Monday, April 17, 2023

Dari Dapur Fisya : Biskut Cip Coklat

#np : One Sweet Day

Holaaa.. Lama betul tak bersiaran kat sini... hihi.. tak tau apa yang busynya kehidupan ni... haha..

Apa pun, kali ni kena jugak buat post, untuk rujukan di masa akan datang..

Bersempena dengan raya yang bakal menjelang beberapa hari sahaja lagi ni, aku tetiba terbukak hati nak buat cookies sendiri. Al maklumlah dah ada oven sendiri, kalau diri sendiri tak gunakan, siapa pulak nak guna oven ni kan...tak baik membazir.. 😂

Jadi, disebabkan aku suka makan biskut cip coklat ni, aku nak cuba buat sendiri. Kebetulan pulak Che Nom kongsikan resepi versi dia dalam youtube, aku cuba ikut resepi dia. Kita tengok macam mana pergi dia. Tapi resepi Che Nom biasanya jarang tak jadi. insyaAllah jadi.. 😄

Resepi Chocolate Chip Cookies ala-ala Famous Amos (kredit kepada Che Nom)

Bahan-bahan;

2 1/2 cawan tepung gandum

1/2 cawan tepung jagung

1 tsp serbuk penaik / baking powder * aku guna jenama Royal*

1 tsp sodium/soda bikarbonat

250 g @ 1 blok unsalted butter *aku guna jenama Lupark, sebab dorang cakap butter ni sedap & premium*

1 cawan gula perang

1/2 tsp garam

1 biji telur

1 tsp esen vanila

4 tbsp minyak jagung / minyak mazola

350 g coklat cip / semi sweetened coklat cip


Cara-cara;

1. Ayak tepung gandum, tepung jagung, serbuk penaik, soda bikarbonat dalam satu bekas. => Barang kering

2. Dalam bekas yang lain, masukkan butter (telah dipotong tapi masih sejuk dan lembut), gula perang dan garam. Kacau perlahan guna senduk. Kalau nak guna mixer, ambil mod yang perlahan *tapi aku kacau guna tangan je, dah nama air tangan 😂*

3. Masukkan telur dan esen vanila, kacau sebati.

4. Masukkan barang kering  yang telah diayak tadi dalam adunan sedikit demi sedikit sampai separuh.

5. Masukkan minyak jagung.

6. Masukkan semua baki barang kering. Kacau sebati.

7. Masukkan coklat cip. Kacau sebati.

8. Tutup rapat adunan dengan wrapping plastik. Rehatkan adunan dalam peti sejuk selama satu jam atau semalaman,

9. Gris loyang dengan minyak dan lapik dengan baking paper.

10. Keluarkan sekejap adunan untuk bagi sedikit lembut.

11. Bentukkan dan sudukan guna sudu teh, kalau nak dapatkan biskut 'bite size'.

12. Jarakkan adunan biskut semasa susun dan tak perlu leperkan.

13. Bakar dalam suhu 150oC dalam masa 15 hingga 20 minit. *tip penting : bakar masa doh masih sejuk dan keras. Kalau doh dah mula lembut, boleh sejukkan balik untuk 10 min sebelum bakar*

14. Siap untuk dihidang.


Ni la doh cookie sebelum kita sejukkan