Tuesday, September 30, 2014

Buku merah jangan lupa...

#np JYJ - Letting go 

Cerita panas! Cerita panas! Straight from the oven. Taaaaadiiiii kaaaaaaan, aku pergi buat pasport. Iye, iye. Shame on me. 24 tahun baru ada pasport. Biar la. Masa ni baru dibenarkan nak kenal dunia luar. Kalau tak, duk bawah ketiak mak bapak je. Okay la tu kan. 24 tahun, dah matang nak kenal dunia luar. Aku nak ke mana? Rahsia dulu. Nanti dah confirm nak pergi or dah selamat pulang, baru aku cerita ye. Sekarang ni biar aku cerita kisah aku nak buat pasport.

Alkisah, hari ni hari aku cuti. Maka, aku dengan mak pun berhasrat nak pergi buat passport setelah sekian lama asyik tangguh je. Kitorang bercadang nak pergi buat kat UTC Sentul, aku kira berdekatan dengan temoat aku la. Maka, lepas mak aku habis sekolah, kitorang pun terus la pergi UTC Sentul dengan bantuan Waze. Senang je jalan nak ke sana, tapi aku ada gak la terlepas simpang sebab takmau dengar cakap En Waze. Sorry. Hehe. 

Sampai je UTC, kitorang singgah kejap kat kedai foto, nak tangkap gambar untuk pasport. Sebab kawan mak cakap, baik ambik kat luar sebab kalau dah sampai imigresen nanti takde la kelam kabut sangat. Maka, kitorang, dengan innocentnya, pergi la ambik gambar kat kedai tingkat bawah. Mahal weh, 4 keping gambar = RM12. Aku rasa dulu aku dapat cam murah je lagi. Ke tak? Hmmm. Dah lama gak la aku tak ambik gambar IC mahupun foto. Rate sekarang kot. Entah la.

Lepas tu, kitorang pun pergi la naik tingkat satu dan masuk kat pejabat imigresen. Masuk-masuk je, terus stress. Ya ampun, ramai gila orang kat imigresen hari ni. Kitorang pun datang depan ambik nombor giliran. Bayangkanlah nombor giliran kitorang 1178-1179, tengok nombor giliran kat skrin baru 1122. Lagi 50 lebih lagi giliran sebelum kitorang. Haah. Kitorang datang UTC memang nak bertapa kat dalam tu. *tangan kat bahu, mata di atas* stress gila. Dah la bukak kaunter 2 je. Satu kaunter khas, satu lagi kaunter biasa. Kaunter khas tu untuk golongan warga emas, kanak-kanak bawah 2 tahun, OKU dan juga ibu mengandung yang memang kena diutamakan. Maksudnya, golongan-golongan seperti di atas akan didahulukan walaupun kita yang datang lebih awal dari dorang. Agak-agak kalau nak rasa duk kaunter khas, ce la jadi antara golongan di atas, nescaya akan diberi layanan khas. Yang aku panas tu,  takpe la golongan yang diatas diberi keutamaan. Yang dorang bawak satu family yang sihat waafiat sekali kenapa? Yang lain tu pun golongan seperti di atas jugak ke? Pastu dengan orang yang angka giliran dia dah terlepas. Kalau dah terlepas, pandai-pandai la ambik nombor baru. Ini tak, main terjah je kaunter yang kosong. Sungguh takde kesedaran sivik langsung. Tak pikir orang lain yang duk jenuh tunggu angka giliran. Alamak, terlepaskan geram kat sini la pulak. Tapi tu realiti kot. Malaysia ni memang kurang sikit kesedaran sivik. Hmmmm. 

