#np - Pencarianku - Aisha Retno
Aku teringin sangat nak sampai ke Bukit Fraser. Namun, aku ada sedikit skeptikal sebab kebanyakan orang kata yang Bukit Fraser tiada apa yang menarik untuk dilawati. Hanya bandar kecil dan sunyi. Tapi aku tetap nak sampai ke sana, tak kira la macam mana keadaan Bukit Fraser tu sekarang. Kalau betul tak menarik, mungkin itu kali pertama dan terakhir sampai...
Apabila Jepah dan Kak Long buka cerita tentang niat mereka untuk ke Bukit Fraser, aku dan suami pun melahirkan hasrat untuk turut serta. Bak kata orang.. 'the more the merrier'.. Sebenarnya kami dah plan dua kali untuk sampai ke Bukit Fraser. Kali pertama, kami bercadang untuk menempah hotel Puncak Inn yang berhampiran dengan tempat ikonik Menara Jam 'Bukit Fraser', namun tiada rezeki kami untuk ke sana lagi disebabkan oleh jadual bertembung dengan urusan peribadi. Jadi kami tunda percutian kami hingga ke minggu lepas (5/10/2024).. itu pun rancangan secara tiba-tiba. Kami buat keputusan tu dalam masa 2 minggu sebelum tarikh pergi... Cari punya cari, kebanyakan hotel dah fully book pada tarikh tersebut.. hanya ada apartment je yang available. Disebabkan kami dua keluarga yang pergi, kami rasa iya agak berbaloi dan kami pun terus menempah apartment dekat Silverpark Resort untuk percutian 2 hari 1 malam kami.
Itinerari untuk kali ni dikarang oleh Kak Long. Kami gerak dari Shah Alam & Klang awal pagi kerana ada banyak persinggahan untuk dijelajahi.. 😁 Perjalanan kami ke Bukit Fraser ni ikut laluan Kuala Kubu Bharu (KKB). Jadi, niatnya memang nak singgah Empangan Sungai Selangor a.k.a Kuala Kubu Bharu (tempat tinjau) , tempat wajib dilawati jika lalu ke Bukit Fraser. Sebelum kami tiba di empangan tersebut, kami sempat singgah makan di Warung Mee Kari Kak Kiah, di Medan Selera Kuala Kubu Bharu, di tengah bandar KKB. Kedai ni ada macam-macam sarapan yang disediakan seperti nasi lemak, roti canai, lempeng biasa atau lempeng kelapa dan yang paling terkenal, mee kari. Aku hanya pilih lempeng biasa berserta sambal sebab rasa macam tak nak makan berat sangat pagi tu. Lempeng dia agak sedap, garing.. recommended untuk diulang lagi.
Perjalanan kami dari Warung Mee Kari Kak Kiah ke Empangan Kuala Kubu Bharu mengambil masa hanya 10 minit. Di sana kami disajikan dengan permandangan indah empangan berserta bukit bukau dan langit yang biru sebagai latar. Selepas berswafoto, kami pun meneruskan perjalanan ke Bukit Fraser.
Perjalanan ke Bukit Fraser sangat mencabar ea. Kami sudah acapkali diberitahu tentang itu setiap kali google. Jalannya agak sempit dan berliku-liku. Sila standby 'travelling pill' bagi sesiapa yang ada motion sickness. Nasib baik aku hanya bersarapan ringan sahaja pagi tu, kalau tau, memang muntah la. Perjalanan dia sangat teruk lepas kami melepasi cabang papan tanda Bukit Fraser. Laluan tersebut hanya sehala sahaja.. bayangkan betapa sempitnya laluan kami. Mampu berzikir je sepanjang jalan sebab jalan licin berserta ada tanah runtuh di beberapa tempat sepanjang laluan ke atas..😨 Kalau ikut tentatif, kami nak singgah Air Terjun Ulu Semangkuk tapi tak dapat, sebab jalan di kawasan sekitar agak licin dan sempit dan juga air terjunnya nampak keruh..
Selepas sejam perjalanan dari KKB, Alhamdulillah akhirnya kami sampai ke destinasi. Kami disapa dengan kedinginan cuaca Bukit Fraser. Sesampainya di sana, kami terus bergambar dan bersiar-siar di Menara Jam ikonik tersebut dan kawasan sekitarnya. Kawasan sekitar Menara Jam ni dikira seperti pusat bandar Bukit Fraser itu sendiri. Ada pejabat pos yang tertua, klinik kesihatan, balai polis, kedai runcit dan cenderamata. Dan sebenarnya Bukit Fraser ini adalah terletak di garisan sempadan antara Selangor dan Pahang. Kami juga sempat masuk ke Pusat Interpretasi Burung (Bird Interpretive Centre) di sebelah Menara Jam. Masuk adalah percuma dan banyak info tentang burung dan perihal Bukit Fraser diceritakan di sana disebabkan kawasan Bukit Fraser ini adalah kawasan migrasi pelbagai spesis burung-burung sejauh dari Siberia. Menarik bukan? Suhu di Bukit Fraser pada ketika itu adalah 21.5oC dan boleh mencecah 17oC menjelang malam.






.jpg)




%20(1).jpg)


.jpg)








.jpg)



No comments:
Post a Comment
scribbles your thought here pleasurely