#np Forteen - Dikau Saja
Disebabkan adik aku dah habis SPM hujung bulan November nanti, maka, kitorang pun bercadang nak pergi bercuti. Kekonon nak celebrate la kemerdekaan adik aku dari cengkaman SPM. Lagipun, aku pun nak perhabiskan cuti tahun. Asyik habiskan cuti tahun,
tapi tak pergi mana-mana, tersangatlah boring. Stress pun ada. Rasa
macam membazir je cuti tahun aku. Nak buat macam mana. Dah terpaksa.
Kerna terpaksa aku relakan je la cuti aku terhabis begitu. Eh? Hahahaha. Hmm. Kali ni nak pi jauh sikit. Jauh mana, tak jauh la, tapi kira over-the-sea la jugak.
Sebelum nak terbang ke luar, mesti lah kena book tiket flight dulu kan. Kali ni kitorang nak terbang bersama Malaysia Airline pulak. Kenapa Malaysia Airline? Tak takut ke kejadian nahas hari tu? Kalau dah sampai ajal kita, kat mana-mana pun boleh terjadi kan? Tak perlu tunggu nahas bagai. Percaya padaNya, nescaya segalanya dipermudahkan.
Bukan mahal ke Malaysia Airline ni? Orang kaya-kaya je naik MAS ni. Alhamdulillah, nasib kitorang baik kali ni. Tengah-tengah aku browsing carik tiket flight murah kat Air Asia, aku pun try la jugak pi tengok-tengok harga tiket flight MAS. Ingat nak tengok je la, kalau nak naik MAS memang tak mampu la den. Mahal weh. Aku sedar siapa diri ni. Tapiiiiii.... mungkin dah rezeki, bila aku bukak je semalam dan taip destinasi Kuala Lumpur ke Krabi bulan Disember nanti, terus dia tunjuk harga tiket murah. *Opss. Terbocor rahsia. Hehe* Berapa murah? Murah gila. Gila lagi murah dari harga tiket Air Asia. DUA KALI GANDA LAGI MURAH dari Air Asia. Dah la kalau naik MAS, semuanya provided. Memang mendatangkan keterujaan aku. Malangnya keterujaan itu terpaksa dihentikan seketika sebab aku kena pergi kerja dan perlu dapat keizinan family aku dulu. Aku pun berkata dalam hati, 'Kalau benda ni memang rezeki kitorang sekeluarga, delay macam mana pun akan masih kitorang dapat.' Dengan mantera itu, aku pun pergi kerja dengan hati yang walang campur teruja.
Balik je malam tu, aku terus cakap dekat parents pasal benda ini. Ayah aku okay je. Mak pun of course okay je. Maka, aku pun memulakan misi menempah tiket flight MAS. Tengah-tengah aku syok isi butiran untuk menempah, tiba-tiba MAS mintak nombor pasport setiap orang. Ayah aku dan adik aku yang last memang dah ada pasport. Tinggal aku, mak aku dan adik aku yang first je takde pasport lagi. Kena buat pasport dulu la kalau macam tu kan? Terbantut la lagi misi menempah tiket flight.Dan aku ulang lagi mantera itu, untuk tenangkan hati dan pasrah je la. Kalau ada rezeki, ada la.
Lepas kitorang settlekan buat pasport bagai *cerita pasal pasport, aku ada tulis kat entri lain. Sila baca sendiri kalau berminat*, sampai-sampai rumah je, aku terus terkam laptop. Sambil tu doa-doa la harga tiket murah tu ada lagi. Sebab kat website dia kata deal tu sampai 3 Oktober, tapi mana la tau banyak dah sold out ke. The fact it, belum. So, the deal is on. Aku pun, apa lagi. Cepat-cepat la book tiket. nak kejar tiket murah punya pasal.
Mula-mula, aku pergi ke website malaysia airline.
