Wednesday, July 27, 2022

#FGA - Cameron Highland 2022

 #np : TaeYeon - Weekend

Heloooooo!!!

Rindu aku tak? Teeheee.. Lama nau tak update blog ni. Kesian dah bersawang banyak dah... Kita clean up kejap sebelum kita resume ya....

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebenarnya, aku baru je balik dari Cameron Highland (CH) minggu lepas dengan keluarga. So, aku nak share la journey trip aku sepanjang kat sana. Aku pegi sana 3 hari 2 malam je (17-19 Julai 2022). Kami ambil keputusan untuk pegi hari Ahad sampai Selasa, sebab nak elak jem teruk. Almaklumlah, Cameron sekarang ni memang jem hujung minggu. Tak sanggup aku nak harung jem.. kang buat stress je banyak habis masa dekat jalanan.

Beberapa hari sebelum pegi, aku gigih ya buat itinerari. Siap baca peta lagi, untuk susun tempat melawat. 😆 Nak jimat masa. Trip ni kiranya macam trip santai-santai je la. Tak nak rushing... kita lek lek je... 

Akhirnya, tiba hari yang ditunggu-tunggu. Aku dan husband start gerak dari Shah Alam dalam pukul 7 lebih, sebab perancangannya, kami akan buat pit stop dekat R&R Rawang untuk breakfast dan jumpa parents. Dari R&R Rawang tu baru kami gerak sama-sama ke Cameron. Ikut plan asal, kami akan lalu Simpang Pulai, tapi sebab rasa macam jauh sangat, last minit tukar plan, masuk Tapah untuk ke CH. Warning.. sesiapa yang macam aku, mabuk kenderaan, sila standby travelling pil sebab laluan Tapah tu sangatlah mencabar ya. Macam ular kena palu, nyaris je nak muntah sebab tak tahan route dia. Tapi view memang cantik la, sebab masuk perkampungan Orang Asli.

Kat sini aku nak share antara tempat-tempat menarik yang patut korang lawat kalau dah sampai ke Cameron ni;

1. Big Red Strawberry Farm (BRSF)

- Kalau ikut itinerari, kami akan pergi lewat petang, sebab dah dekat dengan Homestay. Malangnya, sampai je dekat Tanah Rata, traffic jem kaw kaw. Agak pelik jugak kenapa jem teruk. Dua-dua hala jem. Musykil betul.

Plan nak ke Lavender Park pun terbantut, sebab ikut Pak Cik Waze, ambik masa 2 jam untuk ke sana, padahal jarak dia 12 km je, dalam 30 minit dah boleh sampai. Tak boleh jadi ni. So, lepas kami lunch di Tanah Rata, nampak je signage Big Red Strawberry, terus bagi signal masuk simpang. 

Actually, Big Red Strawberry Farm dengan Cactus Valley ni sebelah-menyebelah tau. So, kalau korang pegi Cactus Valley, boleh terus ke BRSF ni. Jimat masa. Takde entrance fee pun kat sini. Keluar je dari kereta, terus rasa cuaca dingin Cameron Highland. Kat sini korang boleh lepak-lepak, enjoy makanan berunsurkan strawberi. Contohnya, waffer strawberry, scone strawberry, kopi strawberi dan tak lupa, strawberi celup coklat. Korang jugak boleh petik lettuce kat sini. Segar-segar ya tanaman kat sini. Kat sini ada jugak jual kaktus, kalau sesiapa peminat kaktus. Sis mampu tengok je la, haha.










Minum petang kami. Strawberry Smoothies is a must.

Lepas kami minum petang di  Strawberry Farm, kami terus check in homestay. Rupanya, homestay kami bukan dekat je dengan Strawberry Farm ni, dekat gilos okay, berdepan dengan Strawberry Farm je. Pagi-pagi dapat view Cactus Valley & Strawberry Farm dari balcony homestay. Pastu homestay ni agak strategik la. Dia dekat tengah-tengah pekan Brinchang, easily access kalau nak pergi mana-mana tempat melawat. Kedai makan pun senang kat sini. Nama hometstay ni Ramadhina The Eagle Eyeview Home2Stay, Emerald Avenue. Rate dan review dari Booking.com memang terbaik, antara sebab aku pilih homestay ni. Memang tak salah pilihan pun. Homestay ni selesa sangat, macam terasa kat rumah sendiri pulak. Katil dia banyak woo. Ada 3 bilik & setiap bilik ada bilik air sendiri. Owner pun memang ramah dan bagi complete guide untuk ke Homestay tu. Memang puas hati la. 

