Tuesday, August 27, 2013

Thank you

Dulu, aku seorang yang suka pendam perasaan. Apa-apa aku rasa, aku akan pendam dan simpan perasaan tu sensorang. Sebab aku rasa yang orang lain takkan faham apa yang aku rasa. Memang perit, sebab kita kena telan semua kesakitan dan kepedihan sorang-sorang. 

Tapi, sekarang lain. Aku rasa yang aku dah jumpa sorang kawan yang aku boleh share segala kegembiraan dan kesedihan aku dengan dia. Dia mula jadi tempat aku curahkan perasaan sejak awal tahun ini, masa aku tengah dalam krisis tekanan perasaan. Dia, yang bagi aku, tahu cerita yang mungkin sebahagian orang mula lupa akan cerita itu, menjadi orang yang aku paling percaya. Macam kes aku baru-baru ni, sejurus selepas nenek aku meninggal. Kawan yang pertama aku bagitahu tentang ini, adalah dia. Sampai sekarang dia masih tidak jemu-jemu memberi aku semangat untuk menerima takdir Allah ni.

Terima kasih Ya Allah sebab mengurniakan aku seorang sahabat yang ada untuk aku.
Terima kasih sahabatku, Maizatul Adilah. Terima kasih kerana kau ada apabila aku memerlukan seseorang untuk berkongsi rasa. Terima kasih kerana memahami aku. Moga Allah pelihara persahabatan kita. Bestfriend till jannah, okay! Aku sayang kau sangat-sangat. Muah3. =)

 
2008: Gambar zaman dulu kala. Masa ni masih kurus lagi. ^.^

2012: Di majlis pernikahan Khairunnisa Izzati

2013 : Gambar terbaru. Nampak bahagia tak kitorang? =D
 
Thanks Mai. Aku pun sayang kau jugak, teman yang sentiasa ada di samping aku. =)

Sunday, August 25, 2013

Last words

240913, 1146hr.

Dia telah pergi meninggalkan kami
Dia yang kusayangi selain ibu bapaku
Dia yang menjagaku sejak kecil
Dia yang selalu ada bersamaku
Dia yang mengambilku untuk pulang ke rumasa ketika aku di mrsm dulu
Dia yang menangis kegembiraan melihat kejayaanku
Dia yang menemankanku semasa aku belajar memandu sehingga aku lulus
Dia yang sedaya upaya menunaikan segala permintaanku
Tapi kini, dia telah pergi menghadapMu, Ya Allah
Tiada lagi tempat untuk bermanja dan berteman lagi
Moga Allah menempatkan dia di kalangan orang yang beriman dan bertaqwa kepadaMu
Dan tempatkanlah dia ke dalam syurgaMu
Selamat tinggal nendaku
Semoga kita bertemu di syurgaNya

p/s : Masih puas hati sebab aku ada di saat-saat terakhir dia. Namun, masih terasa kehilangan itu.


Satu-satunya gambar kenangan yang masih ada denganku

Friday, August 23, 2013

My dearie

Kesayanganku. They know how to make me feel special. Miss ya guys so much! Lots and lots of ♡♡♡♡♡.

Thursday, August 15, 2013

Temuduga kedua

#BGM : Picture This - Big Time Rush

Temuduga ye. Bukan temu lawak atau apa yang berkaitan. Kali ni, aku dapat temuduga dari Besta Corp. Sdn. Bhd. Jawatan yang ditawarkan - sebagai katering dietitian. Ok la. Memang bidang aku pulak tu. Sebenarnya, aku pohon jawatan ni atas suggestion Shikin dan Saiful. Dorang kata yang ada jawatan kosong sebagai katering dietitian untuk Hospital Angkatan Tentera Tengku Mizan. Terima kasih la kawan-kawan sebab bagitahu. Pastu dorang bagitahu pasal ni, aku terus excited apply. Ye la, mana tahu dapat la kan. Dah la Hospital Tengku Mizan tu dekat je dengan rumah, so senang la nak berulang dari rumah. So, aku apply dengan harapan aku dapat la jawatan tu. Aku apply minggu lepas, 3-4 hari sebelum raya. So, dekat-dekat time raya tu duk tengok handset samada dorang ada call untuk interview tak. Sambil-sambil tu aku duk tunggu panggilan untuk keputusan interview hari tu. Tunggu punya tunggu, tak ada call dari mana-mana company pun. Aku dah mula sedih dan risau, mana la tau dorang tak dapat aku punya email semua. Plus, 2 hari sebelum raya, phone aku buat hal, so dah nak malam baru aku perasan yang ada num yang tak dikenali telefon aku petang tu. Lagi la aku risau takut-takut ada company call nak suruh datang interview tapi tak dapat. Pastu, aku tenangkan diri sambil cakap yang 'Allah pemilik hati manusia'. So, kalau Allah takdirkan aku dapat kerja tu, mesti Allah akan bukak pintu hati para penemuduga atau company-company untuk call aku balik. So, aku pun teruskan hidup dan enjoy hari raya aku.

