Monday, July 1, 2024

Trip pendek ke Kuala Kangsar, Perak

 #np - Ada Apa dengan Cinta - Melly Goeslow & Eric

Alkisah trip pendek kali ini, aku sekadar mengikut Ayah outstation ke sana. Teruja nak ke sana sebab aku belum pernah menjelajah tarikan utama di sana.. Dulu pernah la sampai, tapi biasalah, dah ingat-ingat lupa dah.. kalau tak salah, kitorang singgah beli labu sayong jee.. Jadi kali ni memang aim nak pergi tempat-tempat menarik kat Kuala Kangsar. 

1. Istana Kenangan

Istana Kenangan ni terletak berhampiran dengan Istana Iskandariah (Kuala Kangsar), yang dulunya menjadi tempat bersemayam sementara Raja Perak. Tapi kini, istana ni dah jadi sebagai muzium dan dibuka kepada orang ramai. Waktu operasi istana ni adalah dari jam 10.30 pagi hingga 4.30 petang. Lepas kitorang check in hotel, kitorang terus ke istana ni.. memang dekat la dengan hotel kitorang, dalam 5-10 minit masa perjalanan. 


Istana ni melambangkan senibina Melayu tradisional. Sangat cantik ukiran-ukiran dalam istana ni..








2. Jambatan Victoria @ Victoria Bridge

Asyik tengok orang posing Jambatan Victoria, kali ni aku sampai sini.. Jambatan ni dahulunya dikenali dengan Jambatan Enggor, adalah antara laluan jambatan keretapi yang tertua di Malaysia. Jambatan ini adalah sepanjang 300m dan tidak lagi digunakan sejak 2002. Sekarang ni, laluan keretapi lalu betul-betul di belakang Jambatan Victoria ni..







Muka acah-acah berani padahal ketar lutut nak jalan atas ni... 😰

3. Kampong Sayong

Sebelum pulang ke tempat penginapan, kami sempat singgah ke kedai membuat dan menjual labu sayong.. dah macam-macam jenis labu sayong dijual. Bukan setakat menjadi bekas air, dekat kedai ni juga ada menjual lampu tidur dan pasu berasaskan labu sayong. Memang rambang mata la nak pilih. Cantik-cantik semuanya.




Ni bekas air berasaskan labu sayong. Tapi hanya boleh letak air kosong @ mineral sahaja, tak boleh letak air manis. Dia mengekalkan kesejukan air untuk diminum. Dan bekas ni pun tak perlu dibasuh, hanya bilas dengan air sahaja.


Dalam perjalanan balik kami sempat singgah ke Lumut untuk membeli-belah hasil laut kering seperti ikan bilis dan udang kering.. nak topup stok rumah.. kalau beli kat supermarket tak fresh.. alang-alang kita lalu, kita singgah la.. hahahaha

Posing dulu walaupun backlight.. hahaha..

Sememangnya Malaysia banyak tempat menarik untuk kita kunjungi. Pelbagai sejarah yang kita boleh pelajari di samping menghargai karya-karya orang tempatan kita..

Jom.. Cuti-cuti Malaysia.. 😍

No comments:

Post a Comment

scribbles your thought here pleasurely