Ni yang aku cakap view dari balcony homestay tu.

2. Lavender Park (LP)

Petang tu, kami sambung balik itinerari, ke Lavender Park. Mula-mula aku give up nak gerak mana-mana petang tu sebab tak nak tempuh jem, tapi bila husband semak waktu operasi Lavender Park, tutup pukul 7. Sempat la kalau kami nak ke sana.

Rupanya, bila petang tu kami keluar, jalan clear betul. Macam jem tak pernah berlaku. Haha. Aku syak tengah hari tu jem sebab orang ramai check out dan buat last trip sebelum nak kembali ke tempat masing-masing. So, pergi la hari Ahad ya. Memang petang tu jalan clear sampai kami pulang. Tenang saje nak berjalan ke mana-mana.

Okay, kita sambung balik. Kami sampai di Lavender Park dekat nak pukul 6 petang. Macam aku cakap tadi, perjalanan dari homestay ke LP ni dalam setengah jam. Kat sini ada bayaran masuk. Dalam RM20 untuk dewasa. Untuk kanak-kanak tak pasti sebab takde kanak-kanak yang ikut trip ni. Agak pricey tapi boleh la. Once in a lifetime gittew.

Kat sini ada macam-macam jenis bunga ya, terutamanya bunga Lavender. Teringat dulu kenal Lavender sebab baca Komik Penyiasat Remaja. 😆 Bahagian atas pulak ada bahagian petik strawberi, tapi sebab kami datang dah lambat, pihak taman dah tutup bahagian tu. Tak dapat la nak merasai pengalaman petik strawberi.Tapi sempat la kami beli strawberi, buat makan-makan kat homestay nanti. Strawberi kat sini gemuk-gemuk ye. Geram je tengok strawberi kat pokok tu. Tempat OOTD pun banyak kat sini. Aku tengok tempat ni banyak jugak dah berubah, berbanding 5 tahun lepas. Lagi cantik. So jangan lepaskan peluang untuk ke sini ya. Lagipun, kat mana lagi boleh jumpa real Lavender ye idok... Malangnya kami tak dapat explore sangat kat sini sebab kesuntukan masa. So, next time kena repeat lagi kot.  


Ni paling lawak. Nasib la sempat bergambar, sebelum pokok belakang tu kena tebas sebelum kami pulang. 😂




Di tengah kebun lavender.

Sweetnyeee.. 😍

Kan dah cakap, gemuk-gemuk dan merah-merah tau strawberi dia.

Sempat beli sebelum tutup kedai.





Next destination, dinner. Kami tukar lagi itinerari. Plan dinner asal dekat nak makan steamboat kat Restoran Taman Abang Cameron, kawasan Tanah Rata. Tapi sebab takut masih jem lagi nak ke Tanah Rata, kami ambil keputusan untuk pegi makan makanan Thai dekat Restoran Nik Ikan Bakar 2. Restoran ni depan homestay kami je. One of recommended restaurant kalau nak carik tempat makan. Makanan pun sedap dan murah.

3. Centrum Boulevard

Tempat ni tempat baru. Actually dia mcm mini shopping mall tapi ada kawasan untuk lepak-lepak malam-malam. Ambience dia cantik, sebab banyak lampu-lampu. Kedai kopi franchise macam Starbuck, Zus dan Coffee Bean pun ada kat sini. Boleh la lepak-lepak kejap sebelum nak balik ke homestay.

Pintu masuk. 