Kemudian, petang semalam aku dapat call dari Shikin. Dia kata Besta call dia suruh bagitahu aku yang Besta nak panggil interview esok. Aku pun kata okay je sambil dalam hati ucap syukur sangat-sangat. Last sekali Shikin kata, napa aku cakap tenang je. Hik hik. Sebabnya, Aku tengah tengok telemovie raya "Lepas Raya Harap Balas". Telemovie yang menarik hati aku, so tengah-tengah sedap feeling habis cerita, dapat pulak call camtu memang tenang-tenang je la aku jawab. Hahahaha. Macam-macam. Malam tu, Faraheen mesej aku. Rupa-rupanya, dia pun ada interview kat Besta jugak hari tu. Yey, ada geng! 

Disebabkan Shikin kata yang interview aku tu mula pukul 3.30 petang, so, aku pun relax je. Siapkan dokumen-dokumen yang patut tengah hari tadi. Prepare pun ala kadar je. Gi geladah balik report yang pernah aku buat masa praktikal katering dulu. Memandangkan laptop aku hari tu dah kena format, so banyak la dokumen-dokumen yang hilang. Nasib baik jumpa satu report katering kat dalam hard disk. Walaupun ada yang tak lengkap, tapi jadi la. Asalkan ada benda la yang aku boleh recall balik masa katering hari tu. Yang lain, *finger crossed* je la. Doa semoga Allah pemudahkan interview aku petang tadi.

Kebetulan, parents bercuti hari ni, so, dorang la hantar aku gi interview hari ni. Disebabkan kitorang tak tau kat mana terletaknya bangunan Besta ni, so, aku gi la google dan aku dapat tahu yang company ni kat area-area belakang zoo negara tu. Dah sampai area Zoo Negara tu, aku pun google balik arah jalan ke company itu. Rupa-rupanya, aku salah tempat. Aku tak tahu la apa yang aku taip malam semalam yang dapat direction kat area Zoo Negara ni. Tapi, rupa-rupanya Bangunan Besta ni dekat area International School tu. Selalunya aku nampak je bangunan tu bila lalu nak gi Ampang and such, tapi kenapa la aku tak terpikir kat situ la tempat dia bila aku tengok alamat Besta tu semalam. Haish. Benda nak jadi, kan, nak buat camana? Takpe. Pengalaman tu. Dan sebenarnya, dulu, aku ingat bangunan Besta tu untuk company elektronik Besta tu. Rupa-rupanya untuk food company.

Dah sampai bangunan Besta tu, aku pun masuk dalam. Aku terus nampak Faraheen duk isi borang. Aku pun pegi kat kaunter dan bagitau yang aku datang nak interview. Receptionist tu kata tunggu jap, borang dah habis. So, aku pun duk borak-borak la dengan Faraheen. Lama tak jumpa kot. Last jumpa masa kenduri kawen Kak Long merangkap cuti-cuti Malaysia Diet Gen 6. Tapi kitorang selalu je main tweet-tweet kat twitter. Hik hik. Dunia dah moden kan?  Pas kitorang dah isi borang dan tunggu untuk dipanggil, akhirnya masanya tiba jua. Disebabkan Faraheen datang dulu, so, dia la orang pertama yang diinterview. Aku pun duk la bawah diam-diam sambil tunggu kena panggil. Dekat setengah jam, Faraheen pun habis dan tiba giliran aku pulak untuk diinterview. Perasaan? Cuak bak hang. Tapi pasrah dan tawakaltualallah je la.

Masa aku nak naik atas nak pergi bilik meeting, boleh tak aku salah direction. Aku ni memang. Kalau direction, selalu je tertukar. Tambah-tambah lagi dah nervous. Kiri jadi kanan, Kanan jadi kiri. Haish. Dan aku end up masuk bilik meeting melalui bilik Bos Besar. Curlasss kau. Hik hik. Pastu aku pergi kat para penemuduga tu dan bila dorang suruh duduk, baru aku duduk. Pertama sekali, dorang perkenalkan diri dorang. Ada dua orang penemuduga aku; sorang dari bahagian sumber manusia, sorang lagi Outlet Manager. Soalan pertama yang ditanya, ceritakan serba sedikit tentang diri anda. Aku rasa cam jawab je soalan tu ditanya untuk setiap interview. So, aku cerita la pasal personal aku, family aku, tapi aku tak tau camana nak masukkan pasal personality aku. So, aku end up gagap la, tak tau nak cakap apa dah. Moral of the story, plan dulu sebelum nak gi interview ni terutamanya untuk soalan perkenalkan diri.