Pastu isi la apa yang patut kat situ. Macam aku, aku isi tempat aku pergi dan balik dan bila aku nak terbang. Dan aku ambik economy flight je. Sekadar mampu. Pastu tekan la butang carik flight. Nanti website tu pun keluar la available flight yang sesuai dengan tarikh yang kita bagi dan juga harga dia. Dan kita pun boleh la pilih nak naik waktu mana. Dekat bahagian sebelah kanan web, dia akan tunjuk berapa harga yang kita kena bayar. Tapi, jangan teruja sangat. Bayaran yang tertera kat web tu, hanyalah bayaran cas airport dengan minyak je. Ada lagi bayaran-bayaran lain yang kita kena bayar. Sama je macam Air Asia, cuma kalau MAS, kita tak perlu nak sibuk pikir perlu tak nak beli extra luggage ke, nak beli makanan ke tak, sebab setau aku, dorang memang provide punya. So, dah save dah masa dan fikiran kat situ.
Lepas pilih waktu yang sesuai dengan kita, kita pun boleh tekan butang seterusnya. Page lepas tu, kita kena la isi butiran-butiran diri kita dan juga pengikut yang akan ikut kita. Yang ni la bahagian yang aku sangkut semalam. Alhamdulillah, hari ni berjaya lepas bahagian ni. Kemudian, kita boleh la pilih samada nak ambik pakej insuran dorang ke tak. Aku tick je, sebab kita tak tau apa yang akan jadi nanti. Bukan nak pikir buruk-buruk, cuma precaution je. Mana tau terlepas flight ke or luggage hilang, at least insuran ada cover. Insuran dia RM46. Bagi aku berbaloi kot, sebab sebenarnya aku dah save banyak dah sebelumnya. Last sekali sebelum buat bayaran, kita boleh pilih tempat duduk mana yang kita nak. Mak aku awal-awal dah cakap dia nak duduk berduaan je dengan ayah aku. Maka, anak-anak, kenalah bagi can mak bapak beromantika-de-amor kat depan dan duduk la diam-diam kat belakang. -.- Tempat duduk ni bukan pilih percuma-percuma je tau. Satu tempat duduk berharga RM10 bagi yang biasa, kalau nak premium sikit, bayar lebih RM10 lagi. Maka, pergi balik tempat duduk kitorang berharga RM20 seorang. Naik Air Asia pun tempat duduk pergi balik RM 12, tambah sikit dapat la tempat duduk MAS. Bagi aku dah okay sangat la tu. Dan kemudian, kita proceed ke pembayaran. Aku, macam biasa, guna CIMB Click je sebab takde kad kredit. Senang. Web MAS ni dah memang link dengan CIMB Click, Maybank2u dan list kad kredit yang lain. Memang senang la kalau nak book tiket online. Semua di hujung jari je. Yang penting, kena ada duit la dalam tu. Kalau kosong, jangan harap la nak book tiket. Tapi melalui pembacaan aku, ada orang yang tak mau guna online banking ni, dorang masih lagi boleh buat tempahan flight, dengan call pihak MAS dan buat pembayaran keesokan harinya. Aku kan gadis urban, mesti la pilih jalan paling mudah. Hehe.
So, berapa harga tiket flight yang aku gembar gemburkan murah gila tu? Korang agak-agak berapa? Ce congak sikit. Aku dah bagi anggaran kasar kat atas tadi. Ah korang ni. Tau dah bersuap je. Tak mau berusaha sikit. Okay la aku bagitau...
Jangan terkejut. RM1835.00 tu jumlah harga untuk satu family. Kalau seorang, harga dia dalam RM367 je. Murah tak? Kalau nak tau, harga ni sebenarnya lagi murah dari harga tiket Air Asia. Kenapa, tak percaya? Nak tau berapa harga tiket yang Air Asia offer pada tarikh yang sama? Jeng. jeng. jeng......
Nampak tak? Aku punya harga jumlah tiket MAS lagi murah dari harga bayaran cas airport dan minyak kapal terbang Air Asia tau. Tu belum lagi masuk bayran insuran dan luggage. Maka, sapa yang untung? Sudah semestilah aku dan keluarga aku jugak. HEHE.
