambil nyanyi lagu tema NKLO*


Taman Kinabalu

Tinggi tinggi Gunung Kinabalu
Tinggi lagi sayang sama kamu
biru biru hujung kinabalu tengok dari jauh
hati saya rindu…


Eh. Menyanyi kau ye. Jangan macam-macam bah. Iya dah, dah pergi Kinabalu, kena la tau nyanyi lagu Kinabalu, kan? Ke tak? Ke iya? *pening* Macam lagu yang aku nyanyi tadi, destinasi kami seterusnya.... *drumroll please* Taman Kinabalu. Memang pengalaman betul la perjalanan nak gi ke Taman Kinabalu ni. Jalan dia, hanya Tuhan saja la yang tahu. Naik bukit, turun bukit. Dah la jalan yang kitorang lalu ni, memang ada satu jalan pergi balik je. Intai kat luar tingkap, nampak gaung. Kalau drive tak hati-hati, memang inalillah la. Jalan yang lagi dasyat dari jalan nak gi Genting Highland. Dengarnya jalan tu adalah jalan perhubungan daripada Kota Kinabalu ke kawasan pedalaman dan juga nak ke Tawau. Maka, bayangkan macam mana penduduk kat sini travel antara bandar. Kebanyakan kereta yang kitorang nampak sepanjang perjalanan tu, banyaknya dari jenis 4-wheel drive. So, haruslah lasak dan gagah untuk memandu dengan keadaan jalan begitu kan?

Perjalanan dari bandar KK ke Taman Kinabalu tu mengambil masa dekat nak 2 jam jugak la. Aku macam biasa, dah stand by dah travel pill, so, dalam perjalanan tu kebanyakan masanya aku tidur je. Tidur-tidur ayam la. Tapi akhirnya terlena gak, tengok-tengok dah sampai Taman Kinabalu je. Terus segar bugar mata. Excited la katakan.

Pandangan hadapan


Nak masuk Taman Kinabalu ni kena bayar tau. Nak masuk tandas pun kena bayar 50 sen, inikan pulak nak masuk tempat ni. Tak mahal la bayaran masuk dia. Kalau tak salah RM4 untuk yang naik kereta. Jalan nak masuk ke kaunter tiket masuk ni curam gila. Kalau aku bawak kereta manual, jenuh la nak balance clutch dengan minyak je. Sure sure kereta menjunam kebelakang. Tapi nasib la ayah dapat kereta auto. Takde hal la jalan curam-curam ni. Kalau nak tahu, Taman Kinabalu ni tersenarai dalam World Heritage tau. World gitu. Kau ingat Mawi je World, yang ni lagi world tau. *Mawi pulak yang kena. -.-*

Nampak tak kat papan tanda tu ada tulis, Taman Kinabalu, World Heritage Site? Kalau tak nampak, datang la sendiri tengok.


Ada apa kat Taman Kinabalu ni yang kau duk gebang-gebang dari tadi? Eh, takkan tak tau. Ada Gunung Kinabalu la. Gunung yang tertinggi kat Malaysia. Tapi kitorang bukan nak daki Gunung Kinabalu ye. Sekadar nak ambik aura Kinabalu je. Hik hik. Maka, kitorang pun pergi la kat kawasan pelantar kaki Gunung Kinabalu tempat para pendaki nak memulakan pendakian. Malangnya masa kitorang nak naik kat kawasan pelantar tu, hujan turun rintik-rintik. Cuaca pun redup je. Mula la nak fefeeling jap kat oberseaaaa. Sejuk dia boleh tahan la bagi aku yang pakai pakaian summer ni. Ceewah. Sampai pergi toilet kat area kaki gunung pun, menggigil badan aku kesejukan sebab kena air yang sejuk tu. Yang paling terbaik sekali, dapat line dan coverage phone kot kat kaki gunung tu. Sempat la aku settlekan mintak tolong Kak Ros hantarkan report kat Boss. So, jangan ingat masuk hutan terus takde line. Ni World Heritage Site kot. Kena la jaga standard. Ah, pepandai je kau ni. Tapi sedih sikit la bila pergi kat pelantar tu. Sebab tak nampak bayangan Gunung Kinabalu pun sebab kabus banyak sangat. Sob sob. Malang betul. Takpe. Dia suruh pergi lagi tu.

 Pintu gerbang nak mulakan pendakian

 Ah, takyah nak eksen sangat nak pergi mendaki dengan pakai cenggitu. T_T



 
Rekod dunia untuk siapa-siapa yang dah berjaya daki Gunung Kinabalu. Takyah berangan la nama aku tercatat kat situ. -.-


Tak tipu la. Kitorang memang ada kat kaki Gunung Kinabalu. Cuma gunung je yang shy shy cat nak tunjuk bayang.

Romance Couple
Teman bergaduh. 
Maniskan muka walaupun Gunung Kinabalu main cak cak dengan kita.
The troupe.
 
Hatiku di Kinabalu. Eh.
 Ni la track dorang yang nak daki Gunung Kinabalu ni. *Apa yang kau tunjuk tuuuu???*


 Budak excited TAK daki gunung. =)



 Teman selfie.

Eh. Kami tak ready lagi la.
 
Vintage.
Lagi.

 



Negaraku
 Iolls dah sampai, hokey. Takmau dusta-dusta. Eh.

Vain. -.-

Kundasang

Tak mampu kata apa-apa. Kitorang tak buat apa sangat pun kat Kundasang. Sekadar lalu carik Strawberry Park dengan beli sayur-sayuran segar. Lalu ni pun sekadar syarat je pergi Kundasang. Asyik dengar ia famous kat subjek Geografi je. Sebab tak tau nak cerita apa, nah gambar.

Muka excited shopping sayur-sayuran. Malangnya tak leh nak shopping sakan sebab kebanyakan sayur tak tahan lama. Maka, sekadar beli sayur yang tahan lama macam kobis, carrot dan lada benggala je. Me is sad. T_T



Tagal

Tagal? Tangal? Tunggal? Apaan ni sih? Hahaha. Tak la. Sebenarnya aku nak cerita destinasi terakhir kitorang kat KK ni. Sebelum balik ke bandar, kitorang sempat la singgah kat spa ikan semulajadi.

 Aku tak tau la apa nama tempat ni. Dah kat signboard tulis Tagal, maka, aku agak Tagal la dorang panggil.

Ikan besau menjemput masuk. 


Nampak tak ikan-ikan selamba yaya je berenang-berenang kat kaki aku. Rasa dia geli weh. Menjerit-jerit aku bila rasa dorang duk main cium-cium kaki aku. Kalau setakat cium je, aku okay gak. Ni yang ada ikan kecik-kecik kemain suka gigit-gigit kaki aku. Nak bagi love bite kat kaki agaknya. 



 Kalau tak selfie, tak sah. =)



 Budak berani, katanya *tangan ke bahu, mata ke atas*

Mak aku pun nak join sekali ambik feel spa ikan.
Air sangat jernih sampai nampak ikan-ikan berenang-renang ke tepian. Eh.
Say cheese. =)

 Hey, saya tak takut la... geli je...

 Touch me baby.

Otak dah tepu nak karang ayat. Maka, aku sudahi entri ini dengan lafaz Bismilah. Entri pasal Tawau? Nanti-nanti la aku update. Tapi kalau tak update takpe kan. Biar ia tersemat di sanubari aku. Eh, apa cer? -.- Badan dah penat, gua mau tidur. Tata. xoxo

 
Kejar la kalau nak entri baru. =p