#np - Our love will always last - Edward Chun
Halu Haluuuu... 👋👋
Kembali lagi kita untuk sambung kisah trip Bukit Fraser... hihi
Untuk hari kedua, awal pagi kami diiringi oleh hujan gerimis dan angin yang kuat. Tak tahu la sebab kami di puncak, bunyi angin menderu-deru.. macam bunyi whistle... dengan sejuk lagi.. memang best la tidur.. fyi, kat homestay kami ni takde aircond ea.. dalam bilik kami hanya ada kipas berdiri je.. Disebabkan cuaca sejuk, kami memang tak bukak kipas pun. Hanya harap cuaca luar je, dah cukup... nyenyak betul kami tidur walaupun hanya guna aircond natural.. hihi..
Sepatutnya perancangan kami pagi tu adalah untuk trekking dekat salah satu denai di Bukit Fraser ni, Hemmant Trail. Namun, Hemmant trail yang kami nak pergi ni tutup..under construction.. Jadi kami pun reroute ke tempat lain..
Destinasi seterusnya, kami pergi The Paddock. The Paddock ni ada macam-macam aktiviti boleh kita enjoy seperti memanah dan menunggang kuda. Kami sampai ke The Paddock ni dalam pukul 8.45 pagi. Sunyi betul. Sebab The Paddock ni mula operasi pukul 9 pagi. Masa kami sampai tu, kuda-kuda tengah sarapan di bangsal kuda. 😆😆 Jadi kami tunggu la sekejap sementara tunggu operasi bermula sambil pusing-pusing area The Paddock ni..
Masa kami tiba ni cuaca masih berkabus.. dahla sunyi je tempat ni.. kitorang je yang ada masa ni
Pukul 9 je, kami terus pergi dekat kawasan memanah dalam The Paddock ni. Bayaran untuk aktiviti memanah ni adalah RM10 untuk 10 alat panah. Aku pertama kali pegang alatan memanah yang sebenar.. Berat betul busur panah tu.. dah la nak aim tepat-tepat dekat papan pemanah tu.. memang takla dapatnya.. Lepas aku tarik tali busur, terus busur tu goyang-goyang.. sudah tentu anak panah pun tak kena sasaran yang diidamkan... hmmm.. dapat sipi-sipi point pun okay dah.. haha..
Tunjuk aksi keee...😆
Aku punya papan belah kanan, jadi la berjaya memanah 2 panah tepat dekat bulatan papan pemanah.
Lepas habis memanah, kami pun beratur untuk naik kuda di kawasan berkuda. Bayaran menunggang kuda untuk dewasa adalah RM10, untuk kanak-kanak RM8; tapi kalau nak orang dewasa dan kanak-kanak nak naik sekali dalam satu masa, harga adalah RM15. Kita akan pusing satu kawasan berkuda tu lebih kurang dalam 10 minit.. jangan risau, ada staf yang akan bawakkan kuda tu.. kita duduk je atas kuda sambil posing-posing.. jangan lupa hulur kamera dekat kawan-kawan ea.. hahaha..
Selepas check out homestay, kami kembali ke Allan's Water sebab semalam anak-anak tak puas bagi makan dekat ikan-ikan.. jadi kami repeat balik...
Suka betul budak-budak ni bagi makan ikan
Kami juga sempat singgah di Fraser's Edible Garden sebelum pulang ke homestay. Taman ni betul-betul sebelah Allan's Water. Edible Garden ni adalah kawasan tanaman sayur-sayuran dan juga strawberry. tapi kita tak boleh petik ea kat sana. Dia hanya jual strawberry dan sayur-sayuran yang dorang dah tanam untuk kita bawak balik. Sempat la beli strawberry sebekas buat ghaso-ghaso.. hahaha
Sebelum pulang, kami sempat singgah ke The Glass House.. kawasan ni cantik dan sangat santai.. boleh juga cuba minum petang di sini sebab kat sini ada jual set scone, desserts dan juga minuman sambil santai-santai menikmati ketenangan Fraser Hill.. Kami hanya berhenti untuk bergambar dan meneruskan perjalanan pulang..
Ni lah Rumah Kaca. Korang boleh la santai-santai minum petang dalam ni
Kat dalam Glass House ni ada deretan pokok kaktus yang comel-comel.
Turun Bukit Fraser ni sangat mencabar ea.. Jalan dia yang berliku-liku tu membuatkan aku pening kepala...😵😵
Sebelum pulang, kami sempat singgah di Cendol Pak Samad, yang terletak di tengah pekan KKB untuk makan tengah hari dan layan cendol. Kat kedai ni ada macam-macam makanan yang dijual, dari set nasi ke kuih muih, laksa dan juga cendol.. Cendol dia pun sedap juga... patut la ramai yang singgah makan sini..

Akhirnya.. tamat juga kisah kami ke Bukit Fraser. My verdict.. Bukit Fraser ni boleh disyorkan dekat sesiapa yang inginkan ketenangan dan mahu merasai kedinginan suasana.. Dia tak sibuk dengan trafik jam seperti Cameron, harga makanan pun mampu milik la.. Masjid pun ada juga tau.. setiap kali masjid azan mesti dengar sampai ke homestay kitorang.. ATM pun ada dekat area Shahzan Inn.. Klinik kesihatan pun ada juga di sini cumanya kalau luar dari waktu pejabat, kena berhubung dengan oncall staff. Kira lengkap jugak la kemudahan dekat kawasan Bukt Fraser ni.. Cumanya stesen minyak takde kat sini, jadi, kalau korang nak datang sini, pastikan korang isi minyak penuh sebelum naik Bukit Fraser ea...
Best lah Bukit Fraser ni.. boleh je repeat lagi... tapi tu la.. azab betul perjalanan nak sampai sana... hahahaha..
Semoga berjumpa lagi dalam entri seterusnya.. Byee~ 👋👋
No comments:
Post a Comment
scribbles your thought here pleasurely