Maka, dengan rasminya, kali ni, aku dan keluarga aku berpeluang la merasa pengalaman naik flight MAS. Doakan kami selamat tiba dan pulang ye. Nanti kalau dah pulang, akan aku coretkan kenangan di sana untuk dijadikan tatapan. Tata.
p/s - Bulan ni bulan aku bercuti sakan. Cuti yang takde plan apa-apa. Alasan cuti, sebab nak habiskan Annual Leave yang berhabuk tak guna tu sejak awal tahun tu. Pernah guna sekali je masa gi Sabah hari tu. So, aku macam chipsmore je kerja bulan ni. Kejap ada kat store, kejap xde. Belum termasuk dengan HA Meeting, Public Holidays. Tak tau nak happy ke sedih. Happy sebab dapat cuti, boleh berehat sakan. Sedih sebab nak pergi jenjalan tapi takde siapa yang free. Me is sad. Takpe-takpe. Hujung tahun kita berjalan sakan naaa... =)
Wednesday, October 1, 2014
Tuesday, September 30, 2014
Buku merah jangan lupa...
#np JYJ - Letting go
Cerita panas! Cerita panas! Straight from the oven. Taaaaadiiiii kaaaaaaan, aku pergi buat pasport. Iye, iye. Shame on me. 24 tahun baru ada pasport. Biar la. Masa ni baru dibenarkan nak kenal dunia luar. Kalau tak, duk bawah ketiak mak bapak je. Okay la tu kan. 24 tahun, dah matang nak kenal dunia luar. Aku nak ke mana? Rahsia dulu. Nanti dah confirm nak pergi or dah selamat pulang, baru aku cerita ye. Sekarang ni biar aku cerita kisah aku nak buat pasport.
Alkisah, hari ni hari aku cuti. Maka, aku dengan mak pun berhasrat nak pergi buat passport setelah sekian lama asyik tangguh je. Kitorang bercadang nak pergi buat kat UTC Sentul, aku kira berdekatan dengan temoat aku la. Maka, lepas mak aku habis sekolah, kitorang pun terus la pergi UTC Sentul dengan bantuan Waze. Senang je jalan nak ke sana, tapi aku ada gak la terlepas simpang sebab takmau dengar cakap En Waze. Sorry. Hehe.
Sampai je UTC, kitorang singgah kejap kat kedai foto, nak tangkap gambar untuk pasport. Sebab kawan mak cakap, baik ambik kat luar sebab kalau dah sampai imigresen nanti takde la kelam kabut sangat. Maka, kitorang, dengan innocentnya, pergi la ambik gambar kat kedai tingkat bawah. Mahal weh, 4 keping gambar = RM12. Aku rasa dulu aku dapat cam murah je lagi. Ke tak? Hmmm. Dah lama gak la aku tak ambik gambar IC mahupun foto. Rate sekarang kot. Entah la.
Lepas tu, kitorang pun pergi la naik tingkat satu dan masuk kat pejabat imigresen. Masuk-masuk je, terus stress. Ya ampun, ramai gila orang kat imigresen hari ni. Kitorang pun datang depan ambik nombor giliran. Bayangkanlah nombor giliran kitorang 1178-1179, tengok nombor giliran kat skrin baru 1122. Lagi 50 lebih lagi giliran sebelum kitorang. Haah. Kitorang datang UTC memang nak bertapa kat dalam tu. *tangan kat bahu, mata di atas* stress gila. Dah la bukak kaunter 2 je. Satu kaunter khas, satu lagi kaunter biasa. Kaunter khas tu untuk golongan warga emas, kanak-kanak bawah 2 tahun, OKU dan juga ibu mengandung yang memang kena diutamakan. Maksudnya, golongan-golongan seperti di atas akan didahulukan walaupun kita yang datang lebih awal dari dorang. Agak-agak kalau nak rasa duk kaunter khas, ce la jadi antara golongan di atas, nescaya akan diberi layanan khas. Yang aku panas tu, takpe la golongan yang diatas diberi keutamaan. Yang dorang bawak satu family yang sihat waafiat sekali kenapa? Yang lain tu pun golongan seperti di atas jugak ke? Pastu dengan orang yang angka giliran dia dah terlepas. Kalau dah terlepas, pandai-pandai la ambik nombor baru. Ini tak, main terjah je kaunter yang kosong. Sungguh takde kesedaran sivik langsung. Tak pikir orang lain yang duk jenuh tunggu angka giliran. Alamak, terlepaskan geram kat sini la pulak. Tapi tu realiti kot. Malaysia ni memang kurang sikit kesedaran sivik. Hmmmm.
