Monday, June 16, 2014

Sabah trip - Flying for the first time

Okay, meh aku sambung balik kisah aku dan family gi bercuti kat sabah hari tu. Kitorang gi 4 orang je. Adik bawah aku xdapat nak ikut sebab exam. Sedih. Tapi apa nak buat. Exam itu penting. Ilmu itu penting. Kejar ilmu dulu. Melancong ni bila-bila boleh buat. Teringat pulak masa aku study dulu. Banyak kali je kena tinggal kat uia masa family pakat ramai-ramai gi vacation. Hanya mampu berduka dalam diam je la. Tapi Alhamdulillah. Aku berjaya jugak jejak kat kat area pantai timur. Kelantan-Terengganu-Pahang beres. Ini la kelebihan duk jauh sikit dengan family. Dapat gak la melancong ke negeri orang. Kalau tak, asyik nak balik rumah je. Dasar anak emak. Huh. Eh, dah sampai mana la aku melalut ni. Moh kembali ke pangkal jalan. Hehe.

Sebab tiket kitorang ke Tawau kul 9.25 pagi dan kitorang kena ada kat sana sejam sebelum flight sebab takut tertinggal flight, maka lepas subuh kitorang bertolak. Pukul 7 pun lepas subuh kan? Hehe. Nasib baik la kitorang gi hari Ahad. So takde la jam sangat jalan. Kitorang mintak tolong kawan ayah untuk hantar kitorang gi airport. Kawan ayah kata, kalau hari biasa, memang xde makna la nak cepat. Sini jam sana jam. Hmmmm. Duk KL ni memang menempuh jam sentiasa. Kalau tak, bukan nama Key Ell la. Hahaha. Oh, kitorang naik flight kat KLIA 2. Curlass kau. Dulu LCCT pun xpernah jejak, terus gi jejak KLIA 2 terus. Tapi memang best KLIA 2. Yang tak bestnya, tempat flight nak boarding sangat jauh dengan tempat kitorang check in. Nasib la kitorang boarding kat Gate 5. So xde la terasa jauh sangat. Tambahan dengan jakun tengok tempat baru, tengok-tengok dah sampai boarding gate dah. Boarding gate kat Klia 2 ni dengar-dengar sampai berbelas-belas. Bayangkan betapa jauhnya nak menapak ke boarding gate yang last sekali tu. Fuh semangat. Bak kata Kak Izzah, dah boleh buat marathon sambil buang lemak2 yang terkumpul dah nak gi ke boarding gate sana. Hahaha. Sungguh exaggerated ayat itu, tapi benar. 

 
Nah, KLIA 2.

 Beratur nak check in.

Domestic Check In - Sila beratur di sini

 Ada orang tu excited nak naik flight woiii

Haru biru

Hello sunshine!

Relakan aku pergi membawa hati yang lara ini...... -.-

Loving couple yang mesti bersama ke mana-mana.

Dalam pukul 9 lebih, kitorang pun dibenarkan masuk dalam flight tu. Excited gila kitorang bertiga. Tiga orang je la sebab bapak aku dah banyak kali naik flight. So, dia apa de hal. Haha. Aku buat-buat excited je la sebab masa aku on the way nak gi check in flight, aku dapat perkhabaran yang tak enak. Tak mau cerita, cukup hanya aku dan aku sahaja yang tahu. Memang berita tu buat aku hilang semangat untuk bercuti. Rasa cam nak nangis dan nak jerit je kat tengah2 KLIA tu. Ah jangan carik pasal Fiqa. Buat malu keluarga je. Benci. Menyampah. Kenapa la mesti ada rasa itu. Opsss. Dah dah. Kan kata xleh nak bagitau. 

 
Hai kawan! Dah nak berlepas ke? *lelambai*

 Nampak tak muka excited ni? Muka penuh Nur. =D

Jalan ke pintu bahagia. Eh?

