#np : TaeYeon - Weekend
Heloooooo!!!
Rindu aku tak? Teeheee.. Lama nau tak update blog ni. Kesian dah bersawang banyak dah... Kita clean up kejap sebelum kita resume ya....
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebenarnya, aku baru je balik dari Cameron Highland (CH) minggu lepas dengan keluarga. So, aku nak share la journey trip aku sepanjang kat sana. Aku pegi sana 3 hari 2 malam je (17-19 Julai 2022). Kami ambil keputusan untuk pegi hari Ahad sampai Selasa, sebab nak elak jem teruk. Almaklumlah, Cameron sekarang ni memang jem hujung minggu. Tak sanggup aku nak harung jem.. kang buat stress je banyak habis masa dekat jalanan.
Beberapa hari sebelum pegi, aku gigih ya buat itinerari. Siap baca peta lagi, untuk susun tempat melawat. 😆 Nak jimat masa. Trip ni kiranya macam trip santai-santai je la. Tak nak rushing... kita lek lek je...
Akhirnya, tiba hari yang ditunggu-tunggu. Aku dan husband start gerak dari Shah Alam dalam pukul 7 lebih, sebab perancangannya, kami akan buat pit stop dekat R&R Rawang untuk breakfast dan jumpa parents. Dari R&R Rawang tu baru kami gerak sama-sama ke Cameron. Ikut plan asal, kami akan lalu Simpang Pulai, tapi sebab rasa macam jauh sangat, last minit tukar plan, masuk Tapah untuk ke CH. Warning.. sesiapa yang macam aku, mabuk kenderaan, sila standby travelling pil sebab laluan Tapah tu sangatlah mencabar ya. Macam ular kena palu, nyaris je nak muntah sebab tak tahan route dia. Tapi view memang cantik la, sebab masuk perkampungan Orang Asli.
Kat sini aku nak share antara tempat-tempat menarik yang patut korang lawat kalau dah sampai ke Cameron ni;
1. Big Red Strawberry Farm (BRSF)
- Kalau ikut itinerari, kami akan pergi lewat petang, sebab dah dekat dengan Homestay. Malangnya, sampai je dekat Tanah Rata, traffic jem kaw kaw. Agak pelik jugak kenapa jem teruk. Dua-dua hala jem. Musykil betul.
Plan nak ke Lavender Park pun terbantut, sebab ikut Pak Cik Waze, ambik masa 2 jam untuk ke sana, padahal jarak dia 12 km je, dalam 30 minit dah boleh sampai. Tak boleh jadi ni. So, lepas kami lunch di Tanah Rata, nampak je signage Big Red Strawberry, terus bagi signal masuk simpang.
Actually, Big Red Strawberry Farm dengan Cactus Valley ni sebelah-menyebelah tau. So, kalau korang pegi Cactus Valley, boleh terus ke BRSF ni. Jimat masa. Takde entrance fee pun kat sini. Keluar je dari kereta, terus rasa cuaca dingin Cameron Highland. Kat sini korang boleh lepak-lepak, enjoy makanan berunsurkan strawberi. Contohnya, waffer strawberry, scone strawberry, kopi strawberi dan tak lupa, strawberi celup coklat. Korang jugak boleh petik lettuce kat sini. Segar-segar ya tanaman kat sini. Kat sini ada jugak jual kaktus, kalau sesiapa peminat kaktus. Sis mampu tengok je la, haha.
Lepas kami minum petang di Strawberry Farm, kami terus check in homestay. Rupanya, homestay kami bukan dekat je dengan Strawberry Farm ni, dekat gilos okay, berdepan dengan Strawberry Farm je. Pagi-pagi dapat view Cactus Valley & Strawberry Farm dari balcony homestay. Pastu homestay ni agak strategik la. Dia dekat tengah-tengah pekan Brinchang, easily access kalau nak pergi mana-mana tempat melawat. Kedai makan pun senang kat sini. Nama hometstay ni Ramadhina The Eagle Eyeview Home2Stay, Emerald Avenue. Rate dan review dari Booking.com memang terbaik, antara sebab aku pilih homestay ni. Memang tak salah pilihan pun. Homestay ni selesa sangat, macam terasa kat rumah sendiri pulak. Katil dia banyak woo. Ada 3 bilik & setiap bilik ada bilik air sendiri. Owner pun memang ramah dan bagi complete guide untuk ke Homestay tu. Memang puas hati la.
2. Lavender Park (LP)
Petang tu, kami sambung balik itinerari, ke Lavender Park. Mula-mula aku give up nak gerak mana-mana petang tu sebab tak nak tempuh jem, tapi bila husband semak waktu operasi Lavender Park, tutup pukul 7. Sempat la kalau kami nak ke sana.