Kemudian, penemuduga yang Outlet Manager tu tanya aku, apa sebenarnya aku tahu pasal foos service ni. Aku terus blur. Hmm, nak cakap apa ni? Aku pun cakap la servis untuk menyediakan makanan kepada orang ramai. Ah, bantai la. Pastu dia tanya, aku pernah praktikal katering kat mana dan suruh ceritakan serba sedikit tentang apa yang aku dah belajar sepanjang aku praktikal. Aku cakap la aku praktikal katering kat Hospital Ampang dan bagitahu yang aku belajar management macamana nak uruskan sesebuah outlet. Memang yang ni aku banyak gagap la. Dah pulak tempat praktikal yang aku katering dulu, memang dikelolakan oleh Syarikat Besta, memang banyak la kena tanya. *nangis* Kemudian, dia tanya lagi apakah kelemahan yang aku nampak sepanjang aku praktikal katering dulu. Aku kata la yang kadang-kadang dekat stor, susunan barang kat ikut F.I.F.O standard. Pastu dia tanya lagi, kalau in term of job aku. Aku pun blur kejap. Apa ek? Pastu dia pin pointkan pasal pembaziran makanan. Aku pun mengiyakan je la. Memang banyak pun pembaziran makanan berlaku dekat hospital dulu. So, dia tanya macam mana aku nak handle supaya tak banyak makanan yang membazir. Aku pun cakap suruh kurangkan porsi la, guna pinggan besar la dan pertingkatkan presentation makanan. Pastu dia tanya lagi, sebab aku kata yang aku belajar pasal menu planning, so, apakah faktor-faktor yang mempengaruhi dalam nak plan menu. Aku memang blur waktu tu. So, aku jawab je kos makanan. Pastu, dia la yang terangkan selebihnya (peralatan, tenaga kerja dan availability bahan-bahan mentah). Waa, nak nangis. T.T Terasa aku main-main masa aku praktikal katering dulu. Kemudian, dia tanya masa aku praktikal dulu, ada jumpa apa-apa masalah tak. Aku cakap la yang masalah attire untuk pramusaji sebab dorang ni kadang-kadang degil. So, penemuduga tu tanya aku macam mana aku nak overcome masalah tu. So, aku pun kata la yang bagitahu tujuan kenapa kita suruh pakai proper attire dan kalau dorang degil, kita kena buat penalti la untuk dorang supaya dengar cakap.

Kemudian, penemuduga dari bahagian Sumber Manusia pulak yang tanya aku. Mula-mula dia tanya aku kalau aku dihantar ke tempat selain dari Lembah Klang, aku nak tak. Aku kata ok je *walaupun dalam hati meronta-ronta tak nak* Dia tanya lagi, habis tu, kalau parents tak bagi, nak buat macam mana? Aku pun cakap, pujuk la dorang, bagitahu kelebihan dan aku nak ambik experience. Kemudian, dia tanya yang aku boleh drive dan aku tak kisah kerja shif kan? Aku pun kata, aku okay je. Kemudian dia tanya, kenapa nak kerja kat sini. Aku pun cakap yang jawatan yang ditawarkan memang bidang aku dan sebab aku pernah bekerja bawah dorang, so aku tahu la serba sedikit pasal management dorang ni. Last sekali, doramg tanya, ada apa-apa yang aku nak tanya ke. dan aku pun tanya pasal gaji dan attire. Terlupa la pulak nak tanya pasal waktu bekerja. Takpe la. Nanti kalau dah dapat kerja tu, baru tanya.

Apa-apa pun, memang satu pengalaman baru bagi aku. Dulu, masa first interview, aku apply bukan bidang aku sangat, so, xde la cuak sangat. kali ni, memang bidang aku, dan aku pernah praktikal dalam bidang ni. Memang nerve wrecking betul tadi. Soalan betul-betul fakta dan aku banyak terlupa. Harap dorang take consideration gak pasal benda ni. Nervous satu, nak ingat balik apa yang belajar tahun lepas pun  satu. So, sekarang ni, apa yang aku boleh buat, berdoa dan terus berdoa agar aku dapat kerja ni. Semoga aku dapat kerja ni sebab aku memang nak kerja ni. Doakan aku ye.

p/s : Sekarang ni bumi Mesir tengah bergolak. Jangan lupa baca Qunut Nazilah untuk mendoakan keselamatan rakyat Mesir. #prayformesir

***p/s : Harap dia baik-baik sahaja di sana. =)


Tuesday, August 13, 2013

Joo Won vs Joo Sang Wook - Who wears white coat better?

Who do you think the winner? #kdrama #gooddoctor #teamjoosangwook

Sunday, August 4, 2013

Hanya di Malaysia

#BGM : Shadow - Beast



Dush sebijik kena kat hati. Haha. Just soooo meeeee. Aku memang suka bab-bab bergambar ni.Yang paling terasa time CNN cam dan tweet first, and then eat. hahaha. Typical Malaysian. Tapi aku rasa bukan Malaysian je yang selalu buat benda ni. Satu dunia buat kot. Selagi ada application and social media macam facebook, twitter and instagram bagai, memang manusia akan buat camtu kot. Semua benda nak report dalam social media, termasuklah aku. Inilah dunia tanpa sempadan. Satu je nak kena ingat, sila la post benda-benda yang akan membawa kebaikan. *note to myself too*

p/s : Pasni, kalau nak tangkap gambar boleh guna camwhore theory. Tak yah la nak risau xtau dah nak buat gaya apa. hik hik.

Begini caranya gwiyomi camwhoring. ^.^ *credit to jinnyboytv*


Random

#BGM : Tentang dirimu - Roman

Nak tahu macam mana nak elakkan pedih mata bila nak kupas kulit bawang? Ni penyelesaiannya.