So, aku duk dengan adik aku yang last dan mak ayah aku duk honeymoon kat depan. Sebelum kitorang berlepas, pihak air asia ada beri sikit kata2 dan langkah2 semasa dalam kecemasan. Kitorang pun dengar dengan kusyuknya sambil aku cuci mata tengok pramugara hensem. Eh. Hahaha. Pastu diorang pun check la samada kita dah pakai seatbelt ke belum dan mula edarkan makanan kat sesiapa yang ada order makanan masa bookong flight hari tu. Kitorang xde la order makanan. Setakat 2 jam 50 minit punya perjalanan, xkebulurnya tak makan. *Padahal dah melantak set breakfast McD sebelum bertolak tadi* Lepas tu, flight pun mula berlepas. Syok aku tengok pilot nak naikkan kapal terbang ke udara. Smooth je. Memang berpengalaman la pilot ni. Terima kasih En Pilot sebab bagi aku pengalaman yang tak mengerikan. Pasni boleh la selalu naik flight, kan? 
 
Mak aku punya la excited naik flight sampai ke sudah asyik bercakap je dengan ayah aku. Aku pun tak tahu apa la yang dorang bualkan kat depan tu. Aku dan adik aku, dua2 hanyut diulit mimpi. Aku awal2 dah ambik ubat motion sickness sebelum naik flight sebab aku tau aku ni mudah benor kena motion sickness. Naik kereta balik kampung tengah2 panas pun boleh buat aku pening kepala. Sebab tu aku lebih suka tidur je dalam kenderaan. Xde la terdera hati sangat sebab sakit kepala. Tapi aku tidur-tidur ayam je la. Lepas sejam aku tidur (sejam tu dikira tidur-tidur ayam ke? -.-), aku pun menikmati pemandangan di udara. Subhanallah. Sangat cantik. Tak mampu nak diungkapkan kecantikannya dengan kata-kata. Apa yang aku nampak kat peta dulu-dulu, begitu la rupanya di awan biru. Malah lagi cantik dari apa yang aku bayangkan. Terima kasih Ya Allah sebab bagi aku kesempatan untuk lihat kejadianMu. Buat aku lupa seketika gundah gulana hati aku. 

Kami di awan biru

Ku lihat hijau. =D

Kitorang pun sampai kat airport Tawau dalam lebih kurang pukul 12 tengah hari. Lepas settlekan urusan dan ambik barang semua, kitorang pun carik la tempat rehat sementara nak tunggu next flight ke KK kul 4.30 petang. Kitorang pun lepak kat tingkat atas airport Tawau ni makan-makan dan tumpang solat sekali la. Airport Tawau ni takde la besar sangat tapi okay la. Kitorang makan santai-santai je sebab lama kot nak tunggu kul 3 apatah lagi kul 4. Kitorang borak-borak tak ingat dunia. Seronok sangat masa tu. Rasa bonding sangat dengan ahli keluarga. jarang kitorang dapat peluang macam ni. Terima kasih Ya Allah.

Eh, korang tau tak, bila kita masuk Sabah je kita akan dapat pas lawatan sosial untuk kebenaran kita menetap kat Sabah selama 3 bulan? Tau ke tak tau? Kalau dah tau pun, aku tetap nak bagitau. Pedulik apa aku. Hehehe. Dengan adanya pas kebenaran ni, kita tak perlu la buat pasport bagai. Pastikan pas tu kita simpan baik-baik sebab nanti bila nak balik, pihak kastam nak tengok pas tu balik. Kalau tak, xleh balik la jawabnya. Sob3. 

Macam ni la rupanya pas lawatan tu.

