Monday, June 16, 2014

Sabah trip - Flying for the first time

Okay, meh aku sambung balik kisah aku dan family gi bercuti kat sabah hari tu. Kitorang gi 4 orang je. Adik bawah aku xdapat nak ikut sebab exam. Sedih. Tapi apa nak buat. Exam itu penting. Ilmu itu penting. Kejar ilmu dulu. Melancong ni bila-bila boleh buat. Teringat pulak masa aku study dulu. Banyak kali je kena tinggal kat uia masa family pakat ramai-ramai gi vacation. Hanya mampu berduka dalam diam je la. Tapi Alhamdulillah. Aku berjaya jugak jejak kat kat area pantai timur. Kelantan-Terengganu-Pahang beres. Ini la kelebihan duk jauh sikit dengan family. Dapat gak la melancong ke negeri orang. Kalau tak, asyik nak balik rumah je. Dasar anak emak. Huh. Eh, dah sampai mana la aku melalut ni. Moh kembali ke pangkal jalan. Hehe.

Sebab tiket kitorang ke Tawau kul 9.25 pagi dan kitorang kena ada kat sana sejam sebelum flight sebab takut tertinggal flight, maka lepas subuh kitorang bertolak. Pukul 7 pun lepas subuh kan? Hehe. Nasib baik la kitorang gi hari Ahad. So takde la jam sangat jalan. Kitorang mintak tolong kawan ayah untuk hantar kitorang gi airport. Kawan ayah kata, kalau hari biasa, memang xde makna la nak cepat. Sini jam sana jam. Hmmmm. Duk KL ni memang menempuh jam sentiasa. Kalau tak, bukan nama Key Ell la. Hahaha. Oh, kitorang naik flight kat KLIA 2. Curlass kau. Dulu LCCT pun xpernah jejak, terus gi jejak KLIA 2 terus. Tapi memang best KLIA 2. Yang tak bestnya, tempat flight nak boarding sangat jauh dengan tempat kitorang check in. Nasib la kitorang boarding kat Gate 5. So xde la terasa jauh sangat. Tambahan dengan jakun tengok tempat baru, tengok-tengok dah sampai boarding gate dah. Boarding gate kat Klia 2 ni dengar-dengar sampai berbelas-belas. Bayangkan betapa jauhnya nak menapak ke boarding gate yang last sekali tu. Fuh semangat. Bak kata Kak Izzah, dah boleh buat marathon sambil buang lemak2 yang terkumpul dah nak gi ke boarding gate sana. Hahaha. Sungguh exaggerated ayat itu, tapi benar. 

 
Nah, KLIA 2.

 Beratur nak check in.

Domestic Check In - Sila beratur di sini

 Ada orang tu excited nak naik flight woiii

Haru biru

Hello sunshine!

Relakan aku pergi membawa hati yang lara ini...... -.-

Loving couple yang mesti bersama ke mana-mana.

Dalam pukul 9 lebih, kitorang pun dibenarkan masuk dalam flight tu. Excited gila kitorang bertiga. Tiga orang je la sebab bapak aku dah banyak kali naik flight. So, dia apa de hal. Haha. Aku buat-buat excited je la sebab masa aku on the way nak gi check in flight, aku dapat perkhabaran yang tak enak. Tak mau cerita, cukup hanya aku dan aku sahaja yang tahu. Memang berita tu buat aku hilang semangat untuk bercuti. Rasa cam nak nangis dan nak jerit je kat tengah2 KLIA tu. Ah jangan carik pasal Fiqa. Buat malu keluarga je. Benci. Menyampah. Kenapa la mesti ada rasa itu. Opsss. Dah dah. Kan kata xleh nak bagitau. 

 
Hai kawan! Dah nak berlepas ke? *lelambai*

 Nampak tak muka excited ni? Muka penuh Nur. =D

Jalan ke pintu bahagia. Eh?

So, aku duk dengan adik aku yang last dan mak ayah aku duk honeymoon kat depan. Sebelum kitorang berlepas, pihak air asia ada beri sikit kata2 dan langkah2 semasa dalam kecemasan. Kitorang pun dengar dengan kusyuknya sambil aku cuci mata tengok pramugara hensem. Eh. Hahaha. Pastu diorang pun check la samada kita dah pakai seatbelt ke belum dan mula edarkan makanan kat sesiapa yang ada order makanan masa bookong flight hari tu. Kitorang xde la order makanan. Setakat 2 jam 50 minit punya perjalanan, xkebulurnya tak makan. *Padahal dah melantak set breakfast McD sebelum bertolak tadi* Lepas tu, flight pun mula berlepas. Syok aku tengok pilot nak naikkan kapal terbang ke udara. Smooth je. Memang berpengalaman la pilot ni. Terima kasih En Pilot sebab bagi aku pengalaman yang tak mengerikan. Pasni boleh la selalu naik flight, kan? 
 
Mak aku punya la excited naik flight sampai ke sudah asyik bercakap je dengan ayah aku. Aku pun tak tahu apa la yang dorang bualkan kat depan tu. Aku dan adik aku, dua2 hanyut diulit mimpi. Aku awal2 dah ambik ubat motion sickness sebelum naik flight sebab aku tau aku ni mudah benor kena motion sickness. Naik kereta balik kampung tengah2 panas pun boleh buat aku pening kepala. Sebab tu aku lebih suka tidur je dalam kenderaan. Xde la terdera hati sangat sebab sakit kepala. Tapi aku tidur-tidur ayam je la. Lepas sejam aku tidur (sejam tu dikira tidur-tidur ayam ke? -.-), aku pun menikmati pemandangan di udara. Subhanallah. Sangat cantik. Tak mampu nak diungkapkan kecantikannya dengan kata-kata. Apa yang aku nampak kat peta dulu-dulu, begitu la rupanya di awan biru. Malah lagi cantik dari apa yang aku bayangkan. Terima kasih Ya Allah sebab bagi aku kesempatan untuk lihat kejadianMu. Buat aku lupa seketika gundah gulana hati aku. 