Pura-pura terkejut 😜



4. Cameron Valley Tea House 2 (Bharat Tea)

Untuk hari kedua, kami berjalan-jalan ke Tanah Rata dulu. Cameron Valley Tea House ni antara tempat wajib pergi ya kalau ke Cameron. Kat sini kami boleh tengok macam mana peladang kutip daun teh. Kami bersarapan kat sini sebelum pegi melawat ke Ladang Teh. Malangnya pilihan makanan tak banyak. Nasi lemak pun sold out walaupun ada kat poster. Agak kecewa sikit. Disebabkan itu, pagi tu kami bersarapan ala Inggeris ya, dengan scone dan pastry beserta brownies. Curlass kau Jahh... 😆

Untuk masuk ke Ladang Teh, ada bayaran masuk sebanyak RM4 seorang. Dapat je wristband tu, tandanya korang boleh masuk kat area ladang teh tu. Boleh la OOTD sakan ya kat situ. Kat situ jugak ada sesi mencuba pelbagai teh, tapi kami tak join pun. Ada bayaran menanti tau. 

Pemandangan Ladang Teh

Curlas jah makan brownies ice cream untuk sarapan.






5. Taman Agroteknologi MARDI

Mulanya aku macam reluctant la nak pegi sini, rasa macam tak best je. Tapi sebab banyak review recommend untuk ke sini, aku masukkan jugak dalam itinerari. Sungguh sangkaan aku salah. Tempat ni best tau. Kawasan besar, banyak tempat menarik boleh tengok. Tumbuhan-tumbuhan yang jarang jumpa dan unik boleh jumpa kat sini. Kat sini, kami jumpa pokok pisang hutan. Kenapa aku cakap unik, sebab buah dan jantung pisang tu tumbuh ke atas. Tak pernah nampak kan. *Ke aku je yang pertama kali nampak?* Taman herba dan bunga pun ada. 

Kat sini pun ada pokok epal dan anggur, tapi dalam kawasan terpelihara la. Masa kitorang datang, buah anggur takde, buah epal je ada. Dapat la tengok dari jauh. Macam biasa la, bukanlah Syafiqa tanpa OOTD. Haha. Kat sini jugak korang boleh OOTD puas-puas tau. 


Like a Boss 😎


Ni peta dia. Macam-macam ada.

Ni la Pisang Hutan. Unik kan, jantung dan buah tumbuh ke atas?

Ni rumah ala Inggeris


Ni bunga rare. Nama dia Emerald Vine

Ibu dengan ros 



Ni kawasan taman epal, tapi dipagari.

Tu ada epal seketul. Mampu tengok dari jauh je.

6. 200 Seeds Cafe @ Abang Strawberry Farm

Sebelum pulang ke homestay, kami singgah makan tengah hari di 200 Seed Cafe, Kampung Taman Sedia, tengah-tengah di antara Tanah Rata dan Brinchang. Ni pun tempat viral, terkenal dengan Nasi Lemak Strawberry. Meh la cuba sekali, at least tau rasanya macam mana. Kat sini sebenarnya banyak je kedai-kedai makan dan kebun strawberry yang berdekatan. Ada Restoran Opah Strawberry la, Aidilbadri Strawberry Cafe. Walaupun kami pergi hari Isnin, masih kena beratur lagi ya. Dah nama tempat viral, memang kena la sabar menunggu. Tapi ramai jugak la kurang sabar, pindah ke kedai sebelah yang berdekatan. Aku jenis yang masih sabar, masih tunggu la kat situ. Penantian kan satu penyiksaan, tapi akan manis jua akhirnya. Bermadah ya di situ. Haha. 

Kat sini kita kena banyak layan diri, sebab katanya pekerja tak cukup. Order pun pakai online je, bayar baru pergi kaunter. Makanan kena ambil sendiri di kaunter makanan Kami sudah tentu la order yang Nasi Lemak Strawberi beserta ayam goreng. Mula ingatkan semua rasa strawberi, tapi rupanya tak. Masih lagi kekalkan rasa nasi lemak ya. Warna nasi je merah jambu. Sebagai peminat nasi lemak, sis approve nasi lemak Abang Strawberi ni.

Sebelum keluar dari restoran Abang Strawberry ni, kami sempat beli ole ole untuk bawak pulang. Ada kedai di bahagian belakang restoran, khas untuk sesiapa nak beli buah tangan. Ada jual kordial strawberi, kopi strawberi, jem strawberi, macam-macam la yang berasaskan strawberi.