AHAHAHA. Sangat cerdik. Siap ada penutup hidung lagi.

p/s: Ni la kerja aku bila kelaparan di siang hari. *kredit dekat drama I Hear Your Voice.*

Dari dapur Fisya : Cheesy Popia

#BGM :  Yoohoo - Secret

Ecece. Tak leh tahan title ni. Perasan chef la ni ek? hehe Terpengaruh dengan tajuk novel la ni. ekeke. Ok2. Disebabkan hari tu dah janji nak post resepi pasal cheesy popia, so, entri kali ni aku cerita pasal cheesy popia ni. Mana aku tahu wujudnya cheesy popia ni? Pada suatu hari, mak aku balik dari sekolah dan bagitahu aku yang dia dapat resepi cheesy popia dari kawan dia. Sebab kawan dia kata sedap, so, kitorang pun terasa nak cuba la. Cheesy popia ni bukan macam cheesy wedges yang cheese dia cair kat luar tu. Sebaliknya, inti dia yang penuh dengan cheese tu.

Rupa dia macam popia biasa, tapi inti dia penuh dengan cheese. ^.^

Maka, camana nak buat? Pertama sekali, kita kena tahu la apa bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan:
Kulit popia
1 tsp tepung gandum (sebagai pelekat)

Inti:
1/2 batang Lobak merak a.k.a carrot (dihiris halus-halus)
1/4 Kobis (dihiris halus-halus)
Serbuk lada sulah (secukup rasa)
Mozarella cheese (Aku guna yang dah disagat @ grated)
Cheddar cheese (Aku guna yang slice punya. Potong halus-halus.)
Garam (secukup rasa)
* Boleh tambah crab stick kalau nak

**Aku tak tulis kuantiti setiap bahan-bahan secara terperinci. Terpulang pada korang la nak berapa banyak. Kalau suka cheese banyak, korang letak la cheese bebanyak.

Cara-cara:
1. Untuk nak buat inti popia ni, campurkan lobak merah, kobis, serbuk lada sulah, mozarella cheese, cheedar cheese dan garam dalam satu bekas. *campur sekali crab stick jugak kalau nak tambah crab stick*
2. Gaulkan inti tu sampai sebati.
Macam ni la rupanya bila dah gaul semua.

3. Kemudian, ambik dalam 1 sudu inti itu dan letak atas kulit popia.
4. Mula gulung macam kita buat popia. Last sekali, kat hujung dia, guna pelekat (tepung gandum + air) untuk nak lekatkan hujung popia itu.
5. Ulang langkah 4 sampai kulit popia atau inti habis.
6. Goreng popia tu.
7. Dah siap. Sedia untuk dihidang.

Senang kan resepi ni. Rasa dia? Sedap bak hang!!! Makan panas-panas lagi sedap. Terasa cheese tu cair di mulut. Aku yang minat cheese biasa-biasa pun boleh teraddicted dengan popia ni, apatah lagi peminat-peminat cheese ni kan. Popia ni kalau tak cecah dengan sos cili pun tak pe. Aku makan macam tu je. Baru terasa cheese dia kalau makan macam tu. Maka, selamat mencuba. InsyaAllah kalau buat dengan ikhlas dan kasih sayang, pasti sedap. =) Jumpa lagi pada entri lain.

p/s: Mak aku komplin kenapa la aku duk sibuk tangkap gambar ni semua. Anak mak ni nak jadi blogger la, nak simpan resepi ni dalam blog. So, tak de la lupa nanti. hehe

Friday, August 2, 2013

Graduation

#BGM : Graduation - Vitamin C

Yey. Dah settle dah semua clearance yang kena buat sebagai final year student yang dah nak expired ni. Maka, dengan rasminya..... *drum-roll please* aku akan graduate bulan November ni. Agak-agak sesiapa yang dekat dengan UIA Gombak tu, jemput-jemput la datang ke konvo aku. Jangan la datang dengan tangan kosong, bawak la sejambak dua bunga. *hik. hik. demand la pulak* Nak cc kan arahan ni kat semua bestie aku especially Cik Maizatul Adillah. huhu.

Nampak tak clearance status aku kat semua perkara dah clear. Maka, tu tandanya dah layak untuk grad dan menempuh alam baru iaitu alam pekerjaan

Cakap pasal graduasi. Teringat pulak masa graduasi kat terendak dulu. Kurusnya aku masa ni. *amazed*

SELAMAT BERGRADUASI SAHABAT-SAHABAT DIET GEN 6 KU DAN GG MEMBERS!!!!