Tunggu punya tunggu, akhirnya pukul 5 baru sampai turn kitorang. Lama gila woi. Dekat nak 4 jam kat dalam pejabat imigresen tu. Tapi redah je la. Nak gi berjalan punya pasal. Hehehe. Maka, bila turn aku, aku pun pergi kaunter pastu hulurkan IC dan salinan IC. Memandangkan aku ni xpernah ada pasport, maka, lama sikit la prosedur dia. Mula-mula pegawai imigresen tu suruh aku sentuh ibu jari kanan kat mesin cap jari. Mungkin nak tengok pengenalan diri aku. Tiba-tiba pegawai tu cakap, pernah luka kat jari ke? Aku pun blur sambil tengok ibu jari aku. Pehal pulak ni. Sebelum ni, takde pun orang komplen pasal ibu jari aku ni. Dia tak percaya ke tu IC aku? Gelabah terus aku. Rupa-rupa dia kata, garisan kat ibu jari aku tu macam dah nak hilang. Maka, dia suruh take care tangan aku. Sebab macam-macam benda penting yang kena guna ibu jari ni. Kalau nanti mesin tak boleh baca, susah la. Kang dorang kata aku pendatang asing. *Pendatang asing tau. Bukan makhluk asing. -.-* Last sekali pesanan dia, banyak-banyak la letak lotion kat tangan. Tangan tu kering sangat. Malu weh dia tegur ceggitu. Pengajaran, sila la jaga ibu jari anda. Ibu jari anda mempamerkan segalanya tentang anda. Hilang garisan-garisan pada ibu jari anda... lu pikir le sendiri akibatnya ye...
Lepas scan dua-dua ibu jari, pengawai tu pun mula la isi butiran-butiran diri aku. Korang mesti ingat tinggi korang tau. Sebab yang tu pun akan tercatat kat buku pasport tau. Kalau tak ingat, boleh ukur kat bahagian belakang pejabat. Aku jawab teragak-agak. Pastu pegawai tu pun kata, " betul ke tu tinggi awak? Ke main teka je? Dah la, pergi ukur kat belakang sana." Aku ni memang nampak sangat tak konfiden. Kalau buat-buat konfiden, sure xyah nak ukur kat belakang. Last sekali, betul pun ukuran yang aku cakap. Biar la. Asalkan aku tau ukuran tinggi aku yang terbaru. Lepas dia tanya pasal butir-butir pasal diri aku, dia pun suruh la tangkap gambar. Kenapa aku tak guna je gambar yang aku tangkap tadi? Rupa-rupanya sebab dorang nak cepat, so, kalau tangkap gambar terus dengan dorang lagi senang. Terus direct je kat pejabat untuk buat pasport tu. Oh, selamat tinggal RM12. Hanya gambar jadi tinggalan. Nasib baik comey. EH? Hahahaha
Lepas dah siap isi butir-butir diri dan cop ibu jari, kitorang pun tunggu lagi untuk proses pembayaran. Sebab aku nak ambik lamsam 5 tahun tak payah renew pasport lagi, maka kena la bayar RM300. Dia ada dua opsen, opsen pertama: RM100 untuk dua tahun dan opsen yang kedua RM300 untuk 5 tahun. Maka, pilih la opsen mana yang anda berkenan ye. Iya, aku tau, pilihan yang kedua agak mahal sedikit dari pilihan pertama. Tapi aku tak sanggup untuk mengulangi proses ni kerap kali. Boleh stress weh. Nasib la hari ni mood baik. Cuma mood orang sebelah la tak berapa baik sebab penat menunggu. -.-
Lepas buat bayaran kat kaunter pembayaran. kitorang pun tunggu lagi. Haila. Hari ni hari menunggu je. Memang menguji banyak kesabaran la hari ni. Akhirnya, dekat pukul 6, semua urusan selesai. Dan akhirnyaaaaaaa..... aku berjaya memiliki pasport sendiri. Dulu duk jeles kat orang duk post gambar passport dorang je. Pasni boleh la post gambar passport sendiri pulak ye. Haha.