Rupanya, bila petang tu kami keluar, jalan clear betul. Macam jem tak pernah berlaku. Haha. Aku syak tengah hari tu jem sebab orang ramai check out dan buat last trip sebelum nak kembali ke tempat masing-masing. So, pergi la hari Ahad ya. Memang petang tu jalan clear sampai kami pulang. Tenang saje nak berjalan ke mana-mana.
Okay, kita sambung balik. Kami sampai di Lavender Park dekat nak pukul 6 petang. Macam aku cakap tadi, perjalanan dari homestay ke LP ni dalam setengah jam. Kat sini ada bayaran masuk. Dalam RM20 untuk dewasa. Untuk kanak-kanak tak pasti sebab takde kanak-kanak yang ikut trip ni. Agak pricey tapi boleh la. Once in a lifetime gittew.
Kat sini ada macam-macam jenis bunga ya, terutamanya bunga Lavender. Teringat dulu kenal Lavender sebab baca Komik Penyiasat Remaja. 😆 Bahagian atas pulak ada bahagian petik strawberi, tapi sebab kami datang dah lambat, pihak taman dah tutup bahagian tu. Tak dapat la nak merasai pengalaman petik strawberi.Tapi sempat la kami beli strawberi, buat makan-makan kat homestay nanti. Strawberi kat sini gemuk-gemuk ye. Geram je tengok strawberi kat pokok tu. Tempat OOTD pun banyak kat sini. Aku tengok tempat ni banyak jugak dah berubah, berbanding 5 tahun lepas. Lagi cantik. So jangan lepaskan peluang untuk ke sini ya. Lagipun, kat mana lagi boleh jumpa real Lavender ye idok... Malangnya kami tak dapat explore sangat kat sini sebab kesuntukan masa. So, next time kena repeat lagi kot.
Next destination, dinner. Kami tukar lagi itinerari. Plan dinner asal dekat nak makan steamboat kat Restoran Taman Abang Cameron, kawasan Tanah Rata. Tapi sebab takut masih jem lagi nak ke Tanah Rata, kami ambil keputusan untuk pegi makan makanan Thai dekat Restoran Nik Ikan Bakar 2. Restoran ni depan homestay kami je. One of recommended restaurant kalau nak carik tempat makan. Makanan pun sedap dan murah.
3. Centrum Boulevard
Tempat ni tempat baru. Actually dia mcm mini shopping mall tapi ada kawasan untuk lepak-lepak malam-malam. Ambience dia cantik, sebab banyak lampu-lampu. Kedai kopi franchise macam Starbuck, Zus dan Coffee Bean pun ada kat sini. Boleh la lepak-lepak kejap sebelum nak balik ke homestay.
Pintu masuk.
4. Cameron Valley Tea House 2 (Bharat Tea)
Untuk hari kedua, kami berjalan-jalan ke Tanah Rata dulu. Cameron Valley Tea House ni antara tempat wajib pergi ya kalau ke Cameron. Kat sini kami boleh tengok macam mana peladang kutip daun teh. Kami bersarapan kat sini sebelum pegi melawat ke Ladang Teh. Malangnya pilihan makanan tak banyak. Nasi lemak pun sold out walaupun ada kat poster. Agak kecewa sikit. Disebabkan itu, pagi tu kami bersarapan ala Inggeris ya, dengan scone dan pastry beserta brownies. Curlass kau Jahh... 😆
Untuk masuk ke Ladang Teh, ada bayaran masuk sebanyak RM4 seorang. Dapat je wristband tu, tandanya korang boleh masuk kat area ladang teh tu. Boleh la OOTD sakan ya kat situ. Kat situ jugak ada sesi mencuba pelbagai teh, tapi kami tak join pun. Ada bayaran menanti tau.
5. Taman Agroteknologi MARDI
Mulanya aku macam reluctant la nak pegi sini, rasa macam tak best je. Tapi sebab banyak review recommend untuk ke sini, aku masukkan jugak dalam itinerari. Sungguh sangkaan aku salah. Tempat ni best tau. Kawasan besar, banyak tempat menarik boleh tengok. Tumbuhan-tumbuhan yang jarang jumpa dan unik boleh jumpa kat sini. Kat sini, kami jumpa pokok pisang hutan. Kenapa aku cakap unik, sebab buah dan jantung pisang tu tumbuh ke atas. Tak pernah nampak kan. *Ke aku je yang pertama kali nampak?* Taman herba dan bunga pun ada.
Kat sini pun ada pokok epal dan anggur, tapi dalam kawasan terpelihara la. Masa kitorang datang, buah anggur takde, buah epal je ada. Dapat la tengok dari jauh. Macam biasa la, bukanlah Syafiqa tanpa OOTD. Haha. Kat sini jugak korang boleh OOTD puas-puas tau.
