Thursday, May 16, 2013

Dugaan Allah

Macam-macam dugaan boleh datang dalam masa satu hari. Mula-mula air tumpah dalam beg, pastu terkena kat laptop dan menyebabkan laptop tak boleh bukak. Kemudian, pendrive pulak hilang. Dua-dua benda tu sangat penting buat aku pada masa sekarang sebab semua data untuk report ada dalam tu. Terasa sedih sangat dan terkilan sebab tak buat report tu dulu. Tapi nasi dah jadi bubur. Tapi dalam kesedihan, Allah mendatangkan aku dengan sahabat-sahabat yang banyak membantu dan menolong aku ketika kesusahan ni. Betullah orang kata, jikalau kita ingat Allah, Allah pasti akan membantu kita dalam pelbagai bentuk pertolongan. Akhirnya, dapat tahu yang hard disk komputer dah rosak. So, kena la tukar yang baru. Nasib baik ada seorang sahabat sudi nak tolong repairkan dengan bayaran murah daripada repair kat kedai. Maka, selesai satu masalah. Masalah lagi satu, camana la nak selesaikan ni. Kemudian, Allah datangkan pertolongan melalui roommate dan kawan baik dengan cara meminjamkan laptop dorang untuk bagi peluang aku menyiapkan report. Terima kasih Ya Allah, kerana mengurniakan aku dengan sahabat-sahabat yang sentiasa ada dengan aku di kala susah dan senang. Terima kasih sahabat-sahabat Diet Gen 6, sebab sudi tolong aku ketika dalam kesusahan. Moga Allah memberi kemudahan kepada kamu semua tatkala susah nanti.

Moral of the story kat sini, sila la buat homework atau report awal-awal. Kalau tak, jadi la macam kes aku ni. Kalut semuanya. Dan jangan lupa buat backup semua file yang penting. Aku sarankan guna Dropbox. Senang. Bila kita online, file dalam desktop terus boleh sync dengan online Dropbox.

p/s: sampai sekarang pendrive tak jumpa-jumpa. Oh pendriveku, di mana kau menghilang.



No comments:

Post a Comment

scribbles your thought here pleasurely