Menu hari ni : Le Marvelous Lasagna

#BGM : Recipe - Brown Eyed Girl

Oh, dah lama rasanya aku tak share resepi kat sini. Tak salah aku, last aku share pasal resepi makanan adalah masa Ramadhan lepas. Ni dah nak habis dah Ramadhan tahun ni. So, aku pun teringin la nak share balik resepi-resepi yang aku dah cuba sepanjang tahun ni. Resepi kali ni - Lasagna. Lasagna ni, sebenarnya adik aku yang suka. Dia, dari dulu lagi dok mintak aku supaya belajar buat lasagna. Akhirnya, awal tahun ni, aku pun tergerak hati nak cuba buat. Memandangkan aku ni gadis urban yang semuanya google saja apabila nak buat sesuatu, aku pun gi la google carik resepi lasagna kat internet. Google punya google, akhirnya dapat la satu resepi ni. Aku pun, dengan semangatnya gi carik barang ikut resepi tu. Balik je rumah, terus buat. *betapa berkobar-kobarnya aku nak buat lasagna ni* Buat punya buat, akhirnya siap. Malang sekali, lasagna yang aku buat hari tu tak jadi. Yang kurangnya dalam lasagna tu; firstly, aku tak buat white sauce. So, memang fail la lasagna tu. Yang keduanya, kepingan lasagna yang aku letak tu, tak betul-betul masak. Maksudnya, kepingan tu masih lagi keras masa aku angkat. Sebab aku ingat yang nanti dia akan masak masa bakar tu. Tu yang aku tak buat kepingan lasagna tu masak-masak. Sangat sedih bila apa yang kita masak tu tak jadi. *nangis* Adik-adik aku pun boikot lasagna yang aku buat (Dorang tak mau nak makan sebab tak jadi dan tak sedap) Lagi la aku rasa nak nangis. Terus dah tak mau buat lasagna lagi.

Kemudian, bulan lepas, tiba-tiba masa aku dengan Mak dok shopping barang kat Giant, aku terasa cam nak buat balik lasagna. Ye la, separuh dari bahan-bahan tu ada lagi kat rumah, rasa cam membazir je tak buat lagi. Tak pe, Syafiqa. Usaha tu kan tanda kejayaan. Hwaiting!!! So, apa lagi, aku pun gi la google resepi balik. Kali ni, aku terjumpa resepi lasagna yang Cik Epal (blogger famous tu) buat. Aku pastikan yang dalam resepi tu ada cara-cara nak buat white sauce. Bila aku tengok ada, terus aku approve resepi tu dan mula carik barang. Basically, aku memang ikut sebijik-sebijik arahan Cik Epal ni. Cuma yang bab guna susu segar untuk buat white sauce ni, aku kurangkan sikit. Almaklum la, kat rumah aku ni, semuanya jenis yang tak minum susu segar. So, kira membazir je kalau aku beli susu 1L sedangkan yang aku nak hanyalah 600ml. Maka, aku pun ambik langkah selamat, beli susu 500ml je. Kurang 100ml je pun. Harap-harap tak de la effect sangat. *cross-finger* So, kat bawah ni, aku sharekan balik resepi yang aku ambik kat blog Cik Epal ni sambil buat modifikasi sikit.

Bahan-bahan:

Kepingan lasagna (Aku syorkan guna yang instant lasagna je. Sebab lasagna yang aku guna sekarang ni, kena masak lama-lama. Plus, cara nak masak kepingan lasagna ni, sama je cam kita rebus spagetti)

Mozarella cheese @ Parmesan Cheese untuk topping ( Aku guna Mozarella je. Kuantiti tu, ikut korang la nak banyak mana. Kalau yang memang peminat cheese tu, letak penuh atas lasagna tu pun tak pe. Tapi botak la kepala sebab Mozarella cheese ni agak mahal la. Satu paket tu nak cecah RM10 la gak. So, pandai-pandai la ye.)

Inti daging:
1 labu bawang besar (Dikisar @ tumbuk)
6-7 ulas bawang putih (Dikisar @ tumbuk)
1 mangkuk tomato puree (Aku guna sos spagetti Prego je. Senang)
1/2 mangkuk cendawan butang yang dah dihiris halus
400g daging cincang
Serbuk black peper dan oregano
2 tbsp sos cili
Garam secukup rasa

White sauce:
3-4 tbsp tepung gandum
1/2 buku Buttercup
1/2 buku Keju Cheddar (First time aku tahu ada keju cheddar. Selama ni aku tahu Cheese slice je)
500ml Susu segar (Suka hati la nak guna jenama apa. Susu yang aku guna hari tu, aku just ambik je susu yang 500ml)
Garam secukup rasa

Antara bahan-bahan yang aku gunakan. Yang macaroni tu tak termasuk ye. Macaroni tu sebenarnya nak buat macaroni goreng.


Cara-cara:

Firstly, kita buat inti daging dulu. Dalam masa yang sama, boleh la rebus sekali kepingan lasagna tu. Cara-caranya nak buat inti daging ni senang je. Buat ala-ala nak buat kuah spagetti, tapi untuk lasagna ni kuah dia pekat sikit.