So, pukul 3 lebih kitorang pun siap-siap nak check in naik flight. Dan benda yang sama kitorang lalui macam kat klia pagi tadi. Sampai flight attendant buat briefing untuk langkah2 kecemasan pun kitorang buat dunno je sebab bajet dah tau dan dah dengar pagi tadi. Ah. Eksen je lebih kau ni Fiqa. Haha. Ambik kau. 2 flight sekali satu hari. Gaya cam nak gi London tapi transit kejap kat Dubai. Tapi dalam kes kitorang, nak gi KK, transit kat Tawau. Tawau-KK xde la lama sangat duration flight dia. Tak sampai satu jam pun. Aku baru nak tidur dah kena kejut dengan flight attendant suruh bangun sebab dah nak sampai. Ala.... baru nak bina mimpi. Kacau betul la. Nasib baik cantik. Kat situ aku jumpa flight attendant korea. Nama dia Anna Kim. Muka cam Son Ga In. Kecik comel molek je. Teruja terus aku. Tak dapat gi korea,dapat diserved dengan flight attendant korea pun aku okay sudah. Dah sampai kat KK, mak aku kata, memang puas betul la naik flight. Satu hari kitorang habiskan kat airport dan naik flight je. Korang hado?? =D

 
Hello Tawau! *lelambai*

 Naik flight balik untuk ke KK.

Amboi mak bapak aku. Excited kemain. Siap lambai-lambai lagi. 

Sila ambil barang masing-masing ye.

Nak naik flight ke KK dari Tawau ni lain sikit la dari naik flight kat KLIA. Kalau kat KLIA tadi, kitorang terus je naik flight melalui terowong. Kalau kat airport Tawau ni, old fashion sikit. Kena naik tangga untuk naik flight. Pengalaman menarik ni. Kita boleh la tengok besar mana kapal terbang kita. Dan boleh buat jugak aksi lambai-lambai dengan background kapal terbang. Macam yang mak bapak aku buat kat gambar atas ni. Baru real sikit dan orang pun percaya yang kita naik kapal terbang. Haha.

Sampai je kat KK, dah pukul 6 lebih. Yang menakjubnya, pukul 6 tapi cuaca kat langit dah mula gelap macam dah senja. Aku ni lupa agaknya yang Sabah ni masa dia awal sejam. Padahal tiap2 bulan Ramadhan, aku la orangnya yang selalu komplin kenapa Sabah buka puasa awal. Pastu sibuk nak gi berbuka kat Sabah sebab nak buka awal. Sungguh kanak2 pemikiran itu. Haha. Sampai kat airport KK. Kitoorang dijemput oleh Abang Rizal dengan Pak Lang aku. Abang Rizal ni sepupu ipar aku. Maka kitorang pun dibawa pergi ke homestay yang telah ditempah. Sebelum tu, Abang Rizal bawa kitorang singgah minum kat area warung dekat tepi laut. Subhanallah. Cantik sungguh pemandangan matahari terbenam. Malangnya aku takde dslr maka tak dapat la nak merakam momen-momen yang terindah tu. Sob3. 


Beautiful scenary. Subhanallah. *Ni je yang aku mampu rakam*

Malam tu kitorang duk lepak je kat homestay yang dorang dah sediakan. Abang Rizal sebenarnya ajak kitorang keluar berjalan malam sambil nak isi minyak kereta untuk nak berjalan esok malangnya semua dah keletihan. Pukul 9 kitorang dah mula baring2 kat katil. Pukul 9 semenanjung la, lebih kurang pukul 10 kat Sabah. Kira fair la tu kot. Kat Semenanjung takde maknanya nak tidur pukul 10. Masih awal tu. Banyak lagi benda nak buat. Bak kata pepatah urban, malam masih muda tu. Hahaha

Okay. Sekian saja untuk hari pertama. Hari kedua dan seterusnya, kita sambung lain kali. Toodle~

Sunday, June 15, 2014

Sabah Trip - Mukadimah

Apa? Sabah trip? Yeehooo. Trip ni datang secara tiba-tiba. Memang tak dijangka pun. Setelah aku kecewa tak dapat pergi trip ke Seoul, tiba-tiba Allah bagi aku berita gembira. Di pagi Sabtu yang hening, mak aku call dari kampung kata bapak aku ajak gi Sabah cuti sekolah ni. Terkejut aku. Pastu bapak aku cakap suruh gi carik tiket kapal terbang ke sana. Hmm. Tak sampai 1 minggu lebih pun lagi nak cuti sekolah. Harga tiket takyah nak cerita la. Mencanak-canak la Air Asia naikkan harga. Dah la musim cuti sekolah. Nasib la. Sapa suruh takgi book awal-awal. Hmmm. Bapak aku ni memang unpredictable lah. Tak kisah la. Asalkan dapat naik kapal terbang dan gi over the sea..... aku okay dah.