7. The Sheep Santuary, Kea Farm

Yang ni pun antara tarikan baru di Cameron Highland. The Sheep Santuary ni dalam kawasan Kea Farm. Kat sini kita boleh mendekati kambing biri-biri, siap boleh bagi makan ya. Bayaran masuk RM8 seorang, dan dapat stok makanan untuk diberi kepada biri-biri. Biri-biri kat situ jinak-jinak, dibiarkan lepas. So, kita berpeluang untuk sentuh biri-biri ni. Gebu gebas semua biri-biri ni. Malangnya sis ni penakut, tengok dari jauh je. Huhu.




8. The Butterfly Farm & Zootopia

Kami singgah ke Taman Rama-rama sebelum pergi makan di Restoran Taman Abang Cameron. Kat sini, ada kawasan rama-rama; yang dibiarkan terbang bebas. Tiket masuk RM10 seorang.  Ada mini zoo jugak untuk tengok binatang lain. Macam-macam binatang boleh tengok seperti raccoon, Australian Kangaroo, kucing hutan, arnab dan sebagainya. Budak-budak memang suka la. 






Curlass you.. jumpa kangaroo jugak kat sini.. takyah pi Aussie.. 😂😂

9. BOH Tea Centre, Sungai Palas

Hari terakhir kami di Cameron, kami ke BOH Tea Centre untuk bersarapan. Ladang teh BOH ni antara yang terbesar. Kawasan dia jauh ke dalam berbanding dengan Cameron Valley, dan berliku liku. Jalan pun agak sempit, sebab tu ada pengawal yang jaga lalu lintas kat sana. Ramai yang recommend untuk datang awal-awal pagi. Memang betul, kalau kami lambat sedikit, memang sesak la. Tak dapat bayangkan kalau trafik hujung minggu macam mana. 

Perjalanan ke BOH Tea Centre tu, kami disajikan dengan pemandangan indah ladang teh. BOH Tea Centre ni terletak kat puncak. So kena daki sikit la untuk sampai ke Tea House dia. Tapi jangan risau, berbaloi tau. Makanan kat cafe dia sedap-sedap belaka. Kat sini korang boleh cuba jenis teh yang dihasilkan oleh BOH. Macam-macam ada. Kenyang kami bersarapan di sana.







10. Lata Iskandar

Sebelum pulang, kami sempat singgah ke Lata Iskandar. Dapat hirup udara segar sebelum sambung perjalanan pulang, hilang sikit rasa mabuk kenderaan tu. Tapi kalau dapat mandi manda pun syiok jugak. Air dia sejuk tau, almaklumlah, air terjun. Sebab masa mencemburui, kita simpan la angan-angan tu. Dapat bergambar pun jadi la.


Untuk trip kali ni, aku enjoy sangat-sangat berbanding masa honeymoon dulu. Cuaca sejuk, orang pun tak ramai, tenang-tenang je jalan-jalan. OOTD pun senang sebab tak ganggu orang. Tapi ada je tempat lain yang tak dapat nak pegi sebab kesuntukan masa. Mungkin boleh plan lain kali.

That's all untuk entri kali ni. Jumpa lagi di entri akan datang, mudah-mudahan. Haha