1. Tumis bawang sampai naik bau
2. Kemudian, masukkan la daging cincang, tomato puree @ sos spagetti Prego, garam secukup rasa, serbuk black pepper dan oregano ke dalam kuali tu.
3. Last sekali, masukkan cendawan dan sos cili. Gaulkan.
4. Bila kita dah nampak yang kuah dia dah masak, tutup api dan biarkan dia sejuk.
*Lupa pulak yang aku ada letak capsicum a.k.a lada benggala dalam inti daging ni. Aku potong capsicum ni halus-halus, kemudia campur sekali masa masuk cendawan dengan sos cili.
 Kepingan lasagna yang tengah masak. Abaikan keadaan dapur aku ni. hehe

Untuk buat sos putih pulak:
1. Guna api yang sangat kecik, cairkan butter dan masukkan susu segar dalam periuk
2. Lepas tu, kita nampak butter tu dah cair, masukkan 3-4 tbsp tepung gandum dan keju cheddar  beserta garam ke dalam periuk tu.
3. Kacau sampai kuah tu jadi betul-betul pekat. *Yang ni, aku suruh adik aku tolong checkkan samada kuah tu dah pekat atau belum. Aku ni, kalau bab-bab menganggar ni, memang fail sikit. hehe*
4. kalau nampak kuah tu dah pekat dan tak de berketul-ketul, terus tutup api.
 *sangat suka bau sos putih ni bila kita masak ni. wangi (dalam konteks makanan) gila kot*
Langkah ketiga pulak, kita nak lapiskan kepingan lasagna dengan inti daging dan white sauce tu. Mula-mula kita lapiskan inti daging tu ikut bentuk bekas yang kita nak. Kemudian. kita lapiskan pulak dengan kepingan lasagna, kemudian  inti daging balik, dan seterusnya sos putih. Ulang langkah tu sampai bekas tu penuh. Tapi jangan la penuh sangat sampai terkeluar pulak isi-isi dia. Pandailah korang agak-agak. Pastikan yang last lapisan tu korang akhiri dengan kepingan lasagna. Akhir sekali, tabur Mozarella cheese korang kat atas kepingan lasagna korang tu. Kemudian, masuk lasagna korang tu dalam oven yang dah dipanaskan dengan suhu 180oC.Guna api atas bawah ye. Biarkan lasagna korang tu masak selama 30-40 minit. (Masa ni ikut keupayaan oven masing-masing ye. Dalam kes aku, dekat nak satu jam, dalam dia tak berapa masak sebab aku lupa nak keluarkan tray hitam yang tebal kat bahagian bawah tu. So, tu yang bawah dia tak berapa masak. Lepas aku keluarkan tray tu, baru ok. Mulanya aku la tercongok duk depan oven tu duk tunggu dan pikir, kenapa la aku punya lasagna tu tak masak-masak. Cik Epal kata, kalau cheese yang kat atas tu dah cair, dah masak la lasagna tu. Rupa-rupanya.... *geleng kepala* Clusmy me)

Maka, tadaaaa. Siap sudah lasagna aku. Rata-rata orang yang makan lasagna aku ni, kata yang kali ni lagi ok dari yang hari tu. Mak aku kata jadi la ni. Ada rasa lasagna. Cuma dia suruh kurangkan kuantiti keju yang digunakan. Sebab terlampau rasa cheese sangat. Lama-lama makan, rasa muak pulak. Ok, ok. Lain kali aku kena la kurangkan cheese dia. Yey. Alhamdulillah. Akhirnya berjaya gak buat lasagna. Terima kasih Cik Epal untuk resepi yang marvelous ni. Terima kasih kat Mak sebab support bayar barang-barang untuk nak buat lasagna ni. hehe.

Lasagna aku. Nampak tak cheese dia yang dah cair tu? *telan air liur*

Sekian saja untuk entri kali ni. Pasni nak taip resepi lain pulak. Ramai yang mintak resepi cheesy popia yang aku post kat instag dua hari lepas. Jumpa pada entri akan datang. Selamat berpuasa semua. =)

Change


#bgm: Hyuna - Change

Taraaa. Setelah 4 tahun bertungkus lumus nak jadi dietitian wannabe, akhirnya berjaya gak menamatkan misi ni. So, aku rasa profile kat blog ni kena tukar dari dietitian wannabe kepada unofficially dietitian. Ye la, tak grad lagi, tak leh la nak sewenang-wenangnya nak jadi official dietitian, kan? Maka, inilah hasilnya:

Dulu:

Sekarang:




Itu je nak cerita. Daa

p/s: saja je nak buat entri ni. memang entri ni tak de motif. ni gara-gara idea tengah mencurah-curah ke ladang gandum ni. lagipun, nak tebus balik entri-entri yang lama dah tak karang. hehehe.

New experience

Alkisah, semalam aku dah cerita yang aku dapat interview kerja kat Planet Pharmacy, Bangsar Village. Maka, hari ni aku nak cerita pulak macam mana interview aku hari ni. Kalau nak tahu, ni interview kerja aku yang pertama dalam hidup aku. Selama ni, aku tak pernah bekerja so aku tak tahu la macam mana prosedur interview kerja ni. Sebenarnya, aku pernah la gi interview kerja kfc masa cuti lepas second year dulu dan dapat kerja situ. Malangnya parents aku tak bagi, dengan alasan, nanti balik lambat, sapa yang nak pergi ambik aku kat sana dan satu hal pulak parents aku kena berjaga malam sebab nak kena tunggu anak dara dia balik rumah. So, demi keluarga, aku pun tolak tawaran kerja tu dan menjadi suri rumah tangga merangkap driver sepenuh masa. Huhu.