Kenapa Sabah? Sebab sebenarnya sepupu aku ada kat sana. Dia kerja kat sana dah nak sampai 10 tahun dah, Dan tahun ni mungkin yang terakhir dia duk kat Sabah. Kitorang sebenarnya dah lama pujuk bapak aku nak ajak gi Sabah. Bapak aku ni pesen, kalau takde orang kat sesuatu tempat, memang tak la dia nak gi sana. Penat weh pujuk. Bertahun-tahun kitorang pujuk akhirnya jadi gak. Yey!

Aku pun book la tiket flight dari KL ke Tawau pada mulanya. Kenapa pada mulanya? Sebab rupa-rupanya sepupu aku dan mak cik aku semua nak gi berjalan kat Kota Kinabalu.  Sepupu aku ni duk kat Tawau, tapi biasa la cuti sekolah, dia pun nak la berjalan bawak family dia semua. Mula-mula kitorang ingat nak gi are Tawau je, tapi lepas aku google tempat-tempat menarik kat Tawau, mood aku nak gi sana mula berkurangan. Sebab Tawau tak banyak tempat yang menarik sangat pun. Orang selalu turun kat Tawau sebab dorang nak pergi Pulau Sipadan. Kitorang nak gi pulau? Memang tak la. Lepas kitorang (aku dan mak aku) mogok nak pergi KK gak, akhirnya bapak aku pun cakap, okay la kita gi KK. So, aku beli la balik tiket dari Tawau ke KK pada hari yang sama. Haha. Memang carik pasal la. Nasib la ada orang support. Haha. Maka, flight kitorang sekarang, KL-Tawau pagi, petangnya Tawau-KK. Memang pengalaman habis la. Nak booking tiket flight pun satu cerita lagi. Tapi memang pengalaman yang mengujakan. Pasni dah lepas dah nak gi melancong. Dah pandai booking tiket sendiri. *happy me*



Okay la. Nanti sambung balik part nak gi Sabah tu. Nak gi pelahap cendol sat. Daaa

Monday, May 19, 2014

Strength to carry on

"Sometimes, when someone send the word 'I miss you' doesn't mean that it was send randomly. It may means that the person wanna lend some strength from others to get through the life ahead"

Tuesday, May 6, 2014

Alhamdulillah

Maizatul dah selamat jadi isteri orang minggu lepas. Jadi isteri kepada abang homeroom aku. Setelah bercinta sejak di bangku sekolah sembunyi-sembunyi. Kah kah. Lawaknya bila teringat zaman sekolah dulu. Punya la nak gi dating senyap-senyap takut HELWA nampak. Kang nanti kena sound sedas kalau kena tangkap dengan HELWA. Padahal borak-borak je pun. Ah sudah. Dah dah la throwback tu. Tapi okay la gak Mai kawen dengan Atok. At least xde la awkward sangat kalau nak mintak manja dengan Mai. Hahaha. Waaaa, officially most of my besties is already married. Tinggal Cik Al je. Probably tahun depan. Aku? Tak yah nak tau sangat la. Tanya Allah. Dia lebih tahu masa yang terbaik untuk aku. Okay. Dah xmau dah bicara pasal aku kawen. Focus kat majlis Mai okay.