Tunggu punya tunggu, akhirnya pukul 5 baru sampai turn kitorang. Lama gila woi. Dekat nak 4 jam kat dalam pejabat imigresen tu. Tapi redah je la. Nak gi berjalan punya pasal. Hehehe. Maka, bila turn aku, aku pun pergi kaunter pastu hulurkan IC dan salinan IC. Memandangkan aku ni xpernah ada pasport, maka, lama sikit la prosedur dia. Mula-mula pegawai imigresen tu suruh aku sentuh ibu jari kanan kat mesin cap jari. Mungkin nak tengok pengenalan diri aku. Tiba-tiba pegawai tu cakap, pernah luka kat jari ke? Aku pun blur sambil tengok ibu jari aku. Pehal pulak ni. Sebelum ni, takde pun orang komplen pasal ibu jari aku ni. Dia tak percaya ke tu IC aku? Gelabah terus aku. Rupa-rupa dia kata, garisan kat ibu jari aku tu macam dah nak hilang. Maka, dia suruh take care tangan aku. Sebab macam-macam benda penting yang kena guna ibu jari ni. Kalau nanti mesin tak boleh baca, susah la. Kang dorang kata aku pendatang asing. *Pendatang asing tau. Bukan makhluk asing. -.-* Last sekali pesanan dia, banyak-banyak la letak lotion kat tangan. Tangan tu kering sangat. Malu weh dia tegur ceggitu. Pengajaran, sila la jaga ibu jari anda. Ibu jari anda mempamerkan segalanya tentang anda. Hilang garisan-garisan pada ibu jari anda... lu pikir le sendiri akibatnya ye... 

Lepas scan dua-dua ibu jari, pengawai tu pun mula la isi butiran-butiran diri aku. Korang mesti ingat tinggi korang tau. Sebab yang tu pun akan tercatat kat buku pasport tau. Kalau tak ingat, boleh ukur kat bahagian belakang pejabat. Aku jawab teragak-agak. Pastu pegawai tu pun kata, " betul ke tu tinggi awak? Ke main teka je? Dah la, pergi ukur kat belakang sana." Aku ni memang nampak sangat tak konfiden. Kalau buat-buat konfiden, sure xyah nak ukur kat belakang. Last sekali, betul pun ukuran yang aku cakap. Biar la. Asalkan aku tau ukuran tinggi aku yang terbaru.  Lepas dia tanya pasal butir-butir pasal diri aku, dia pun suruh la tangkap gambar. Kenapa aku tak guna je gambar yang aku tangkap tadi? Rupa-rupanya sebab dorang nak cepat, so, kalau tangkap gambar terus dengan dorang lagi senang. Terus direct je kat pejabat untuk buat pasport tu. Oh, selamat tinggal RM12. Hanya gambar jadi tinggalan. Nasib baik comey. EH? Hahahaha

Lepas dah siap isi butir-butir diri dan cop ibu jari, kitorang pun tunggu lagi untuk proses pembayaran. Sebab aku nak ambik lamsam 5 tahun tak payah renew pasport lagi, maka kena la bayar RM300. Dia ada dua opsen, opsen pertama: RM100 untuk dua tahun dan opsen yang kedua RM300 untuk 5 tahun. Maka, pilih la opsen mana yang anda berkenan ye. Iya, aku tau, pilihan yang kedua agak mahal sedikit dari pilihan pertama. Tapi aku tak sanggup untuk mengulangi proses ni kerap kali. Boleh stress weh. Nasib la hari ni mood baik. Cuma mood orang sebelah la tak berapa baik sebab penat menunggu. -.-

Lepas buat bayaran kat kaunter pembayaran. kitorang pun tunggu lagi. Haila. Hari ni hari menunggu je. Memang menguji banyak kesabaran la hari ni. Akhirnya, dekat pukul 6, semua urusan selesai. Dan akhirnyaaaaaaa..... aku berjaya memiliki pasport sendiri. Dulu duk jeles kat orang duk post gambar passport dorang je. Pasni boleh la post gambar passport sendiri pulak ye. Haha.

Dengan berakhirnya proses mendapat passport, maka berakhirlah entri kali ni. Pasni boleh la update kisah berliburan pulak. Berliburan di mana? Tunggu ye.....

No comments:

Post a Comment

scribbles your thought here pleasurely