Wednesday, July 31, 2013

Selamat ulangtahun


Happy belated birthday untuk diriku yang kini dah menjangkau 23 tahun. Oh my, dah 23 dah budak ni. Rasa cam baru 16 tahun. kekeke. *exaggerate betul budak ni* ;-p Yadaa, yadaa. Aku tahu yang hari jadi aku dah lama lepas (padahal baru je lepas semalam) tapi siapa yang kisah. Aku tak kisah, so siapa pulak yang kisah ni? bagi kiss kang. Huhu.

Celebration? Memandangkan hari jadi aku jatuh pada bulan Ramadhan, so sambutan hari jadi terpaksa ditangguhkan. Ye la, Ayah tak mau nak tinggalkan Tarawikh. *Bagus, kan? Ayah sapa la ni. Hik3* So,plan nak buat la sambutan sekali dengan hari jadi Mak. Lagipun, ramai yang tak ada kat rumah ni. So, tak best la nak buat makan-makan satu keluarga. Tak pe la. Asalkan ada orang nak belanja. Huhu.

Aku rasa hari jadi tahun ni adalah hari jadi yang paling bermakna buat aku. Aku dapat hadiah yang paling bermakna buat aku tahun ni. Aku dah tak perlukan hadiah lain selain hadiah ni. *tapi kalau ada orang yang nak offer diri nak bagi hadiah kat aku, apa salahnya, kan?* Apa dia hadiah yang aku maksudkan ni? Jeng jeng jeng. Drumroll please....


Tak yah nak terkejut sangat la cik kak. ^.^


--------------------------------

-------------

--------

---

Alkisah cerita dia, awal-awal pagi hari jadi aku, aku dapat panggilan dari satu company untuk buat interview pekerjaan. Setelah lama aku tunggu dan tunggu punya tunggu, akhirnya, pada hari jadi aku, Allah berikan aku hadian peluang interview kerja. Alhamdulillah. Terus sujud syukur. Sebelum-sebelum ni dok jeles kat kawan-kawan yang dah banyak gi interview kerja dan ada yang dah kerja dah pun. Rancangan Allah adalah yang terbaik kan. Dia bagi hadiah yang tak disangka-sangka pada waktu yang sesuai. Terima kasih ya Allah. Maka, interview aku pun dijadualkan berlangsung pada hari khamis, 1 Ogos 2013. Oh, lupa nak bagitahu. Company yang nak tawarkan aku interview kerja ni namanya Planet Pharmacy. Company ni ada kat Bangsar Village. Bidang kerja yang dorang tawarkan adalah sebagai pakar nutrisi a.k.a nutritionist. Kira bersangkutan la dengan bidang aku. Sebab dietitian boleh jadi nutritionist, tapi nutritionist memang tak boleh jadi dietitian.Maka, kiranya, aku akan menjalani interview la esok. Wish me luck ye.



Sebenarnya ada lagi satu hadiah yang aku dapat masa hari jadi aku, tapi nanti-nantilah cerita. Tak official lagi. Tunggu na.

Itu je untuk entri kali ni. Lama dah tak mengarang kat blog ni. Dah naik bersawang dah ni. Sorry naaa. Mungkin lepas ni boleh karang guna ayat standard kot. Harap-harap dapat la coret banyak untuk entri lain kali. Akhir kata dari aku:

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu,yang kamu hendak dustakan?" (Ar-Rahman: 13)
Allah memberi banyak nikmat kepada hamba-hambanya. Terpulanglah pada kita untuk mensyukuri segala nikmat yang Allah berikan.

** Salam Ramadhan buat semua. Dah 22 Ramadhan ni, jangan lupa pecut buat ibadah sambil mencari malam Lailatul Qada'. =)

P/s: Agak-agak apa la hadiah yang akan aku dapat tahun depan? Aku harap dapat hadiah bakal suami pulak tahun depan. kekeke.


No comments:

Post a Comment

scribbles your thought here pleasurely