Tata~


Wednesday, March 28, 2018

Bandung, with love : Day 1 & 2

Hai uolls. Lama rasanya tak update pasal bercuti. Almaklumlah, lama gila tak pergi bercuti. So, dah start rindu untuk terbang di awan sana. Last terbang 3 tahun lepas, buat umrah. Lepas tu, semuanya berubah. Kerjaya berubah, status pun berubah.
Sebenarnya aku baru je balik dari terbang di awan biru. Boleh agak tak ke mana kita? Kali ni kita jejak bumi Indonesia pulak. Bagaimana bermulanya kisah ini? Alkisahnya begini… tahun lepas, mak aku cakap ada geng sekolah dia buat trip pergi Bandung. Mak aku semangat sangat nak pergi, so dia offer la aku untuk ikut sekali dengan ayah aku. Aku pun apa lagi.. Of course la nak kannnn?? So, aku mintak izin dekat suami untuk pergi ke sana dan dia setuju. Actually, aku ajak dia sekali, tapi dia tak nak. Sebab dia ada aim sendiri; selagi aim tu tak tercapai, so takleh nak kemana. Aku tak kisah pun, yang penting dia izin dan redha aku pergi.
Untuk trip ni, sang pengelola beritahu budjet ke sana dalam RM1200, all in (termasuk flight, hotel dan makan); boleh bayar secara kutu. Masa trip tu, kita hanya bawa duit untuk belanja je. Yang lain semua siap. Aku okay je mana-mana. Puas jugak la aku kumpul duit untuk ke sana. Nasib baik la dapat bonus hujung tahun lepas, so dapat la bayar trip ni. Alhamdulillah.
Trip ke Bandung ni bermula dari 16 hingga 21 Mac 2018. Seminggu sebelum kami berlepas, aku pun pergi money changer untuk tukar duit. Sebenarnya bulan satu hari tu mak aku dah tukar duit kat area KL; 1 juta rupiah = RM295 sebab kat area KL tu tukaran wang dia agak murah berbanding tempat lain. Dan masa tu je mak ayah aku turun KL dan takut mata wang naik tinggi. Tapi, seminggu sebelum berlepas, kitorang tambah lagu tukaran duit, sebab rasa macam tak cukup je setakat tukar rm500. So, masa aku tukar seminggu sebelum berlepas, aku dapat tukar 1 juta rupiah = RM288.50. Tak sangka pulak mata wang kita makin kukuh. Tapi takpe la, redha je la apa yang dapat tu.
Kitorang naik flight Air Asia dari KL ke Jakarta. Flight kitorang tu pukul 11.55 malam. Kenapa ke Jakarta? Sebab Jakarta lagi murah tiket flightnya berbanding direct terus ke Bandung. So, kira macam nak save budget la. Dari Jakarta, kita akan naik van untuk ke Bandung. So, disebabkan flight aku malam, aku decided yang aku kerja half day hari Jumaat tu (Nak jimat cuti punya pasal :-p). So aku bertolak ke KLIA2 dalam pukul 5.30 ptg; naik van bersama-sama family dan kawan-kawan sekolah mak aku.

Sampai je dekat KLIA2, aku macam kagum sikit. Almaklumla, dah lama dah masuk KLIA2, so memang seronok betul masuk sana. Moden gila; banyak bezanya berbanding masa aku first time naik Air Asia dulu. Sekarang ni, kat KLIA2, shopping mall dia syok gila. Most brand ada kt KLIA2. Malangnya aku tak sempat nak explore sangat kat sana.

Sekarang ni Air Asia buat procedure baru, customer kena buat self check in bag dekat kiosk yang berdekatan. Kitorang pun terkial-kial nak check in bag. Tapi sebenarnya dia dah mudahkan urusan kita nak check in bag. Lepas kita print tag untuk bag, kita kena tunggu kaunter check in bag buka. Kenapa kita kena pergi check in sekali lagi? Kan dah check in bag dah? Dia macam ni, Yang self check in tu seperti kita confirmkan kat pihak airport yang ada bag kita yang akan masuk kat kabin flight; kiranya macam kita book siap-siap tempat bag kita. Lepas tu, kita pergi kaunter check in, untuk kita hantar bag kita ke cabin. Ada faham?