Aku terharu gila bila Mai mintak aku jadi pengapit dia. Rasa sangat dihargai. Thanks Mai. Ni yang aku sayang sangat kat kau. Sebab kau tau macam mana nak buat aku rasa dihargai dan disayangi. Ceewah. Ayat macam cakap dengan kekasih hati. Betul la kan. My besties is my lover too, sebelum si pemilik rusuk hati sampai. Hahaha. Dah dah. Mood jiwang dah datang. Baik lari cepat. *woosh* Balik kepada cerita aku. Aku dah siap-siap ambik cuti sebulan sebelum majlis Mai lagi. Nak booking takut nanti aku tak dapat cuti. Almaklum la, cuti aku ni kena berebut. Lebih-lebih lagi masa public holidays. *sigh* Alhamdulillah aku berjaya cuti 3 hari untuk majlis Mai tu. Hahaha. Cuti panjang cam dia pulak yang nak kawen. Takpe la. Sekali sekala cuti panjang nak ambik berkat. Moga-moga tahun depan dapat la tempias dia. Hahaha. Sebab majlis Mai mula lepas isyak, aku kata kat dia yang aku akan sampai pas Asar. Okay la tu. Xde la tercongok sangat nak tunggu kan? Sebab aku plan nak datang rumah Mai pas asar,pagi-pagi lagi aku gagahkan diri pergi pesta buku kat PWTC. Haha. Sempat lagi kan. Mentang-mentang dah tau jalan nak gi sana, laju je drive. Malangnya, polis tutup pulak jalan nak masuk PWTC. So kena la aku carik jalan lain nak masuk sana. Dah la jalan jam sebab masa yang sama gak, ada perhimpunan aman kat Dataran Merdeka. Tambahan pula public holidays, memang extra sesak la jalan kat KL ni. Nasib baik la aku cepat-cepat bukak Waze. Dapat la aku drive balik ke PWTC. Thanks Waze. You are my savior. Satu masalah lagi menjelma. Parking xde woiii. 5 kali kot aku pusing carik parking kat belakang PWTC ni. Last sekali aku parking haram. Lantak la. Asal aku boleh gi pesta buku. Maka aku pun jalan lelaju sebab nak cepat balik. Lepas aku pilih buku dengan sepantas kilat, aku pun cepat-cepat balik kat parking kereta. Alhamdulillah. Nasib baik tak kena saman. Hahaha. Pasni taubat nak gi PWTC drive sendiri. Lain kali nak naik public transport je. Senang hati aku.

Maka, dalam kul 5 lebih, aku pun gerak gi rumah Mai. Gaya cakap cam jauh je padahal tak sampai 10 minit dah sampai kalau xjam dan trafik light merah tak lama sangat merahnya. Hahaha. Sempat gak la aku tengok Mai mekap. mak cik tu cerewet dia tak habis-habis. Tapi betul la.Kalau aku nak kena mekap kawen pun, aku xmau cukur kening bagai. Dosa tau. Dan hasilnya, superb. Jadi Mai yang baru. Dan mak cik tu pun perasan yang dia dah jadi muka cam Tasha Shila. Hahaha. Mai... Mai... macam macam la mak cik tu.

 Mai: Kak, touch up bahagian hidung sikit. Nampak tak sama la shading dia la. Mak Andam: Iya lah. Aku: *Senyum*

 Me and my bestie.

Kau tahu yang aku sayang kau sangat-sangat. =)

Dan tepat kul 10 lebih, Mai dah selamat jadi isteri kepada Muhammad Afiq Izzat  a.k.a Atok. Barakallah my bestie. Moga engkau menjadi isteri yang solehah dan ibu yang mithali.I will always pray the best for you. Dan Atok, sila jaga Mai baik-baik ye.


Wakil Terendak.

 Welcome to Draco A, ma sista!!!

 Myz, I am grateful for having you in my life. Thanks for making me feels special even on your big day. Sorry cause I didn't do much for you. And thanks for being there for me when I need someone most. I still can rely on you even after this, can I? I love you and always will, no matter what your status are. Xoxo.

Usah ditanya bila mak cik kat atas ni nak kawen. Gaya dressup macam dia la nak kawen. Hehe. Hanya doakan yang baik-baik untuk dia. Sebab dia tahu yang Allah sudah ada rencana dia yang terbaik. Redha dan tawakal.


