The Exchange TRX - Pasar Seni - KLCC -> eksplorasi bajet dengan tren
Niatnya nak pergi ke The Exchange TRX je, tapi tak nak naik kereta sebab katanya harga parking di sana agak mahal. Lagipun memang dah lama teringin nak naik MRT, jadi kami plan la pergi ke TRX dengan naik tren. Tapi disebabkan tiada MRT di kawasan Shah Alam; kami terpaksa naik LRT dan tukar tren di persimpangan stesen Pasar Seni.
Kami buat keputusan nak naik LRT dari stesen Glenmarie sebab ada ruangan parking kereta yang luas. Harga pun agak berbaloi kalau kita memang pengguna LRT; dicas RM4.30 untuk sehari. Kalau korang bukan pengguna LRT, mereka akan cas ikut jam.
Sesampainya di stesen LRT, kami terus beli MyCity Pass di kaunter khidmat pelanggan. Apa itu MyCity Pass?
Sebenarnya kalau korang beli MyCity Pass ni, korang boleh naik apa-apa pengangkutan awam di bawah seliaan Rapid KL (LRT, MRT, monorel @ bas MyRapid) dengan harga seorang RM6 untuk sehari atau RM15 untuk 3 hari. Selalu dengar my50 pass iaitu pas perjalanan untuk sebulan. Tapi yang ni, untuk sehari je.. sangat berbaloi untuk kami yang jarang naik pengangkutan awam ni..sebab tu la perjalanan kami yang niatnya hanya nak ke TRX, tapi boleh singgah ke Pasar Seni dan juga Taman KLCC; hanya dengan harga RM6 sahaja. Berbaloi kann.. Maafkan aku kalau nampak agak teruja bila dapat tau pasal Pass ni. Almaklumlah dah lama tak naik tren. 😆
1. The Exchange TRX
Kenapa perlu ke The Exchange TRX ni? Sejujurnya aku tak tahu.. haha.. dia sama seperti high end shopping mall yang lain seperti Pavillion dan The Garden.. yang aku tahu, aku hanya nak explore mall yang baru dibuka.. dan, yang menariknya di sini ada taman untuk kita bersiar-siar di tingkat atas.. namanya TRX City Park.. boleh la nak buat tambah kiraan langkah sehari dan layan permandangan.. 🤣🤣
2. Pasar Seni @ Central Market
Dulu, aku menganggap yang Pasar Seni adalah sebuah tempat yang sangat tak kondusif untuk dilawati. Aku bayangkan keadaan di dalam yang sesak dan bangunan yang agak usang..Selepas dibaikpulih, ternyata Pasar Seni adalah tempat yang boleh dibanggakan dan dah jadi antara tapak warisan. Di sini, terdapat banyak koleksi seni dan kraf yang menggambarkan Malaysia yang boleh dijadikan koleksi terutamanya untuk pelancong. Kedai-kedai kat sini pun nampak cantik dan selesa.. Kat sini pun ada juga pelbagai aktiviti dan bengkel seni seperti mewarna corak batik di atas kain dan juga bengkel pembinaan kraftangan menggunakan barangan kitar semula yang boleh kita sertai. Kat sini pun ada food court yang korang boleh menjamu selera. Jangan risau, harga dia agak berpatutan dengan harga semasa.. bukan harga pelancong.. 😆😆
3. Taman KLCC
Taman KLCC ni kita singgah buat pit stop sebelum pulang ke destinasi. Alang-alang ada pass untuk sehari, mari kita gunakan sebaik mungkin.. Lagipun kami pun tak pernah nak explore Taman KLCC selama sampai ke KLCC sebelum ni.. jadi la.. buat ghaso-ghaso orang cakap. 😆
So far, perjalanan kali ni aku enjoy sangat-sangat.. Terasa kecintaan terhadap Malaysia bertambah..🫡 siapa cakap Malaysia tak hebat.. korang tak explore habis lagi Malaysia ni.. jaringan pengangkutan pun sudah diupgrade.. fasiliti pun ada yang sudah ke arah digitalisasi.. bagi aku yang jarang guna tren, benda-benda macam ni memang buat aku teruja.. tak sabar nak tunggu LRT3 siap.. boleh la kita explore lagi dengan tren.. 😊
Jom.. Cuti-cuti Malaysia.. 🤗




.jpg)
.jpg)






No comments:
Post a Comment
scribbles your thought here pleasurely