12.45am (waktu Indonesia), kami pun tiba di Airport Soekarno-Hatta, Jakarta, Indonesia. Indonesia ni beza 1 jam lewat dari Malaysia. So kiranya kami sampai dalam pukul 2.45 pagi waktu Malaysia. Kemudian, pukul 1.00am, supir datang ambil kitorang dan naik van utk ke bandung. Pak supir bawa kitorang singgah istirehat km18 (ala-ala rnr malaysia) utk solat. Kagum sangat sebab istirehat km18 tu ada masjid di bahagian atas. Sebaik sampai je, waktu subuh pun masuk (4.42am). 
Pukul 9.30am, akhirnya kitorang sampai di kota bandung. Pak supir terus bawak kitorang sarapan di restoran ala-ala hipster, namanya Kampiun Bistro. Nasi lemak special dia bagi. Tapi sebab first time jejak kaki kat negara orang setelah lama tak keluar, so aku makan sikit je la.. kata orang baru nak start engine.. Kat sini juga kitorang dikenalkan dengan Pak Hendra, pemandu pelancong kitorang. Orangnya ganteng, muda lagi, maybe dalam umur awal 30an.
Pukul 11.00am, kitorang dibawa pergi rumah sulam. Aku pun kurang membeli kat situ, sebab tak tau apa yang akan dijumpa selepas itu. Maka, aku berpada-pada dalam membeli belah. Tapi sempat jugak la ambik 1 pasang kain sulam dgn 1 pasang kain telekung. 
1.30pm - check in hotel. Nice hotel walaupun bintangnya tak banyak 😆😆. Puas hati jugak la dengan tempat tinggal. Maka, kitorang rehat dulu sebelum teruskan aktiviti seterusnya. Almaklumla, dari semalam tak mandi, so memang kena mandi la dulu.
2.30pm - bergerak ke pasar baru. Pasar baru ni syurga membeli belah. Macam-macam ada jual. Too bad sebab kitorang dah terstuck lama carik baju batik family, sampai naik pening kepala nak pilih. Rasa macam tak puas je beli barang kat sini, sebab hanya 3 kedai je yang sempat jelajah. Kat situ kitorang just shopping baju batik, kain pasang dengan telekung.
5.00pm- pegi toko tiga. Yang ni syurga beli belah barangan berjenama yang original. Bayangkan, baju shirt branded sperti fred perry, burberry & Calvin Klein kat situ jual dalam rm40 je. Kalau beli kat butik, memang tak lari la rm150++ terbang. Yang ni, aku tak la shopping sangat untuk diri. Tapi tempted jugak aku nak borong baju untuk laki aku. Tapi need to stop sebab ada barang lagi penting yang aku nak kena beli esok dan lusa. So berpada la
7.00pm - pergi makan malam. Shopping punya pasal terus lupa pasal makan. Padahal kita dah skip lunch. So untuk makan malam, pak hendra bawak kitorg ke kedai masakan sunda. Not bad masakan sunda ni. Kami dihidangkan dengan nasi putih, berlaukkan sup soto campur, tauhu grg cili dan ikan masak pedas. Kedai pun boleh tahan cantek interiornya. Disebabkan kitorg lapar gila, kejap je habis makanan yang dihidang. Lepas makan, kitorg pun pulang ke hotel untuk berehat. Iye la.. tak tidur lena malam semalam. So, marilah berehat dan mengumpul tenaga. 💪🏻💪🏻

Wednesday, November 15, 2017

Present

Alkisahnya.. masa majlis kahwin aku hari tu, geng diet gen 6 ada bagi hadiah. Biasa la kawan kahwin, mesti la dorang bagi hadiah kan.. tapi hadiah ni lain sikit.. kawan- kawan aku bagi hadiah voucher hotel 2 hari 1 malam (weekend) dekat Gold Coast Morib Resort. Aku happy la.. orang sponsor trip honeymoon kan.. 

So, disebabkan kitorang sibuk especially hujung minggu dari lepas kahwin, kitorang pun tak la redeem voucher tu sampai schedule free. Sebab aku tengok booking tu valid sampai hujung tahun; aku pun biarkan je la. kang redeem tapi tak tahu tarikh, pelik pulak kan.. Rupa-rupanya.. voucher tu kena redeem dekat hotel. Hadiah yang aku dapat tu bukan voucher dari hotel tu; just perantara antara pihak hotel dengan website tu (Fave). Disebabkan aku ni tak biasa nak redeem voucher gitu, so aku miss redemption period, yang berakhir hujung Julai hari tu. Dan aku tahu dah lepas Julai. Maka, voucher tu tak valid lagi.. nak menangis aku bila dapat tau benda tu; which is seminggu sebelum tarikh yang kitorang plan. Dah la laki aku dah siap ambik cuti seminggu untuk nak pegi trip tu. Last-last voucher takleh nak guna. Laki aku dah bengang kenapa boleh jadi camtu. Haru la kejap macam mana nak buat.

