Alhamdulillah. Berakhirnya #roadtripfiqakeutara selama 6 hari (21-26 September 2023) bersama Ibu Ayah. Kami bermula #roadtripkeutara dari negeri Perak dan berakhir di Perlis, atas tujuan utama; misi Ayah berjumpa sahabat-sahabat lama di bahagian utara Malaysia. Sambil-sambil itu, kami ambil kesempatan untuk berjalan-jalan cari makan juga. Kata Ibu Ayah, lama sungguh tak ke Utara. Penang pun sampai masa kecil-kecil dahulu.
Sesungguhnya, 6 hari sebenarnya tak cukup untuk cover semua tempat di Utara. Kebanyakan negeri, kami ambil satu hari sahaja untuk kami terokai.. jadi, kami hanya mampu untuk pergi beberapa landmark sahaja pada setiap negeri termasuk rumah sahabat-sahabat Ayah. Dengan hujan lagi.. agak mencabar jugak la perjalanannya. 😅
Tapi jadilah.. buat ghaso-ghaso.. Mungkin kena repeat balik #roadtripfiqakeutara ni.. 😂😂
Antar destinasi yang kami sempat lawati;
1. Perak
✅ Miker Food
Miker Food ni terletak betul-betul dekat tepi Sungai Kinta tu. Katanya kalau malam-malam, meriah la kawasannya. Tapi disebabkan hujan, agak suram sikit kawasan Kinta Riverfront ni masa kami sampai.
Kemudian kami makan dekat Miker Food ni. Overall semua sedap. Specialty dia adalah pizza. Walaupun dah sejuk pun, crust pizza dia masih lembut ea. Tomyam kelapa dia pun sedap.. memang recommended 👍
✅ Suhaimi Cafe
Kedai ni ada vibe ala-ala kopitiam lama. Banyak juga gambar pelakon lama digantung di dinding-dinding cafe. Rasa macam duduk zaman-zaman P. Ramlee gitu. Macam-macam jenis menu roti ada kat sini. Roti bakar kacang pool dia sedap. Mesti cuba tau 👍👍
2. Pulau Pinang
✅ Rumah P. Ramlee
Peminat P. Ramlee kena datang ke sini. Boleh tengok sejarah hidup seniman kita. Masuk pun percuma saja.
✅ Penang Hill
Agak kecewa bila kali ni naik Bukit Bendera. Disebabkan hujan waktu pagi dan berkabus, takde rezeki kami untuk nikmati nikmati permandangan Pulau Pinang.. nasib la tiket murah je, sebab ada promo..
✅ Kampung Agong
Disebabkan sebelum ni aku tak sempat nak singgah sini, kali ni memang kena pergi sebab dah kebetulan lalu sebelum sampai Kedah. Kat sini ada vibe perkampungan Melayu. Sangat sesuai untuk bergambar dan menikmati kehidupan kampung. Siap boleh sewa baju kedah untuk fefeeling duduk kampung gittew..
Emm... macam panjang pulak post kali ni.. kita sambung part 2 la ea..


