Kami di awan biru

Ku lihat hijau. =D

Kitorang pun sampai kat airport Tawau dalam lebih kurang pukul 12 tengah hari. Lepas settlekan urusan dan ambik barang semua, kitorang pun carik la tempat rehat sementara nak tunggu next flight ke KK kul 4.30 petang. Kitorang pun lepak kat tingkat atas airport Tawau ni makan-makan dan tumpang solat sekali la. Airport Tawau ni takde la besar sangat tapi okay la. Kitorang makan santai-santai je sebab lama kot nak tunggu kul 3 apatah lagi kul 4. Kitorang borak-borak tak ingat dunia. Seronok sangat masa tu. Rasa bonding sangat dengan ahli keluarga. jarang kitorang dapat peluang macam ni. Terima kasih Ya Allah.

Eh, korang tau tak, bila kita masuk Sabah je kita akan dapat pas lawatan sosial untuk kebenaran kita menetap kat Sabah selama 3 bulan? Tau ke tak tau? Kalau dah tau pun, aku tetap nak bagitau. Pedulik apa aku. Hehehe. Dengan adanya pas kebenaran ni, kita tak perlu la buat pasport bagai. Pastikan pas tu kita simpan baik-baik sebab nanti bila nak balik, pihak kastam nak tengok pas tu balik. Kalau tak, xleh balik la jawabnya. Sob3. 

Macam ni la rupanya pas lawatan tu.

So, pukul 3 lebih kitorang pun siap-siap nak check in naik flight. Dan benda yang sama kitorang lalui macam kat klia pagi tadi. Sampai flight attendant buat briefing untuk langkah2 kecemasan pun kitorang buat dunno je sebab bajet dah tau dan dah dengar pagi tadi. Ah. Eksen je lebih kau ni Fiqa. Haha. Ambik kau. 2 flight sekali satu hari. Gaya cam nak gi London tapi transit kejap kat Dubai. Tapi dalam kes kitorang, nak gi KK, transit kat Tawau. Tawau-KK xde la lama sangat duration flight dia. Tak sampai satu jam pun. Aku baru nak tidur dah kena kejut dengan flight attendant suruh bangun sebab dah nak sampai. Ala.... baru nak bina mimpi. Kacau betul la. Nasib baik cantik. Kat situ aku jumpa flight attendant korea. Nama dia Anna Kim. Muka cam Son Ga In. Kecik comel molek je. Teruja terus aku. Tak dapat gi korea,dapat diserved dengan flight attendant korea pun aku okay sudah. Dah sampai kat KK, mak aku kata, memang puas betul la naik flight. Satu hari kitorang habiskan kat airport dan naik flight je. Korang hado?? =D

 
Hello Tawau! *lelambai*

 Naik flight balik untuk ke KK.

Amboi mak bapak aku. Excited kemain. Siap lambai-lambai lagi. 

Sila ambil barang masing-masing ye.

Nak naik flight ke KK dari Tawau ni lain sikit la dari naik flight kat KLIA. Kalau kat KLIA tadi, kitorang terus je naik flight melalui terowong. Kalau kat airport Tawau ni, old fashion sikit. Kena naik tangga untuk naik flight. Pengalaman menarik ni. Kita boleh la tengok besar mana kapal terbang kita. Dan boleh buat jugak aksi lambai-lambai dengan background kapal terbang. Macam yang mak bapak aku buat kat gambar atas ni. Baru real sikit dan orang pun percaya yang kita naik kapal terbang. Haha.

Sampai je kat KK, dah pukul 6 lebih. Yang menakjubnya, pukul 6 tapi cuaca kat langit dah mula gelap macam dah senja. Aku ni lupa agaknya yang Sabah ni masa dia awal sejam. Padahal tiap2 bulan Ramadhan, aku la orangnya yang selalu komplin kenapa Sabah buka puasa awal. Pastu sibuk nak gi berbuka kat Sabah sebab nak buka awal. Sungguh kanak2 pemikiran itu. Haha. Sampai kat airport KK. Kitoorang dijemput oleh Abang Rizal dengan Pak Lang aku. Abang Rizal ni sepupu ipar aku. Maka kitorang pun dibawa pergi ke homestay yang telah ditempah. Sebelum tu, Abang Rizal bawa kitorang singgah minum kat area warung dekat tepi laut. Subhanallah. Cantik sungguh pemandangan matahari terbenam. Malangnya aku takde dslr maka tak dapat la nak merakam momen-momen yang terindah tu. Sob3. 


Beautiful scenary. Subhanallah. *Ni je yang aku mampu rakam*

Malam tu kitorang duk lepak je kat homestay yang dorang dah sediakan. Abang Rizal sebenarnya ajak kitorang keluar berjalan malam sambil nak isi minyak kereta untuk nak berjalan esok malangnya semua dah keletihan. Pukul 9 kitorang dah mula baring2 kat katil. Pukul 9 semenanjung la, lebih kurang pukul 10 kat Sabah. Kira fair la tu kot. Kat Semenanjung takde maknanya nak tidur pukul 10. Masih awal tu. Banyak lagi benda nak buat. Bak kata pepatah urban, malam masih muda tu. Hahaha

Okay. Sekian saja untuk hari pertama. Hari kedua dan seterusnya, kita sambung lain kali. Toodle~

No comments:

Post a Comment

scribbles your thought here pleasurely