Malam lepas dapat tahu voucher tu takleh guna, gigih aku buka website Fave tu; cari pakej yang affordable dekat Gold Coast Morib (GSM) tu. Aku tak tahu la memang nasib aku bertuah or memang dorang selalu ada promotion; aku dapat satu pakej yang menarik la dekat GSM tu. 2d1n studio room dekat GSM. Harga pun okay la; sebab aku bajet area rm200++. Lepas dah capai keputusan dari dua belah pihak, aku pun book pakej tu dan bank in terus. So, belajar dari kesilapan, aku pun cepat-cepat email kat pihak hotel untuk redeem voucher tu. Aku letak details semua dekat email tu. Disebabkan pakej yang yang aku baru book tu boleh guna start hari ahad sampai hari jumaat; so aku book tarikh 12-13 Oktober la untuk nak book hotel tu. Alhamdulillah, semua okay. Sehari lepas tu aku dapat email yang reservation bilik aku tu berjaya. Dekat pakej aku dapat dua single bed, tapi Alhamdulillah masa reserve tu, aku dapat katil queen size. Kira alright la kan. Aku interact dengan pihak hotel guna email je. Sebab aku dah try call tak dapat. Guna email pun okay gak. Cepat jugak pihak hotel reply. Tambah point dekat GCM. 😊


 
Yang ni pakej yang aku pilih
 
 Yang ni dapat bila lepas buat pembayaran 

Panjang pulak kisah hadiah ni.. sambung next entry la ye P/s: terima kasih la banyak- banyak dengak Alia deng Kak Long sebab sudi jadi second opinion aku.. semua benda aku cerita kat dorang. Dorang la kawan dunia akhirat aku. Alhamdulillah la sebab dikurniakan kawan begini. Plus, aku rasa bersalah sangat-sangat. Dah la dorang bagi hadiah, tapi takleh nak guna. Sorry korang.. xde rezeki la nak guna pemberian korang tu 🙏🏻🙏🏻

Saturday, October 28, 2017

Dari Dapur Fisya : Resepi Sup Krim Cendawan 

Halooo.. lamanya tak posting kat sini.. ada orang rindu tak kat kitaaa? Haha.. kali ni kita post benda paling best.. iaitu resepi makanan.. 😋😋😋  Memang kena post kat sini kalau kita dapat resepi.. sebab nanti senang kita nak carik balik resepi kita yang dulu- dulu.. huhu Sebenarnya.. kita rindu nak masak.. almaklumlah, kita ni takde dapur sendiri.. tumpang dapur ibu je.. so, memandangkan ada orang request nak makan mushroom soup dgn garlic bread, so kita layankan je la..  Sebab kita tak tau macam mana nak buat mushroom soup... so apa lagi.. kita tanya ms google je la.. Ms Google kan know it all.. hihi 

Bahannya: 
1000ml air 
500 ml susu segar 
1 tin cendawan butang di cincang halus 
3 ulas kiub ayam 
1/2 cwn tepung gandum dicampurkan dengan 1 cwn air 
sedikit garam sedikit perasa
sedikit serbuk lada hitam utk menghidang( jika suka) 

Caranya.. 
1. Masukkan 1000ml air kedalam periuk..Panaskan sekejap 
2. Bila dah mula mendidih masukan 500 ml; susu segar berserta kiub ayam. 
3. Dengan api yang perlahan biarkan susu mendidh sebentar dan kiub ayam larut. 
4. Bila susu dah mula mendidih addkan tepung yang telah dicampurkan dengan 1 cwn air tadi.  
5. Kacau rata tepung agar bersatu dengan susu..Tambahkan cendawan yang telah dicincang tadi.  
6. Perlahankan api biar bahan mereneh dan memekat diatas api. 
7. Bila bahan dah memekat, addkn sedikit garam serta sedkit perisa ajinomoto. 
8. Biarkan mereneh sebentar .Kacau selalu.Bila dah memekatdan sesedap rasa bolelah dihidangkan 
9. Taburkan sedikit serbuk lada hitam diatasnya jika suk ketika menghidangnya.. 

Senang rupanya buat mushroom soup ni.. kita ni tak suka mushroon soup yang instant tu.. rasa dia lain macam sikit. Mungkin sebab dah tambah bahan pengawet itu bagi sedap.. so itu je la cara- cara nak buat mushroom soup.. sedap bak hang... cenggini haaa rasanya 👍🏻👍🏻👍🏻 

Kredit resepi ni dekat http://secuitrasaumiejazz.blogspot.my/2015/10/mushroom-soup-berbaloi-buat-sendiri.html?m=1

terima kasih banyak2 la ye atas resepi.. ilmu yang bermanfaat.