Saturday, June 8, 2013

GG Photoshoot

Ingat artis je yang boleh photoshoot bagai? Orang biasa pun boleh la. Hehe. Sebagai tanda yang kitorang akan bergraduasi dan susah nak jumpa lagi, ahli GG pun bercadang nak buat satu photoshoot. Terlebih dulu, sapa GG ni? hik3. GG ni terdiri daripada aku, Alia, Yun, Che Yam dengan Hana. Dan napa pilih nama GG? Apa signifikannya? Ok, aku pun tak tahu kenapa la kitorang ambik nama GG tu. Nak kata semua kaki gosip, kitorang tak de la nak gosip dan sosial sangat. *dan tipulah kalau kitorang tak gosip. Dah nama pempuan, Kadang-kadang tersasar gak. hehehe* Nak kata semua peminat Gossip Girl, rasanya aku je kot yang minat GG ni. Yang lain semua buat endah tak endah je cerita GG tu. Mungkin sebab aku duk cerita pasal Gossip Girl kat dorang menyababkan kitorang menggelarkan geng kitorang ni sebagai GG. Hehe. Tapi sebenarnya, kitorang ni suka together-gather tengok wayang dan gi makan sesama. Tapi selalunya tengok wayang la. Dorang ni la geng aku yang suka buat maraton tengok wayang pada hujung minggu. 1-2 cerita sekali tengok. Tapi, x lebih 2 cerita la. Kalau tak, mau sakit kepala duk tengok 3 cerita straight. Kekadang, tak hujung minggu pun, kitorang gi tengok wayang gak. *Ahhh, miss the moment*

Ok, dah-dah la cerita pasal tertubuhnya GG ni. Balik semula kat tajuk utama. Hana yang sebenarnya bagi idea nak buat photoshoot bagai ni. Dan dia lah yang upah photographer bagai untuk tangkap gambar kitorang. *Kalau tak de photographer, tak xde la namanya photoshoot, kan?* So, kitorang pun decide yang nak buat photoshoot ni 2 hari lepas exam habis.

Sehari sebelum photoshoot tu, aku, Alia dengan Che Yam bertungkus lumus siapkan board untuk photoshoot nanti. *tengok, siap ada board lagi. Semangat betul* Dengan ada creative designer dalam group ni iaitu Che Yam, so, kitorang dapat lah beberapa idea untuk letak atas board tu. Hasilnya.....



 Gambar kartun tu dilukis sendiri oleh Che Yam


Untuk gambar photoshoot, terlampau banyak ya gambar yang diberi... Aku share sikit je la, buat ghaso-ghaso.. 😂

Happy naww

Us dengan board

Proud to be IIUM-ians

No comments:

Post a Comment

scribbles your thought here pleasurely