#np - Campak Bintang - Faizal Tahir ft M. Nasir
Haiiii.. Jumpa lagi dalam entry..kemana kita lagi...hahaha 😆😆
Kali ni kita kembali ke Vietnam.. Ingat tak dulu, aku pernah share yang aku pernah ke Ho Chi Minh.. tapi tu la... cerita part 1 je.. part seterusnya dah yillekkk.. 😂😂
Tapi insyaAllah aku janji kali ni aku cerita penuh yeee... 🤞
Kenapa Vietnam lagi? Bukan ke dah sampai Ho Chi Minh ke?
Walaupun aku dah sampai HCM, tapi kali ni ada tambahan tempat.. aku pergi Dalat jugak... aku search yang kawasan Dalat ni sangat menarik.. banyak aktiviti boleh kita buat kat sana... apa lagi excited laaa.. sebab memori HCM aku dulu dah makin kaburr.. Marilah kita refresh memori lama-lama dan create memori baru di Vietnam... hihi
Kita mulakan di hari Khamis (24/10/2024), pukul 4.45 pagi kami dah keluar dari rumah ea untuk ke KLIA Terminal 2. Punyalah awal sebab nak elak jem. Macam biasa la, kami naik Air Asia... Fyi, flight kami pukul 11.10 pagi. Biar sampai awal, tak nak terkejar-kejar... dah la boarding gate dia jauh nun hujung airport tu.... Sampai awal, boleh sarapan santai-santai.. siap kitorang naik buggy lagi.. almaklumlah pergi dengan warga emas, dapat la special sikit sebab tak ramai orang pun pagi tu... boleh la akak buggy tu layan kitorang.. Kami pergi dengan geng taman perumahan kami dulu, bawah Uncle Leman, jiran kami dan ada jugak kawan-kawan baru.. tapi ramai yang warga emas.. ada beberapa orang je yang muda mudi walaupun tak bape muda sangat... (masa ni la nak fefeeling muda) hahaha..
Muka bahagia naik buggy.. walaupun tak hantar sampai depan boarding gate, tapi dapat naik pun dah bersyukur.. hihi
Bukan senang nak tangkap nampak full plane.. ni pun stop kejap sebelum pergi imigresen check point
Boarding gate hujung dunia. hahaha..
Perjalanan ke Ho Chi Minh mengambil masa dalam 2 jam. Kami sampai di Tan Son Nhat Airport, HCM pada pukul 11.56 pagi waktu Vietnam, awal 15 minit dari jangkaan masa. Cuaca okay.. Setelah selesai urusan imigresen dan bagasi, kami disambut oleh tour leader kami, En Ahmad menuju ke bas kami. Kali ni kami join local travel agent bawah Hanaphi tour. En Ahmad ni orang tempatan, keturunan Melayu Kemboja. Dia boleh bercakap Melayu dengan fasih. Sepanjang perjalanan kami diterangkan dengan pelbagai info bumi Vietnam. Aku sangat puas hati sebab dapat banyak input.. Kita datang sini sebab nak tau perihal Vietnam dan budaya mereka, jadi tour leader kenalah mainkan peranan kan... bukan sekadar bawak rombongan ke tempat-tempat menarik saja... eh.. terbebel pulak kat sini. haha.. [fyi, korang tau tak yang kat Vietnam tak perlu renew roadtax motor.. tu yang ramai pakai motor kat sini... populasi penduduk Ho Chi Minh pun dah hampir 10 juta.. kira-kira hampir satu per tiga dari jumlah populasi penduduk Malaysia 😱]
Dari Airport, kami meneruskan perjalanan kami ke Dalat yang mengambil masa lebih kurang 6 hingga 7 jam perjalanan. 😱 sebelum tu, kami singgah makan tengah hari di Restoran Banana Leaf, HCM untuk mengisi perut yang berkeroncong.. Kami disajikan dengan makanan tempatan walaupun kedai tu macam kedai makanan india. Janji halal dan sedap...
Pintu depan kedai.
Geng makan semeja kami
Ni keropok yang dimakan dengan salad ayam.. sedap jugak
Sempat singgah solat jamak Zuhur-Asar dekat Masjid Al-Rahim, HCM yang terkenal di kalangan rakyat Malaysia & Indonesia.
Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Dalat.. Bak kata En Ahmad, "kita 3 kali tidur ea sepanjang perjalanan..." 😆😆 Sebab bas akan berhenti di perhentian sebanyak 3 kali untuk pergi tandas atau boleh turun untuk melunjur kaki kat luar... Sebab asyik tidur bangun tidur bangun tapi tak sampai-sampai... 😓 Akhirnya, dekat pukul 11 malam baru kami sampai di Dalat... singgah makan malam dulu di Restoran Melayu sebelum check in hotel.
Dinner kami.. tapi semua dah keletihan.. makan sekadarnya.. dah tak mampu nak menikmati makanan dah...
Pintu masuk restoran Melayu
Hotel kami waktu malam. Muka barai, sebab tak sabar nak landing kat katil.. huhu..
Tamat cerita hari pertama di Vietnam.. Masa kami banyak dihabiskan dalam bas...
Tak sabar untuk hari kedua...
Next post kayyy...
Bye~
No comments:
Post a Comment
scribbles your thought here pleasurely