Ok. Berbalik pada cerita pengalaman interview aku. Memandangkan interview tu start kul 10.30 pagi *tapi dinasihatkan datang awal sebab nak kena isi dokumen semua*, maka aku plan nak bertolak ke sana kul 9.00 pagi. Ye la, aku pun bukan familiar sangat dengan jalan-jalan kan KL ni. Nama je duduk KL 23 tahun, tapi jalan-jalan kat KL pun masih tak cam lagi. Tapi aku rasa sekarang ni dah ada improvement dah. Aku dah tahu dah jalan ke Cheras sebab kena ambik adik aku yang belajar kat Sekolah Sains Selangor. *bangga* Ok, ok. Sambung balik cerita tadi. Alkisahnya, aku plan nak bertolak kul 9.00pagi, tapi terdrag la pulak sampai kul 9.15 pagi sebab nak kena settlekan rumah dulu sebelum keluar. *nasib seorang anak dara. huhu* So, apa lagi. Aku pun pecut la kancil aku lelaju. Risau pulak tak dapat sampai ikut masa yang ditetapkan. Sebab aku bajet yang aku mesti kena sampai sana kul 10.00 pagi. Dah la tak pernah gi Bangsar Village tu, so, nak carik Planet Pharmacy tu pun makan masa gak. Akhirnya atas bantuan penunjuk arah dari ibu ayah dan juga Waze, aku pun sampai kat Bangsar Village tu dalam kul 9.40 pagi. Alhamdulillah, jalan tak jammed dan traffic light yang aku tempuh kebanyakannya warna hijau, so cepat la sampai. Agaknya Allah permudahkan jalan aku kot. Terima kasih ya Allah.

Gini la agaknya aku pecut kancil. tapi yang bezanya aku pecut atas jalan raya. ^.^

So, disebabkan aku sampai awal, aku pun lepak la kat dalam kereta kat parking lot sambil prepare apa yang patut untuk interview nanti. Dalam hati, cuak sebab tak leh nak predict soalan apa yang dorang nak tanya. Tapi rasanya better dari waktu viva aku dulu kot. Pukul 10 lebih, aku pun keluar dari kereta dan mula mencari kat mana farmasi tu. Naik je tingkat satu, aku dah terpegun tengok kedai-kedai yang ada kat dalam Bangsar Village ni. Gila la. Semuanya branded-branded saja. Brand yang aku tak kenal pun ada sekali. Aircond dia, wa cakap sama lu, sejuk gila. Ala-ala kita gi KLCC @ One Utama @ Pavillion la Bangsar Village ni. Dalam masa yang sama aku cuak sebab kat mana la aku nak carik farmasi ni. Aku pun gi la kat Directory punya map. Baca punya baca, tapi xleh nak gambarkan kat mana farmasi tu. Mungkin sebab takut kot. Blur jadinya. So, aku pun ikut kata hati dan tawakal pada Allah, akhirnya aku pun jumpa la dengan farmasi tu. Masa aku sampai kat farmasi tu, jam kul 10.20 pagi. *Sempat lagi tengok jam. huhu* Aku pun fikir, nak masuk ke atau nak tunggu kul 10.30. Tiba-tiba datang staff farmasi tu dan tanya aku, "Nak interview kerja ke?" Aku pun angguk dan dia terus bagitahu kat interviewer aku. Interviewer aku tu Chinese. Nama dia Henri dan dia sorang nutritionist. Dia la yang call aku dan bagitahu aku dapat interview tu. Henri ni pun jemput aku ke stor farmasi tu dan suruh aku tunggu kejap sebelum dia nak interview aku. Aku pun duduk kat kerusi yang disediakan. Bayangkan diri korang duduk kat dalam stor yang kecik yang boleh muat satu meja dan dua kerusi. Itulah situasi yang berlaku kat aku. Sebelum ni, aku bayangkan yang interview ni berlaku kat satu bilik yang boleh dikatakan sederhana besar. Tapi, lain pulak jadinya. Tak pe la. Pengalaman tu. Aku rasa kalau orang yang ada klaustrofobia a.k.a fobia dengan tempat yang sempit, memang tak jadi la interview tu.

Alolo. Penguin pun nak interview gak. Siap beratur lagi.

