Semalam, aku tak tahu kenapa sepanjang hari aku sayu sangat. Sampai aku balik kerja pun, hati ni masih sayu lagi. Tambahan pula, ada satu kisah yang tak dapat aku lupakan terjadi semalam.
Petang semalam, tengah2 aku duk pusing watsons sambil tengok customer, tiba-tiba ada seorang wanita yang dah lanjut usia datang kepadaku. Dia berkata, "Nenek ni nak carik ubat sakit lutut, ada tak jual kat sini?" Hati aku dah sememangnya sayu sepanjang hari tu, terus bertambah sayu. Wanita ni mengingatkan aku dengan nenek. Dah la dia bahasakan diri nenek. Rasa nak nangis je time serve dia. Tapi aku tahankan dan buat muka semanis yang mungkin. Lepas je wanita tersebut pulang, aku terus mintak excuse nak gi toilet dan terus menangis. Ye, aku ingat aku dah kuat dan tabah untuk mengharungi kehidupan setelah kehilangan dia, tapi... hanya Allah yang mengetahui bahawa aku sangat rindukan dia. Tiada lagi untuk aku tempat bermanja, tempat nak mintak buat makanan kegemaran aku. Ya Allah, aku sentiasa doakan yang dia ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan bertaqwa kepadaMu dan tabahkanlah hati aku untuk menerima ketentuan ini. Bukan aku hendak meratapi pemergiannya tapi, kadang kala rasa itu singgah. Ampunkan diriku.
P/s - Bila ingat balik mak cik tu, rasa cam nak peluk dia ketat2. T.T

Haiii.. cakkk.. salam kenal,
ReplyDeleteDone follow sini no.10
Jom follow me, leh kita saling
Kunjung mengunjung lepas ni,
http://tengkubutang.blogspot.com/
dan my 2nd blog, tentang kucen
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/