Sunday, March 30, 2014

Kek Pelangi Lepas Hujan

#np - Just Want You To Know (BSB)

Sebab banyak benda yang dah berlaku sejak dua menjak ni, aku betul-betul harapkan akan ada pelangi lepas hujan. Sebab tu la aku buat kek pelangi ni dengan harapan akan ada pelangi dalam hidup aku lepas ni. Ceewah. Intro dia..... tak menahan.... Hahaha. Tak de la sampai ke situ. Sebenarnya, saja je aku buat kek ni. Aku buat sebab nak bawak ke rumah Kak Long tadi. Kak long dengan Jepah ada buat makan-makan hari ni, pastu kumpulkan budak-budak Diet Gen 6 yang ada kat area KL-Selangor ni. Memang meriah la tadi. Budak-budak Diet ni, kalau dah berkumpul, 5 hari-5 malam pun tak cukup nak bercerita. Ada je cerita dorang. Waaaa, rindu gila dengan dorang ni. Merekalah *ahli-ahli Diet Gen 6*, menjadi pengibur dan penguat semangat aku untuk menempuh zaman-zaman di asasi dan universiti. Thanks korang.

Husna: Yo, whatchu looking at? Shikin & Tini : Smile. =) Me & Alia : Peace, babeh!! *Thanks kat Pekja, the photographer dan Kak Long & Jepah sebab sudi bagi tumpang rumah. Sayang korang muah-muah. Lain kali boleh buat gathering camni lagi ye*

Okay. Berbalik kepada kek pelangi tadi, dah alang-alang aku buat, so, aku pun nak abadikan resepi dia kat sini. Memang senang gila nak buat dia. Asalkan ada bahan-bahan yang cukup, memang boleh buat la. *Terima kasih kat kawan mak sebab bagi resepi ni. Memang superb la resepi ni*

Bahan-bahan:

Bahan A
5 biji telur ayam
1/2 cawan Gula Kastor
1 tbsp Overlette

Bahan B
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat manis
1 tbsp baking powder (ayak dulu)

2 cawan tepung gandum (ayak dulu)
1 tsp Pewarna pilihan (Aku ambik warna merah, kuning dan hijau, sebab tu je warna yang ada kat rumah ni.)
Margerin

Cara-Cara:

1. Pukul Bahan A sehingga gebu (sampai adunan tukar warna putih)
2. Masukkan Bahan B dan pukul sampai sebati.
3. Masukkan tepung gandum, kemudian, pukul sampai sebati.
4. Lepas sebati tu, asingkan adunan ikut berapa banyak kaler yang kita nak letak. *Kalau dalam kes aku, aku buat 3 adunan* 
5. Lepas tu,letak pewarna dalam setiap adunan yang telah diasingkan

3 adunan, 3 warna

6. Sebelum adunan-adunan tu nak letak dalam loyang, sapu dulu loyang dengan margerin. *Tak nak bagi kek tu lekat kat loyang sebenarnya.*
7. Kemudian, masukkan adunan tu ke dalam loyang secara berselang-seli. [Contohnya, letak adunan merah, pastu adunan hijau,kemudian, adunan kuning; vice versa]

Adunan kek sebelum masuk periuk kukus. Menarik tak warna dia? *telan air liur*

8. Kemudian kukus dalam periuk kukus selama 45 minit. *kalau nak bakar, boleh bakar engan suhu 120oC dalam masa 60 minit*


Dah siap. Senang kan? Aku, kalau dapat makan kek pelangi ni, takkan pernah cukup dan puas. Sedap bak hang! Dengan moist dia, rasa pun xde la manis sangat, memang sedap la. Serious, aku tak tipu. Cuba la. =)

Jemput makan semua. =) Terasa indah je bila tengok kek ni.  

p/s: Those warm hugs. Don't know I need it until I have it. Thanks guys. =)

Thursday, February 27, 2014

Dari Dapur Fisya : Oreo Cheesecake

Okay, entri kali ni aku nak share resepi lagi. Memandangkan semalam 'it's payday, babe', nafsu mula la carik pasal. Tiba-tiba je craving nak makan cheesecake. Sebenarnya dulu aku tak makan cheesecake, mungkin sebab terpengaruh dengan Mango Cheesecake masa makan kat Lilawady dulu, terus aku suka dengan cheesecake. Mango cheesecake Lilawady memang the best!!! Tapi aku belum lagi jumpa cheesecake camtu kat sini. Mungkin aku boleh cuba pulak buat mango cheesecake sendiri pasni.