Kemudian, Henri datang balik kat aku untuk interview aku sambil bawak aku punya resume. Kemudian, dia brief kat aku pasal company tu dan jobscope aku sebagai nutritionist. Sebenarnya, Planet Pharmacy ni baru je bukak 2 bulan lepas. So, dorang masih baru lagi compared to Guardian dan Watson. Dan tugas yang dorang tawarkan kat aku adalah untuk bagi nutritional advice and juga suggest supplement based dengan condition client la. Kinda interesting la gak. Kemudian, Henri tanya aku tengah buat apa sekarang. Aku pun kata yang aku baru je habis degree dan tengah tunggu konvo. Dia pun ada tanya aku pasal praktikal aku dulu. Aku pun cerita la yang aku ni bagi nutrition therapy dan nasihat pemakanan kat pesakit yang ada kat hospital. Dia gak ada tanya adakah aku tak kisah bekerja ikut shif. Aku pun kata okay la. Sebab aku ingat, ada orang cakap, masa interview ni, kita angguk dan iyakan je semua pertanyaan dia. Tu buktikan yang kita bersungguh-sungguh nak kerja situ. Kalau kata yang kita memang ambik kisah pasal keja shif tu, memang say bye bye la korang dengan kerja tu. Henri ada gak tanya yang adakah aku kisah kena belajar pasal herba-herba supplement semua. Dan lagi sekali aku kata ya. Tapi memang jauh di sudut hati aku, aku ok je. Ye la. Dulu, cita-cita nak jadi farmasist tak dapat, ni la masanya kita boleh jadi ala-ala farmasi, iaitu nak prescribe ubat a.k.a supplement. Henri ni bagitahu yang company ni nak bukak branch kat Taman Tun Dr Ismail (TTDI), so dia tanya adakah aku sanggup nak bekerja samada kat Bangsar atau kat TTDI. Dan jawapan aku YA! Kemudian, dia kata yang dia nak pass interview ni kat manager dia. Aku pun terkejut. Alahai, tak habis lagi ke interview ni. *Padahal baru je 5-10 minit interview.*

5 minit kemudian, ada sorang perempuan cina masuk. Dia la manager kat situ dan dia ni farmasist. So, dia start la suruh 'describing yourself'. Aku pun bagitahu la pasal aku ikut apa yang aku baca kat internet semalam. *hik hik. soalan bocor* Kemudian, dia tanya apa yang aku dah buat sepanjang aku kat universiti dulu. Aku pun cakap kalau ada program, aku join. Aku pun ada gak cakap pasal community service dan buat dietary consultation masa IKOD dan IQUEST dulu. Kemudian, tiba pasal gaji. Dia tanya aku nak gaji berapa. Aku pun cakap yang aku nak RM2000++. *Ok rasanya gaji yang aku mintak tu. Ikut pasaran semasa* Pastu dia pertikaikan yang aku ni tak ada experience dalam bidang pekerjaan. Last sekali dia tanya, minimum gaji yang aku nak. Dia pun ada tanya yang adakah aku kisah buat kerja lain selain daripada bidang kerja nutritionist ni. Maksud dia, kena jadi cashier, kena kira stok and such. And aku kata aku tak kisah. Dia jugak terangkan waktu bekerja aku nanti bila aku dapat kerja situ. 5 hari waktu bekerja dan cuti 1 hari hari bekerja (isnin-jumaat) dan satu lagi cuti waktu hujung minggu. Untuk hari biasa, 2 hari aku kena kerja 10 pagi hingga 10 malam dan baki lagi 2 hari tu ikut shif. Akhir interview tu dia pun cakap yang nanti dia akan call dalam masa seminggu untuk dapat jawapan samada aku diterima bekerja kat situ atau tak. Aku pun okay je. Dan aku keluar dari farmasi tu dalam keadaan hati yang rasa lega yang teramat sangat. Alhamdulillah selesai sudah interview. Apa lagi, aku pun gi merayau-rayau kat dalam Bangsar Village tu. Nak beli barang-barang kat situ, memang tak mampu la. Lagipun, bukan taste aku sangat. Aku rasa yang menariknya, kedai buku kat situ je la. Ada MPH dan Borders sekali.

Lepas 15 minit duk merayau kat situ, aku pun balik ke rumah. Sebelum tu, gi bayar parking dulu. Gila ah, tak sampai sejam kat situ RM3 aku melayang. Belum lagi 12 jam duk situ. -.- Aku pun memandu pulang dalam keadaan yang bajet aku tahu jalan balik. Aku aim yang aku nak balik ikut Jalan Sentul sebab tak mau lalu Jalan Kuching yang akan jammed sentiasa. Last sekali, entah jalan mana la yang aku lalu sampai Batu Kentomen bagai. So, aku berhenti kat tepi jalan dan cepat-cepat bukak Waze. Last sekali, aku balik ikut Jalan Kuching gak. Nasib baik ada Waze. Tu la belajar ingat jalan tak habis. Belajar jalan nak pergi je, jalan yang nak balik, tak belajar. Hehe. Pengajaran lagi satu.

Kesimpulannya, hari yang penuh bermakna bagi aku. Aku tempuh satu pengalaman baru, interview kerja. Dah la interview tu dalam Bahasa Inggeris, nak tergeliat lidah aku cakap. Aku rasa Bahasa Inggeris aku ni dah berkarat. Lama tak asah. Ye la, kawan-kawan semua cakap bahasa ibunda, takkan kita nak speaking pulak. Hehe. Moga Allah tunjukkan jalan yang terbaik buat aku.

p/s: Mintak maaf dengan entri yang extra panjang lebar ni. Saja nak share moment-moment terindah dekat sini.