Dengan berakhirnya proses mendapat passport, maka berakhirlah entri kali ni. Pasni boleh la update kisah berliburan pulak. Berliburan di mana? Tunggu ye.....
Tuesday, September 16, 2014
Saturday, September 13, 2014
escapism
Eric oppa!!! *shriekkkk*
Just wanna sit back and do k-drama marathon like no one cares. -.-
#np : infinite - back
Labels:
life,
photo,
randomness
Wednesday, September 10, 2014
My life...
#np: Sembunyi Rahsia - Asmidar
I'm homeeeeeee!!!!! Lama betul aku tak mengarang dalam ni. Last sekali entry aku bulan Jun, tu pun post gambar je. Hmmm. Nampak benor malasnya tu. Tak tak. Bukan malas, tapi kekeringan idea je. penat aku tunggu idea datang nak menulis, tapi haram jadah dia x datang. Sama macam aku duk tunggu semangat rajin aku masa study dulu. Hahaha. Rindu pulak nak sambung study balik. Ah, nanti la. Belum ada semangat lagi. Hari tu punya frust menonggeng pun tak baik lagi. Hahaha. Dah dah. Mengarut je lebih ni.
Hari ni aku rajin nak update blog. Ni pasal terpengaruh dengan Nurulism's blog. Pagi-pagi dah terjah blog orang, terus semangat nak tulis blog tu datang. Padahal semalam pun aku mengarut gak tulis kat my personal blog. Iye. Aku ada 2 blog. Bajet retis sangat la tu sebab ingat semua nak baca tulisan dia. Tak tak. Ini untuk kepuasan hati aku jugak. Rasa hati yang susah nak diterjemah kat sini, aku karang kat blog lagi satu. Biar puas. Sebab aku bukan orang yang senang-senang nak luahkan kat orang. Iya, aku tau, luahkan kat Allah. Tapi blog ni pun satu medium gak untuk aku luahkan perasaan aku. Iye idok? Suka hati aku la. Hahaha. Mengarut dah buat kali kedua... T_T
Okay. Nak tahu kehidupan aku sekarang? Same all, same all. Xde yang menariknya. Hari bekerja: Bangun pagi, masak, pergi kerja, balik kerja, online sambil download cerita, tengok cerita dan tidur. Hari cuti: Bangun, selesaikan kerja rumah, online sambil download cerita, tengok cerita, tidur. Rutin yang sama setiap hari. Kenapa aku tak sebut hari hujung minggu, tapi aku sebut hari cuti? Hari hujung minggu aku takkan sama dengan hari hujung minggu korang. Hari hujung minggu aku memang selalunya kerja. Sedih dan sadis betul. Dah macam pekerja bangla je pegi kerja pagi balik kerja malam. Cuma aku tinggi sikit la dari pekerja bangla sebab aku duk kat dalam air cond. Hehehehehe. Kadang kala letih, penat jugak hadapi rutin ni hari-hari, tapi nak buat macam mana. Demi mencari sesuap nasi or dalam konteks aku, demi mencari duit untuk shopping, aku gagahi juaaa.... Mungkin ini yang terbaik untuk aku. Redha dan tawakal Fiqa. Ada orang hidup lagi teruk dari yang ni. Aku okay je kerja ni. Cuma masa cuti tu la. Lebih-lebih lagi masa mak bapak aku balik kampung. Sadis sebab tak dapat jumpa dorang 2 hari dan sedih bila balik je, rumah senyap sunyi. Haish. Beratus-ratus kali kena tinggal pun aku tetap sedih lagi. Sebab aku benci kena tinggal. *sigh*