Okay, berbalik ke cerita tadi. Lepas aku google resepi oreo cheesecake, aku pun pergi la Giant borong barang.



Materials untuk Base Cheese Cake :
- lebih kurang 30 keping oreo yang dah dibuang cream tengah : di blend halus
- 1/4 cawan butter yang dicairkan

Procedure :
1. blend kering oreo : estimate ikut size loyang .
2. ambil butter yang dah dicairkan tu dan campur dalam oreo yang dah di-blend
3. gaul sebati , masukkan dalam loyang
4. letakkan dalam fridge sekejap

Materials untuk Cheese Cake
:
- 250 g cream cheese . *aku guna 200g je cream cheese ni. Tak jumpa yang 250g punya.
- 3 biji telur 
- 1 cawan gula
- 1/2 tin susu cair
- 2 tsb jus lemon *kalau taknak guna lemon pon takpe . tukar dengan limau kasturi . tapi kurangkan sikit kuantiti
- sedikit parutan kulit lemon 
- 1 tsp esen vanilla
- 3 tsb tepung kastard
- lebih kurang satu cawan oreo yang dicincang halus

Procedure
:
1. Pukul cream cheese bersama gula . Dah sebati . then masukkan telur satu persatu .
2. Sebati then masukkan susu cair , tepung kastard , esen vanilla , jus lemon and parutan kulit lemon .
3. kacau hingga sebati . then masukkan oreo yang telah dicincang . kacau hingga sebati . next , masukkan dalam loyang
4. tutup loyang dengan aluminium foil .
5. kukus selama 1jam . panjangkan masa kalau tak masak lagi .
6. Bila dah sejuk, masukkan dalam freeze

Tadaaaa.... Dah siap...



Teruja gila sebab berjaya buat sendiri chesecake. I'm proud of you babehhhh!!!

Thursday, December 26, 2013

Rindu kamu.

Semalam, aku tak tahu kenapa sepanjang hari aku sayu sangat. Sampai aku balik kerja pun, hati ni masih sayu lagi. Tambahan pula, ada satu kisah yang tak dapat aku lupakan terjadi semalam.

Petang semalam, tengah2 aku duk pusing watsons sambil tengok customer, tiba-tiba ada seorang wanita yang dah lanjut usia datang kepadaku. Dia berkata, "Nenek ni nak carik ubat sakit lutut, ada tak jual kat sini?" Hati aku dah sememangnya sayu sepanjang hari tu, terus bertambah sayu. Wanita ni mengingatkan aku dengan nenek. Dah la dia bahasakan diri nenek. Rasa nak nangis je time serve dia. Tapi aku tahankan dan buat muka semanis yang mungkin. Lepas je wanita tersebut pulang, aku terus mintak excuse nak gi toilet dan terus menangis. Ye, aku ingat aku dah kuat dan tabah untuk mengharungi kehidupan setelah kehilangan dia, tapi... hanya Allah yang mengetahui bahawa aku sangat rindukan dia. Tiada lagi untuk aku tempat bermanja, tempat nak mintak buat makanan kegemaran aku. Ya Allah, aku sentiasa doakan yang dia ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan bertaqwa kepadaMu dan tabahkanlah hati aku untuk menerima ketentuan ini. Bukan aku hendak meratapi pemergiannya tapi, kadang kala rasa itu singgah. Ampunkan diriku.

P/s - Bila ingat balik mak cik tu, rasa cam nak peluk dia ketat2. T.T