6. 200 Seeds Cafe @ Abang Strawberry Farm
Sebelum pulang ke homestay, kami singgah makan tengah hari di 200 Seed Cafe, Kampung Taman Sedia, tengah-tengah di antara Tanah Rata dan Brinchang. Ni pun tempat viral, terkenal dengan Nasi Lemak Strawberry. Meh la cuba sekali, at least tau rasanya macam mana. Kat sini sebenarnya banyak je kedai-kedai makan dan kebun strawberry yang berdekatan. Ada Restoran Opah Strawberry la, Aidilbadri Strawberry Cafe. Walaupun kami pergi hari Isnin, masih kena beratur lagi ya. Dah nama tempat viral, memang kena la sabar menunggu. Tapi ramai jugak la kurang sabar, pindah ke kedai sebelah yang berdekatan. Aku jenis yang masih sabar, masih tunggu la kat situ. Penantian kan satu penyiksaan, tapi akan manis jua akhirnya. Bermadah ya di situ. Haha.
Kat sini kita kena banyak layan diri, sebab katanya pekerja tak cukup. Order pun pakai online je, bayar baru pergi kaunter. Makanan kena ambil sendiri di kaunter makanan Kami sudah tentu la order yang Nasi Lemak Strawberi beserta ayam goreng. Mula ingatkan semua rasa strawberi, tapi rupanya tak. Masih lagi kekalkan rasa nasi lemak ya. Warna nasi je merah jambu. Sebagai peminat nasi lemak, sis approve nasi lemak Abang Strawberi ni.
Sebelum keluar dari restoran Abang Strawberry ni, kami sempat beli ole ole untuk bawak pulang. Ada kedai di bahagian belakang restoran, khas untuk sesiapa nak beli buah tangan. Ada jual kordial strawberi, kopi strawberi, jem strawberi, macam-macam la yang berasaskan strawberi.
7. The Sheep Santuary, Kea Farm
Yang ni pun antara tarikan baru di Cameron Highland. The Sheep Santuary ni dalam kawasan Kea Farm. Kat sini kita boleh mendekati kambing biri-biri, siap boleh bagi makan ya. Bayaran masuk RM8 seorang, dan dapat stok makanan untuk diberi kepada biri-biri. Biri-biri kat situ jinak-jinak, dibiarkan lepas. So, kita berpeluang untuk sentuh biri-biri ni. Gebu gebas semua biri-biri ni. Malangnya sis ni penakut, tengok dari jauh je. Huhu.
8. The Butterfly Farm & Zootopia
Kami singgah ke Taman Rama-rama sebelum pergi makan di Restoran Taman Abang Cameron. Kat sini, ada kawasan rama-rama; yang dibiarkan terbang bebas. Tiket masuk RM10 seorang. Ada mini zoo jugak untuk tengok binatang lain. Macam-macam binatang boleh tengok seperti raccoon, Australian Kangaroo, kucing hutan, arnab dan sebagainya. Budak-budak memang suka la.
9. BOH Tea Centre, Sungai Palas
Hari terakhir kami di Cameron, kami ke BOH Tea Centre untuk bersarapan. Ladang teh BOH ni antara yang terbesar. Kawasan dia jauh ke dalam berbanding dengan Cameron Valley, dan berliku liku. Jalan pun agak sempit, sebab tu ada pengawal yang jaga lalu lintas kat sana. Ramai yang recommend untuk datang awal-awal pagi. Memang betul, kalau kami lambat sedikit, memang sesak la. Tak dapat bayangkan kalau trafik hujung minggu macam mana.
Perjalanan ke BOH Tea Centre tu, kami disajikan dengan pemandangan indah ladang teh. BOH Tea Centre ni terletak kat puncak. So kena daki sikit la untuk sampai ke Tea House dia. Tapi jangan risau, berbaloi tau. Makanan kat cafe dia sedap-sedap belaka. Kat sini korang boleh cuba jenis teh yang dihasilkan oleh BOH. Macam-macam ada. Kenyang kami bersarapan di sana.
10. Lata Iskandar
Sebelum pulang, kami sempat singgah ke Lata Iskandar. Dapat hirup udara segar sebelum sambung perjalanan pulang, hilang sikit rasa mabuk kenderaan tu. Tapi kalau dapat mandi manda pun syiok jugak. Air dia sejuk tau, almaklumlah, air terjun. Sebab masa mencemburui, kita simpan la angan-angan tu. Dapat bergambar pun jadi la.
Untuk trip kali ni, aku enjoy sangat-sangat berbanding masa honeymoon dulu. Cuaca sejuk, orang pun tak ramai, tenang-tenang je jalan-jalan. OOTD pun senang sebab tak ganggu orang. Tapi ada je tempat lain yang tak dapat nak pegi sebab kesuntukan masa. Mungkin boleh plan lain kali.
That's all untuk entri kali ni. Jumpa lagi di entri akan datang, mudah-mudahan. Haha
Tata~







































































.jpg)