Dengan ini, sampai sudah writer's block aku. Maka aku ingin mengundur diri lebih dahulu sebelum diundurkan. Hahaha. Doakan aku supaya rajin update blog ni. Akhir kata, xoxo. =)
I'm homeeeeeee!!!!! Lama betul aku tak mengarang dalam ni. Last sekali entry aku bulan Jun, tu pun post gambar je. Hmmm. Nampak benor malasnya tu. Tak tak. Bukan malas, tapi kekeringan idea je. penat aku tunggu idea datang nak menulis, tapi haram jadah dia x datang. Sama macam aku duk tunggu semangat rajin aku masa study dulu. Hahaha. Rindu pulak nak sambung study balik. Ah, nanti la. Belum ada semangat lagi. Hari tu punya frust menonggeng pun tak baik lagi. Hahaha. Dah dah. Mengarut je lebih ni.
Hari ni aku rajin nak update blog. Ni pasal terpengaruh dengan Nurulism's blog. Pagi-pagi dah terjah blog orang, terus semangat nak tulis blog tu datang. Padahal semalam pun aku mengarut gak tulis kat my personal blog. Iye. Aku ada 2 blog. Bajet retis sangat la tu sebab ingat semua nak baca tulisan dia. Tak tak. Ini untuk kepuasan hati aku jugak. Rasa hati yang susah nak diterjemah kat sini, aku karang kat blog lagi satu. Biar puas. Sebab aku bukan orang yang senang-senang nak luahkan kat orang. Iya, aku tau, luahkan kat Allah. Tapi blog ni pun satu medium gak untuk aku luahkan perasaan aku. Iye idok? Suka hati aku la. Hahaha. Mengarut dah buat kali kedua... T_T
Okay. Nak tahu kehidupan aku sekarang? Same all, same all. Xde yang menariknya. Hari bekerja: Bangun pagi, masak, pergi kerja, balik kerja, online sambil download cerita, tengok cerita dan tidur. Hari cuti: Bangun, selesaikan kerja rumah, online sambil download cerita, tengok cerita, tidur. Rutin yang sama setiap hari. Kenapa aku tak sebut hari hujung minggu, tapi aku sebut hari cuti? Hari hujung minggu aku takkan sama dengan hari hujung minggu korang. Hari hujung minggu aku memang selalunya kerja. Sedih dan sadis betul. Dah macam pekerja bangla je pegi kerja pagi balik kerja malam. Cuma aku tinggi sikit la dari pekerja bangla sebab aku duk kat dalam air cond. Hehehehehe. Kadang kala letih, penat jugak hadapi rutin ni hari-hari, tapi nak buat macam mana. Demi mencari sesuap nasi or dalam konteks aku, demi mencari duit untuk shopping, aku gagahi juaaa.... Mungkin ini yang terbaik untuk aku. Redha dan tawakal Fiqa. Ada orang hidup lagi teruk dari yang ni. Aku okay je kerja ni. Cuma masa cuti tu la. Lebih-lebih lagi masa mak bapak aku balik kampung. Sadis sebab tak dapat jumpa dorang 2 hari dan sedih bila balik je, rumah senyap sunyi. Haish. Beratus-ratus kali kena tinggal pun aku tetap sedih lagi. Sebab aku benci kena tinggal. *sigh*
Dengan ini, sampai sudah writer's block aku. Maka aku ingin mengundur diri lebih dahulu sebelum diundurkan. Hahaha. Doakan aku supaya rajin update blog ni. Akhir kata, xoxo. =)
Labels:
life,
rambling,
randomness
Sunday, June 29, 2014
Saturday, June 28, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)









